Saturday, April 20, 2013

SNOW CHEESE CAKE -versi cake dan cupcakes perisa coklat

 Makan masa juga akak nak merealisasikan kek yang famous amos nie.Blogger lain lama dah buat,ada dah buat bisnes lagi..Akak aje yang terkial kial nak buat..Sekali keluar pergi supa akak capai satu Cheese..bila ada keluar lagi akak capai lagi..Maklum lah kan kalau terlebih belanja nanti payah jugakan.
 Dah cukup semua bahan akak godek buat.tapi tak guna resipi yang biasa.sebab akak buat dengan koko.Rasanya lebih ummmph lagi.semua cukup,rasa koko,manis dan masin keju..walaaaa makan tak hingat.simpan sejuk lagi lah...
 Umar dengan Acid akak buatkan dala bentuk cupcake..suka tul diarang berdua..kejap kejap nampak kepala umar jenguk petiais...
 resipi sama yang biasa boleh di lihat kat SINI..
tapi kalau nak cuba resipi yang akak buat boleh juga...ikut kesesuaian tekak masing masing yer...

CHOCOLATE SPONGE KEK
Sumber Sajian Selera KakAsma

Bahan2nya:
  • 114gm tepung gandum
  • 6gm baking powder
  • 144gm gula kastor
  • 30gm koko(guna van houten)
  • 5 bj telur(buang sedikit putihnya)
  • 62gm mentega cair
  • 20gm ovellate
  • 80gm air
  • 1sudu teh esen vanila
Caranya:
  1. Putar telur,gula,ovalette,esen vanila hingga kembang dengan kelajuan tinggi 3 minit.
  2. masukkan air pukul lagi 20 minit hingga gebu dan kembang
  3. Tepung diayak bersama baking dan koko.
  4. Perlahan kan speed masukkan campuran tepung tadi hingga habis.
  5. Cairkan mentega dan masukkan kedalam adunan.Pukul dengan cara kaup balik.
  6. Gris loyang 8 inci masukkan adunan.Hentak perlahan bagi mengeluarkan udara.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit..
  8. Boleh juga dimasukkan dalam paper cup untuk dibuat cupcake.
  9. Sejukkan kek diatas redai.Bila dah sejuk potong dua.
  10. Sapukan Cheese yang telah diputar dengan susu pekat.(AKAK guna PHlidephia Cheese dicampurkan dengan 1/2 cawan susu pekat manis..putar hingga sebati)
  11. Dah siap baru parutkan keku cheedar yang block tu...
  12. Tengok tu aksi Umar yang suka betul kalau akak nak buat apa apa.Siap panjat kerusi sebab nak tolong mak dia memutar adunan..

Wednesday, April 17, 2013

URAP PUCUK UBI...biasalah orang jawakan

 Ini satu dari menu yang menjadi kegemaran akak.Darah jawa yang mengalir tak dapat memisahkan tekak akak untuk menikmati juadah yang sihat.Kalau ada kenduri diperkampungan orang orang jawa,urap ini tidak ketinggalan dihidangkan bersama dengan lauk pauk lain.,diletakkan didalam dulang besar.Memang sedap bergandingan dengan geng geng yang lain.Tapi masa akak buat urap nie tak lah pulak akak masak lauk lauk lain tu.

Masa nampak daun ubi nih teragak laa kan nak buat urap.Kebetulan cekur ada akak tanam sikit.jadilah buat perisa dan menambahkan bau harum dan keenakkan  urap ini.Cekur atau Kencur amat baik untuk kesihatan.selain untuk awet muda,memakan daun cekur bagus untuk merawat dalaman badan kita...
Sepatutnya urap ini ada tauge ataupun kacang panjang dihiris kecil kecil.tapi masa buat urap nie tak ada bahan itu jadi kosong gitu aja..tak apa yang penting sedap..Oh iya cekur ni juga boleh ditumbuk bersama cili padi,bawang merah dan putih,tumiskan dan dibubuh santan bersama isi ikan yang telah direbus.lauk ini tidak ditumis,cukup sekadar direbus bersama dengan jantung pisang yang telah dicelur atau direbus dahulu.Letakkan sedikit garam dan perasa..Ermmmm...memang sedap.buatkan sambal Lonte dan gorengkan ikan kering...Walaaaa...pasti menjadi hidangan yang tidak dilupakan...

