Saturday, December 24, 2011

SWISS ROLL LAPIS

 lama tul teringin nak buat kek nie.akak takde acuan tuk buat swiss roll nie.masa gi beli barang dapur,akak nampak acuan  tuk buat kek nie.apa lagi akak amek satu.ada masa terajin nak buat.akak ada amek resipi kat cari.com.kat situ banyak resipi resipi menarik.ada yang akak kenal host host nyer.kat cari .com tu laa.akak ada nampak mamasya,kak noor masri,ada kak hanileza...kalau nak resipi yang  sedap sedap gilaa kesana yer
 Semalam akak merajinkan diri buat swiss roll nie.bila dah gulung kulit nyer jadi tk cantik,takper len kali boleh cuba buat lagi.resipi nie mmg sedap.akak buat sekali buttercreamnyer..yelah kalau ak buat tu biar buat betul betul baru menjadikan..
akak buat kek nie suka suka sebab meraikan kejayaan cemerlang Ati anak akak yang kedua dalam pmr.nak meraikan dengan yng lain belum lagi..kena tunggu budget kot.tapi okay laa kan buat camgini..lapis diswiss roll nie sepatutnya tebal dan cantik,tapi klau bukan pro yang buat dia jadi gini.adunan swiss roll nie kalau pandai boleh buat jadi benji roll..tu yang akak buat lapis sebab kurang adunan pada yang akak bagi perisa tu.akak buh perisa stoiberi yang warna pink dan keladi pada ungu,,,nak buat kena laa pandai adjust...

Resipi swiss roll{cari.com}
source rumah teres kakasma

bahan bahannya:
  • 6 biji telur
  • 4 kuning telur
  • 190 gm gula kastor
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm tepung jagung
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 sudu besar susu tepung{ni Akak tambah}
  • 30ml air sejuk
  • 125 gm mentega cair{ni akak adjust sendiri *kalau ikut resipi asal 60 gm}
  • 1 sudu kecil een vanila.
cara caranya:
  • campurkan kesemua bahan bahan kedalam pembancuh kecuali mentega cair.
  • pukul dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan gebu.
  • masukkan mentega cair.kaup balik kan adunan ini hingga sebati,
  • asingkan sedkit adunan dan dibubuh pewarna dan perisa.{kena pandai adjust yer}
  • tangkan adunan putih kedalam acuan dan bakar pada suhu 190 darjah hingga masak.jangan risau masak dibakar adunan ini akak naik.dia akak turun sebaik aje sejuk.keluarkan dan biarkan sejuk.
  • untuk yang berwarna akak buat dalam satu loyang dan diletakkan bersebelahan.bakar seperti yang pertama.biarkan sejuk baru dilekatkan dengan buttercream.
  • bubuh buttercream keatas kek berwarna putih,tindihkan dengan kek yang berwarna.lekatakn satu antara lain dengan buttercream.
  • barulah boleh digulung..bautkan dengan plastik cling..sejukkan sebelum dipotong..
resipi buttercream:

  1.  120gm krimwell
  2. 60 gm buttercup
  3. 60gm shortening
  4. 1sudu teh vanila
  5. 100 gm gula ising
putar kesemua bahan kecuali gula hingga kembang.baru masukkan gula.putar lagi hingga benar2 gebu..siap untuk dispu..lebih simpan tuk buat kek yang lain pulak..... resipi buttercream nie akak punya sukatan.kalau rasa tak sesuai atau ada yang lain boleh yer..kalau nak ikut lagi suka ..