Okaylah ini resipi campak campak untuk Urap Pucuk Ubi.

Bahan2nya:
  • secekak pucuk ubi..
  • 1 1/2 mangkuk kelapa muda parut
  • 2 biji lada merah*
  • 6 bj cili api(kalau nak pedas boleh tambah) *
  • 3 ketul cekur*
  • segenggam ikan bilis*
  • 3 bj bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2btg kacang panjang (hiris halus)
  • sedikit tauge(buang ekor cuci)
  • garam dan perasa.
Caranya:
  1. Siang pucuk ubi ,cuci dan rebus hingga empuk.Bubuh sedikit minyak masak dan garam.(minyak masak bertujuan melembutkan daun ubi)Dah empuk ubi tapis,buangkan air dari pucuk ubi tadi,hiris halus pucuk tadi
  2. Bahan bahan bertanda digoreng.
  3. Tumbuk atau kalau nak senang kisar bahan yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan kelapa kedalam mangkuk,gaulakan bahan yang telah ditumbuk atau dikisar bersama dengan kelapa,bubuh garam dan perasa.Kalau nak tahan panaskan kuali tanpa minyak,dengan api kecil masukkan kelapa yang telah digaul bersama bahan bahan tadi.Kacau sekejap bagi mengelakan kelapa jadi basi.
  5. bolehlah dicampurkan dengan pucuk ubi,kacang panjang dan tauge.Siap untuk dihidang.
Nota Akak,
kalau tak suka pucuk ubi boleh ditukar dengan pucuk pegaga juga.tapi tak payah direbus.cukup sekadar dibersihkan dan hiris daun pegaga itu.

Monday, April 15, 2013

BERGEDIL DAGING

 Salam sejahtera buat pengunjung pengunjung Sajian Selera KakAsma,

Hari ini akak nak share resipi bergedil yang akak selalu buat.Dulu kalau buat bergedil nih hanya bila akak buat Soto.Tapi disebabkan anak anak suka makan bila ada kentang dan daging kisar ramly aje akak merajinkan diri membuat nya.Jiran akak pernah bertanya macamana nak membuat bergedil agar cantik bila digoreng dan tidak hancur dalam kuali..

Resipi bergedil nih sebenar nya lain orang lain cara dan perisanya.tapi bila akak bagi jiran akak merasa begedil yang akak buat nih dia kata sedap!
Untuk membuat begedil agar jadi cantik dan tidak hancur masak mengoreng nya ada petua yang boleh kita ikut..
Pertamanya kentang yang digunakan hendaklah direbus bukan digoreng.
Keduanya lenyek kentang bersama daging dan sedikit tepung jagung dan ketiga telur yang digunakan untuk meyalut adunan begedil tadi dipukul sekejap jangan sampai kembang,cukup sekadar kuning dan pituh nya bersatu.Goreng bergedil dengan api sederhana dan biarkan sebelah dulu masa baru lah diterbalikan bergedil nya.ini bagi mengelakkan ianya hancur masa mengoreng.Itu yang akak buat lah..Mungkin ada orang lain ada petua lain kan..berkongsi cara akak aja nih yer...
Okay mari kita tengok resipi akak pula..

Bahan bahan untuk Bergedil daging

  • 4 biji kentang sederhana besar (kupas kulit,cuci dan rebus kentang hingga lembut)
  • 200gm daging kisar ramly
  • segengam bawang goreng
  • 1 sudu besar lada sulah
  • sedikit hirisan daun sup
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam dan secukup rasa
  • sebiji telur(atau ikut banyak mana bedegil yang kita buat)
  • minyak untuk mengoreng
Caranya.
  1. Kentang yang sudah direbus dilenyek dengan sedikit garam,perasa,lada sulah dan daging kisar.tambahkan tepung jagung.
  2. Gaul rata bahan bahan tadi.Akhir sekali masukkan bawang goreng dan daun sup yang telah dihiris  halus.
  3. ambil sedikit adunan dan bulat bulatkan dan leperkan sedikit.
  4. Panaskan minyak,pukul telur sekadar bercampur dan masukkan adunan begedil tadi kedalam telur.
  5. Goreng dengan api sederhana besar hingga masak satu bahagian,terbalikkan.Biarkan bergedil itu kekuningan,baru lah diangkat.
 
Abaikan kuali yang hitam tu yer...Selamat mencuba
..

Saturday, April 13, 2013

KEK TEMPAHAN hasil dari tangan yang tak berseni

 Salam bersiaran kembali,

LAma juga akak tak bersiaran.menu banyak yang nak dikongsikan,tapi masa tak mengizinkan.Dalam sibuk mengisikan masa dengan aktiviti mengemukkan badan,akak cuba menerima tempahan kek dari kawan anak anak akak.maklum lah akak tak pernah mengikuti mana mana kelas mempelajari bidang kek atau yang lain lain.semua akak tengok dan ambil dari pakcik google..jadi bila ada yang menempah tu akak puas laa menghadap youtube..hihihi.tapi hasilnya macam tu lah..
 Untuk resipi kek yang dibuat akak banyak buat Sponge kek.banyak ada di internet.google dan cuba aje laa..Alhamdulilah kek akak menjadi.tapi kena ikut resipi lah yer.jangan sesekali tukar timbangan atau tambahan..ada masa apa yang kita buat tu menyebabkan kek kita jadi sebaliknya..Ni kalau tokey kek datang jenguk pasti ditertawakan..hihihii.
 Blueberry cistat ni pulak ada jiran akak nak tengok contoh untuk dibuat hidangan dan juga hantaran.masa Azita Zain tunjukkan contoh Blueberry Cistat dia ,ada dia tunjukkan contoh macam akak buat nih..tertarik akak tengok..jadi akak pun buat dan tunjukkan pada jiran akak tu..Memang cantik dibuat camgini.ada kelainan.Buat ITA terimakasih bagi idea sebegini..
 Kalau nak merasa blueberry cistat yang akak buat mehlah tempah.kot sudi laakan.boleh email akak.yang berdekatan dan yang jauh sikit boleh akak hantar.tapi tulah kan okay ke deko yang akka buat nih..

Perasan tak akak banyak guna pink dan green colour..hehehehe warna yang sepadan..lagipun kek untuk orang perempuan..senang!!

Friday, February 22, 2013

STOBERRY SPONGE KEK..sangat lembut dan enak

 Pagi nie akak nak share satu lagi resipi sponge kek.banyak versi sponge kek yang boleh dibuat.Dan resipi ini antara yang terbaik pernah akak cuba selain resipi satu lagi.ada sekali akak buat guna resipi seorang chef,tapi tak menjadi.mungkin silap masa mengadun,kek yang akak buat tu jadi agak keras.
 Akak suka mengadap youtube yang memapaparkan resipi kek dan hiasan kek sponge nie.ada berbagai cara dan perisa yang boleh kita olah.tak kira lah buah apa yang kita nak letak sebagai perhiasan.Dulu masa tinggal sekejap kat Jepun akak ada juga makan kek ini..letak stoberi besar2 gitu.walaaa enak sangat.lembut ajer sponge kek tu,ada masam manis.untuk kek kali ini akak gunakan Whipped Cream Value Pride dan buah stoberi yang akak beli..Tapi kek akak nie kurang nampak cream dan buah yang akak letak..tak nampak belahan kek tukan...4


Memang laa tak secantik hasil kerja tangan kawan kawan yang memang pakar dalam menghias kek.Hehehe...bercapuk capuk kek tu dibuatnya.Kalau ada nak tempah kek nie kena laa bagitau awal hiasan  pasti tak cantik..maklumlaa keras tangan..Tapi yang pasti kek ini sangat sedap...Resipi akak amek setelah google kat pakcik google..tapi akak lupa nak amek siapa punya resipi.Pada yang datang dan perasan resipi sapa akak guna tolong bagitau yer..nak bagi kredit kat blog beliau..Akak ikut sebiji cam dia buat..