Wednesday, December 21, 2011

COKLAT MOIST KEK

kek yang teramat popular kat rumah akak.disebabkan senang nak buat jadi selalu laa akak merajinkan diri buat.
 Maaf laa ya akak lama tak menconteng conteng kat sini.tayang makan makan...kalau cuti sekolah nie payah tul nak pegang pc.buat kek ni senang sungguh,guna blender ajer.resipi nie jiran akak bagi dan akak ada lak nampak kat satu blog yang lebih kurang sama..yelah kek nie sebenarnya bahan bahan itu juga kan..cuma nak kukus atau nak dibakar.yang nie akak buat versi bakar..
bahan bahan dikisar:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula kastor
  • 1./2 cawan susu cair atau susu segar
 Kisar telur hingga kembang.kemudian masukkan bahan bahan lain dan kisar lagi hingga bersatu dan kembang.dah kembang tuangkan bahan ini kedalam mangkuk besar,

  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri}
  • 1/2 sudu bikarbonat soda}
  • 1 cawan serbuk koko}
  • 1 sudu teh vanila
Ayak bahan bahan diatas tiga kali.kemudian  masukkan kedalam mangkuk bahan cair tadi.kacau hingga sebati.kemudian masukkan kedalam acuan.akak guna acuan bulat 8 in yang telah dilenser dengan marjerin dan kertas minyak,,bakar hingga masak,
Akak buat ganache sekali.....
  • 1/2 cawan serbuk koko{ayak dulu}
  • 4 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu minyak jagung
  • 2 sudu susu cair
kacau semua bahan dalam periuk dengan api kecil sahaja,masak hingga sebati dam sejukkan,,,boleh laa dituangkan diatas kek,,akak taburkan sedikit badam..sedapppp




Wednesday, December 14, 2011

DONUT KENTANG

 jalan jalan pagi hari singgah rumah Puan CT DELIMA sini,ada hidangan donut kentang.anak akak memang ada suruh buat donut tapi ada masa malas nak buat.tengahari sambil masak akak suruh anak akak uli sendiri adunan.cuti cuti sekolah nie elok ajar anak anak kita kedapur.selain untuk kemudahan esok bila mereka dah dewasa kita boleh juga goyang kaki sekejap.yelah tinggal suruh aja bila kita nak..hihihi....tapi suruh yang baik aja taw!!
 bila tengah menguli akak tanya dia ati letak telur tak..alamak!!!akak lupooo betul nak suruh letak telur.walaupun ikut resepi yang ct buat tapi akak tak laa ikut betul betul sukatan nyer.hah amek ko.akak pun pukul sekejap telur tu dan campurkan pada adunan yang telah diuli oleh anak akak.tambah kan tepung.uli balik sehingga adunan licin dan cantik.anak akak kata ooooo camgini yer mak..

 bahan bahan spt kentang,susu,garam,air suam,gula akak blend ajer.Dalam mangkuk akak bubuh tepung bercampur dengan 1/2 peket mauripan.tuangkan adunan cair kedalam tepung dan uli.tengahari semalam cuaca panas,cantik untuk mengembang kan adunan..sekejap aja adunan naik kembung.suka anak akak tengok adunan yang dia buat menjadi..hahahaha tuah kan tumpah kenasi!!!miahahahaaa....

 resepi akak guna resipi yang biasa akak guna cuma tambahkan kentang seperti resepi ros jintan manis.boleh tengok kat rumah CT yer.kalau nak ikut resepi yang ini pun boleh juga..ikut selera laa yer.