Resipi Stobery Sponge Kek

Bahan2nya:
  • 4 biji telur(gred A)
  • 120gm gula kastor
  • 80gm tepung superfine
  • 20gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 50ml susu segar + 1 sudu teh esen vanila
  • 40gm butter dicairkan
Whipping Cream jenama Value Pride.

Sirap untuk sapu atas kek:
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air panas.(kacau kedua dua bahan ini hingga larut)

Cara-caranya:
  1. Telur dan gula kastor dipukul secar double boil.Pukul hingga kembang.(yang ini akak panaskan air dalam periuk dan putar gula dan telur diatas dapur)Dah kembang angkat dari atas dapur.
  2. Tepung superfine,tepung jagung dan baking powder diayak.
  3. Setelah itu masukkan campuran tepung kedalam bekas berisi adunan telur tadi.
  4. Campurkan secara berselang seli tepung-susu-tepung- susu- tepung hingga habis.Buat cara kaup balik
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan butter cair.Dah ekata campurkan kedalam adunan tadi.
  6. alaskan loyang 8" dengan kertas dan oles tepi loyang dengan sedikit butter.
  7. Tuangkan adunan dan hentakan sedikit loyang tadi.
  8. Bakar suhu 170 Darjah celcius selama 30-35 minit bergantung pada oven.
  9. Dah masak keluarkan dari oven,dan sejukkan kek diatas redai sebelum dibelah dua.
  10. Pukul whipping cream hingga keras dan boleh laa disapukan keatas kek yang telah disapukan syrup gula.
  11. sapukan whipped cream tadi dan susun buah stoberi diatasnya.
  12. tutupkan kek dengan sebahagian kek tadi.
  13. boleh laa dihias mengikut kreativiti masing masing.(jangan tiru cam akak comot tu)

Hari ni nak buat Cream Puff ada orang oder..Alhamdulilah rezeki dipagi hari..

Wednesday, February 20, 2013

ROTI GANDUM atau BUN VANILA LEMBUT

 Salam pagi Rabu yang dingin....
Roti ni lama dah akak buat.cuma baru nih dapat nak diwar warkan kat sini.Masa tu teragak tul nak makan roti yang dibuat sendiri.tapi tepung roti tak ada pulak dalam simpanan.google kat tenet,jumpa resipi yang guna tepung gandum sepenuhnya..jadi akak pun merajinkan diri laa membuatnya..
 Resipi yang akak buat menggunakan resipi dari Ros JintanManis  SINI roti yang tak macam sifu Ros buat,tapi pueh hati tul.nak nak bila dah masak gebu juga..makan dengan mentega..ciciah kopi o panas..
 Bahan-bahanya
450gram tepung gandum
40gram gula
40gram susu tepung
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur ( pukul sedikit menggunakan garpu, asingkan sedikit, lebih kurang 2 sudu besar,  untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
air suam ( cecair 190ml ) air suam dicampur dengan telur kemudian disukat  sehingga 190ml
3 sudu besar water roux
1 sudu kecil baking powder

(untuk topping, sedikit gula pasir dan blueberry filling)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air atau susu segar dan beberapa titik esen vanila atau madu)


 Resipi Waterroux

25 gram tepung gandum
125 ml air
caranya-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


 Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat dan acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula dan untuk acuan petak ros paipkan juga dengan jaluran blueberry, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tuesday, February 19, 2013

MEE TOMATO yang sangat sedap

Alhamdulilah dah petang baru dapat nak hidangkan sajian yang menjadi kegilaan dirumah akak. sekurang kurang nya pasti kena buat paling tidak pun sekali dalam sebulan..Pada yang tak pernah membuat dan merasakan betapa lazatnya Mee ini cubalah..
Bagi yang ingin memcuba nya akak sertakan resipi turun temurun keluarga akak..Sewaktu kawan blogger dari seberang iaitu DeetHa Melbu Plewon( pasti ramai yang mengenali beliau) datang berkunjung ke Malaysia hujung tahun lepas dan singgah kerumah akak,akak hidangkan Mee ini sebagai sajian.Wah Deetha bagitau Mee nie menjadi kesukaan dia.Banyak kali masak dan makan tak jemu2 dia kata.Buat Deetha terimakasih sudi datang dan cuba resipi ini..

Bahan2nye:
  • spaghetti(rebus bubuh garam n sedikit minyak)
  • 1/2 kilo daging(bersihkan potong kecil2 kemudian rebus)
  • 20 biji cili kering*
  • 2 labu bawang besar*
  • 7 biji bawang kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji tomato(potong dadu kecil2)
  • kobis (agak2 akak suka letak banyak.hiris halus)
  • 1 tin sedang tomato pure
  • garam dan secukup rasa
  • minyak untuk menumis
bahan untuk hiasan;
  • timun dipotong bulat hiris nipis
  • daun sop hiris halus
  • bawang goreng
cara membuatnye;
  • kisar bahan bertanda * hingga halus.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukan daging yang telah direbus bersama air rebusannye sekali.masukan kobis yang dihiris,tomato dadu dan tomato puree.
  • tambahkan air anggaran 2 mangkuk.perasakan dengan garam,gula dan aji.biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.matikan api dan bolehlah dihidang. 
Selamat Menjamu Selera

Tuesday, January 29, 2013

CREAM PUFF

Assalamualaikum dan salam pagi selasa semua,

Hari ini akak nak berkongsi kisah akak buat cream puff .Akak pernah sekali buat puff nie..biasalah kan bila tak pernah buat dan tak tau skill macamana nak buat cream puff nie memang jadi kawan cik tong lah jawabnya.nasib baik masa buat tu akak buat dalam aduan yang sedikit.Orang lain dah tak heran dengan cream puff ni akak aja yang terheggeh heggeh nak buat.
Bila AZITA ZAIN datang rumah akak awal tahun ni dan bawa CF ni sebagai buah tangan,terus pasang niat nak menerai.carilah resipi yang memang berbaloi,puas akak jalan jalan..jumpa resipi ini..Dan kebetulan pulak akak ada menonton rancangan Bake with Anna Olson di AFC.jadi akak combinekan resipi maka terhasil lah Cf ini..
 Berbaloi membuatnya.akak buat dua perisa.satu gunakan whipped cream yang dicampurkan dengan kastad filling dan isi durian..lebihan membuat Durain crepe..dan kastad filling itu sendiri
Bahan2 nya:
  • 100 gm butter
  • 125 gm tepung roti
  • 250ml air
  • 3 biji telur
  • sedikit garam,gula dan esen vanila(ini akak tambah)
Caranya:
  1. didihkan air bersama butter,garam gula dan esen vanila.
  2. Bila dah mendidih padamkan api.masukkan tepung dan kacau bagi sebati.
  3. Letakan semula periuk diatas api yang perlahan,kacau adunan sehingga tidak lekat di periuk.
  4. Angkat dari api,biarkan sejuk sebentar.
  5. Bila telah sejuk masukkan telur satu persatu.Pukul guna whisk saja hingga aduan sebati.
  6. bolehlah dimasukkan kedalam piping bag yang diletakkan nozzle bentuk bintang atau bulat.
  7. Picitkan diatas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak.Jarakkan antara satu sama lain.
  8. amil sedikit air ciciahkan dengan hujung jari dan tekan diatas tanduk cream puff itu tadi.ada kaedah lain digunakan dengan spray atas puff itu tadi..
  9. Bakar suhu 220 darjah celcius selama 25 minit.
Untuk inti nya:
(KASTAD FILLING)cara ANNA OLSON 