Resipi Donut Kentang.
Sumber:Jasmeen photopages dan Ros Jintanmanis.com


 Bahan2:
  •  2 biji kentang rebus hingga lembut dan boleh dilenyek
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung(2 sudu besar)
  • 6 sudu gula castor(3 sudu)
  • 2 sudu kecil garam(1/2 sudu)
  • 150ml air suam(akak campurkan sedikit susu cair + jadikan 150ml)
  • 1 biji telur(resipi jasmeen tak bubuh-ikut resipi ros)
  • 1/2 paket mauripan
  • 3 sudu besar shortening(akak guna majerin)
Cara2nya:(akak permudahkan)
  • Masukkan bahan bahan  kedalam blender kecuali tepung dan yis mauripan.
  • kisar hingga sebati dan halus.
  • dalam mangkuk besar masukkan tepung dan yis,gaul rata,kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi.
  • gaul bersama uli hingga adunan tidak melekat ditangan.
  • tutup adunan dengan tuala mbersih dan biarkan hingga adunan naik sekali ganda.(akak jemur ditegah panas)
  • bila telah mengembang,tumbuk tumbuk adunan untk mengeluarkan angin.biarkan sekejap dalam 10 minit kemudian boleh laa dicanai dan dibentukkan dengan acuan donut.
  • goreng dengan api yang sedang hingga kekuningan.toskan dan biarkan sekejap sebelum disalut dengan gula castor.
 
Nota akak: akak buat dua versi satu salut dengan gula saja dan satu lagi cairkan coklat compound dan taburkan dengan kacang tanah yang digoreng dan dikisar..






Tuesday, December 13, 2011

KEK PUDING KARAMEL ALUNAN KASIH



akak memang tak pernah makan kek karamel nih.sewaktu akak balik kampung masa arwah abah akak meninggal,petang tu adek akak bagi rasa kek kek nih.owh... sedap ghupernyer yek!!!adek akak kata angah ko tak pernah makan ker kek nie,hehehe walaupun akak tau ramai yang dah mencuba dan merasai kelazatan nyer.kira ketinggalan ketpi laa akak nieh.akak dah dua kali buat satu erbelang belang tuh.dan yang kedua buat camgini.tupun sebab tengok ENA ZARINA disini buat.sesiapa nak tengok step by step oleh melancung kejepun nun..hehehe tapi akak buat dua warna aje.nie kes malas nak buh banyak2 pewarnalgipun ada pengacau masa buat makin pening dibuatnye.sape lagikan..kalau tak si umar tuh!!!



RESEPI KEK PUDING KAREMEL ALUNAN KASIH
Loyang 8 inci / 20cm tinggi 3 inci

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
  6.  
Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini. Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek Bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar


Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Rich Taste Choco (yg buat hot chocolate/air rasa manis2 sikit) / cocoa powder / Milo untuk di tapis pada setiap lapisan
  • Perisa pisang dan pewarna kuning telur
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • Esen vanila dan pewarna biru 
    Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  • Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  • Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  • Matikan mixer.
  • Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  • Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  • Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan anda.
  • Masukkan semua 1 bahagian/ warna ke dalam loyang karemel. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding .
  •  
  • Ayak milo/ serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
  • Masukkan adunan warna ke 2 di atas serbuk koko perlahan-lahan supaya serbuk koko tidak bergerak.
  • Kemudian ayak lagi milo / serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek
  •      Masukkan adunan warna ke 3 di atas milo / serbuk koko dengan perlahan.
  •  
  • Bakar dengan suhu 160 degree selama 50 minit atau sehingga cake masak dengan cara bain marie
  • Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  • Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  • Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  • Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.
  •  
  • NOTA AKAK:nie salin kat rumah  ena yer.jadi jangan pening ada warna biru hijau bagai..step panjang tapi buat senang ajer..rajin tak rajin ajerkan

    Monday, December 12, 2011

    UDANG GORENG BERCILI

     Petang petang gini akak tayang lauk udang yang akak masak.nih lauk orang malas taw.senang dan tak kecuh kecuh lama kat dapur.nak pedas bubuh cili api banyak banyak,biar berasap sikit telinga :}
    Senang ajer nak buat lauk camgini,yang pasti boleh guna apa apa jenis udang,yang kecik maupun yang sedang,Yang besar tak pernah cuba.tapi semalam tengok udang kat rumah Melly terliur sungguh....lauk kali ni cuma perlukan Udang,cili api{ikut suka berapa banyak nak letak},lada merah,4biji bawang merah dan 2 bawang putih,gara, dan perasa.Kisar halus semua lada,bawang putih dan merah,panaskan minyak,tumiskan bahan kisar hingga naik minyak,masukkn udang,tambahkan sedikit garam dan perasa.biarkan masak,nak wangi taburkan daun sop atau daun ketumbar.



    Thursday, December 8, 2011

    BERGEDIL UDANG BERSALUT


    Hujan turun lebat sungguh dari tengahari tadi sampai laa nie.masih hujan.Hish..hish...mata tak mau lolap pulak.Apalagi nak buatkan errrrr.mmmm...akak buka petiais ada sedikit udang,boleh buat tuk mengunyah ngunyah petang petang camgini.Dok pikir kat kepala apa nak buat dengan udang ciput gitu,Hah dah datang dah idea..hihihi.....LALU>>>>>>>

     Akak rebus 3 biji kentang sederhana besar hingga empuk.Sementara tunggu kentang empuk goreng sekejap udang,sambil sambil hiris halus daun sop.ada bawang goreng belen taburan sop tulang kelmarin.Kentang dah empuk masukkan kedalam lesung batu campurkan dengan udang tadi.tumbuk hingga bersatu kentang dan udang.Keluarkan dan bubuh dalam mangkuk.Campurkan bawang goreng,hirisan daun sop,secubit garam,sedikit serbuk lada putih dan secukup rasa maggi,Gaulkan rata dan akak bubuh sedikit tepung jagung masa mengaul bahan2 nie
    Kemudian celupkan kedalam putih telur dan golekkan atas breadcrumbs.Panaskan kuali bubuh minyak dan boleh laa digoreng hingga masak,SIAP!Enak dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos cili.Selamat Mencuba

    Wednesday, December 7, 2011

    KEK LAPIS CHEESE PERSONA


    Hah amek ko....akak masukkan marathon list kek akak yang ketiga.Kawan2 blogger lain dah lama dah buatAkak buat pun sebab adek akak datang.Dia bercerita yang adek akak sorang lagi buat kek nie.sedap ngahhhh kata die.akak kata buat laa.jadi dia pi beli barang barang buat separuh adunan dulu.test market.memang sedap.pandai Ryo cari idea buat kek yang simple mimple tapi sedap.tapi anak akak ada yang suka ada yang kurang sket sebab cis yang ada...apa apa pun akak suka makan.tak tunggu lama nak perabihkan,,hihihihiihi


     
     Masa dah siap adek akak buat akak kata macam pernah nampak laa kawan blog angah buat.akak tanya mana adek akak tu amek resipi.dia kata biasa arrr tngok kat tenet...dan akak tau akak tengok kat rumah Dzana sebenarnya.tapi akak buat tak ler secantik kawan2 buat.pic pun ala kadar ajer.kalau masuk majalah takde orang nak beli tengok pic yang akak amek....

    KEK LAPIS CHEESE PERSONA

    resipi : Ryo@Ryoazhar
    SUMBER:Zanariah Inspirasiku

    Bahan2: (Saiz 9x9)A:
    2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
    500 ml susu segar,dipanaskan

    B:
    500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
    10 ml susu segar
    1/2 cawan gula halus

    Caranya :
    Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
    Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
    Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
    Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
    Panaskan susu segar,padamkan api.
    Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
    Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
    Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
    Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
    Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
    Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

    Tuesday, December 6, 2011

    SUP TULANG SEDAP

     Dah petang petang tayang sup tulang,jangan marah yer,tengahari ni akak buat sup tulang nie ajer.hb beli sekilo tulang lembu.dia suka beli tapi tak makan pun tulang nyer.hanya hirup kuah ajer.makan dengan mee kuning dan bihun sekali,ikut suka yang makan ler kan

    Resipi simple ajer,akak suka masak main campak campak apa yang ada dalam petiais,tak ada bahan buat tak tau ajer,tapi sesiapa nak cuba resipi simple nie boleh aja

    Resipi