  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula kastor (ketiga tiga bahan ini dikacau rata guna whisk)
  • 1 cawan susu segar 
  • 11/2 sudu teh esen vanila(renihkan diatas api yang kecil)
  •  3 sudu besar butter.(letakkan dalam mangkuk yang bersih)  
  • CARANYA:(susu dan esen direnihkan sebentar,angkat dari api,masukkan bahan yang telah diratakan dengan whisk tadi.Letakakn semula diatas  periuk double boiling.kacau hingga bahan sebati dan pekat.
  • angkat dan tapis diatas mangkuk yang berisi butter.tapiskan hingga hbis dan angkat tapisan dan kacau rata bahan dimasak dengan butter tadi.
  • tutup dengan plastik cling dan sejukkan sebelum dibubuh dalam puff tadi.yang ini untuk memudahkan bubuh dalam piping plastik.
  • boleh juga dicampurkan dengan jagung krim untuk rasa jagung yang lebih lazat..

Wednesday, January 23, 2013

KUIH LOPES

 Assalamualaikum semua dan salam pagi rabu.

Pagi ini akak tayang kuih LOPES yang menjadi kegemaran akak dan anak anak akak.kuih lopes ini banyak versi yang orang buat.tapi hari ni akak share resipi yang selalu arwah mak akak buat.Rasa lopes yang kenyal kenyal bila dimakan dan bau daun pisang memang sungguh menyelerakan masa makan.Ada versi kuih yang dikukus tapi pada akak kurang sikit rasa lopes yang sebenarnya
Untuk membuat lopes ni perlu ada kerajinan sedikit.Selain dari masa merendam nya yang lama,untuk membungkus kuih ini pun satu yang leceh..tapi bila dah siap,apatah lagi setelah dibalut dengan kelapa parut muda dan dimakan dengan air gula melaka.....memang tak ingat dunia rasanya..
Kuih lopes yang sebenar mestilah berbentuk segitiga....hehehe ikut acuan bentuk daun pisang yang kita guna untuk membalut pulut tadi.Mari kita tengok resipi yang akak buat.


KUIH LOPES(source dari SAJIAN SELERA KAKASMA)

BAHAN2:
  • 500 gm beras pulut  
  • 1 biji abu chang(bahan ini boleh dibeli di kedai sengseh)atau boleh digantikan dengan 2 sudi besar air alkeline atau air abu(yang nie boleh beli dikedai bakery)
  • daun pisang dan air secukupnya
  • daun pandan dan sedikit garam
  • Kelapa parut yang muda bubuh sedikit garam
  • air gula melaka(gula melaka sebiji dimasak bersama denga Secawan air,masak hingga gula larut.sejukkan)
Caranya:
  1. Pulut dicuci dan dibersihakn.Kemudian direndam semalam  bersama dengan abu chang atau air alkeline atau air abu.
  2. Setelah itu toskan pulut yang direndam.
  3. Bersihkan daun pisang,layurkan diatas api dan setelah itu lipat daun pisang bentuk segitiga,masukkan pulut tadi.isikan padat padat dan ikat ketat ketat bungkusan tadi ketat dengan tali sehingga menjadi betuk segitiga.buat dua tiga biji dan kemudian ikat dengan tali rafia  ketat2 agar semasa kita merebus pulut  ini tidak terkeluar..Buat sehingga habis..boleh rujuk gambar diatas macamana akak buat.
  4. Masukkan kedalam periuk dan isikan dengan air,bubuh daun pandan dan sedikit garam.
  5. Rebus dalam 3-4 jam atau sehingga pulut tadi benar benar masak.
  6. Bila telah masak keluarkan dari bungkusan,balutkan kuih dengan kelapa parut muda yang telah dibubuh sedikt garam.
  7. Hidangkan bersama dengan air gula melaka.

Tuesday, January 22, 2013

KARIPAP PUSING

 Ini karipap pusing yang akak buat sabtu lepas.buat banyak banyak.Akak suka resipi ini.sangat rangup dan cantik kejadian karipapnya.Banyak versi adunan doh karipap pusing ini.tapi bila akak mencuba resipi yang ii terus jatuh cinta dan InsyaALLAH tak berpaling mencari resipi lain.Terimakasih sangat buat Azlina dari Dapur Hijrah atas resipi yang dikongsikan.

Resipi boleh lihat kat SINI atau akak salin juga disini buat rujukan bila nak buat lagi.pada yang suka makan karipap pusing cubalah.pasti tidak mengeciwakan..
                              Sebelum digoreng dan disejuk bekukan.     
                                Tengok lapisan karipap tu..suka betul...

  
Akak salin resipi Azlina kat sini pulak.


BAHAN A

200 gm tepung gandum
100 gm shortening       
Secubit garam

BAHAN B

400 gm tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)-ini akak tambah
200 gm air- akak kurang air kepada 180gm
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

DOH -A

  1. Gaulkan shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam
  2. Uli dengan tangan sehingga betul2 sebati
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil. 1 doh bersamaan dengan 50 gm 
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
DOH -B
  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan sehingga menjadi doh.tambahkan minyak masak panas tadi sebelum dimasukkan air
  2. Bahagikan ia kepada 6 doh2 kecil. 1 doh bersamaan dengan 100 gm
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap

Monday, January 7, 2013

ACAR AYAM GORENG

 Assalammualaikum dan selamat pagi buat pengunjung pengunjung blog akak yang hampir tengelam nih..Lama sungguh akak tak isi apa apa .mungkin yang datang naik jemu tenguk menu sama yang dah basi..tapi kat blog tak basi kan..Buat yang datang tak kira lah akak kenal atau pun tidak terimakasih.Akak nih bukan terkenal pun,jadi pada yang bertandang walaupun senyap2 tu akak tau anda semua pasti tak jemu mencari resipi resipi yang akak memang dah buat dan dicuba..

Tahun baru ni akak cuba untuk memasukkan resipi baru ataupun resipi yang akak cuba dari rakan rakan blogger yang lain..Akak cuba nak buat azam baru tapi tak tau laa tercapai atau idak!!!hihihi..sebenarnya banyak dah gambar gambar masakan akak hilang masa diformat balik pc nih..tu yang mak berblog jatuh merudum..yelah apa nak di letakkan..tak kan kosong ajer..penat aja yang datang nanti ..
 Hokey laa hari nih akak nak tunjukkan menu yang akak masak minggu lepas ya..bila tak tau apa nak masak dengan ayam yang hampir saban waktu kalau tak kari,goreng sambal,masak merah..aduhai jemuuuu sungguh kan..samapai waktu nak masak pun malas sungguh..tapi datang idea nih bila tengok ada timun dan karot dalam esbok..saja tukar selera..yang penting masa makan krup krap kerangupan timun dan karot..resipi macam biasa ikut kepala akak ajer.sebab akak tengok ada resipi acar yang menggunakan ketumbar,jintan dan gunakan rempah 4 sekawan tu..jadi pada yang nak mencuba akak dah permudahkan namun tak lari rasa acar tu...
ACAR AYAM GORENG
Source dari Sajian Selera KakAsma

Bahan2 yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam(kalau boleh ambil isi ajer)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1" halia dihiris batang mancis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit biji sawi
  • 6 biji bawang merah}
  • 5 biji bawang putih }Biarkan sebiji sebiji
  • 1 biji lada merah buang biji dalam nya}
  • 1 biji lada hijau buang biji dalamnya}hiris panjang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka
  • garam,gula,perasa
  •  
Bahan dihiris panjang
  • 1 biji timun dan karot( direndam dengan sedikit air kapur bagi merangupkan nya)

Caranya:
  1. Ayam dipotong kecil kecil,bersihkan kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan goreng garing.dah siap ketepikan
  2. bahan bertanda* dikisar halus dan campurkan dengan cili giling.
  3. Panaskan minyak  masukkan halia yang dihiris tadi.kacau sebentar,kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling.kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan tomato sos,gula garam dan perasa,ayam goreng,bawang merah dan putih biji,lada merah dan hijau yang dipotong dan biji sawi..
  5. masukkan cuka..kacau rata,kalau kering boleh tambahkan sedikit air..
  6. Akhir sekali masukkan timun dan karot tadi..Biarkan sebentar.
  7. Kacau rata.matikan api dan boleh lah dihidang kan.
Lauk ini enak kalau dimakan dengan ikan kering juga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails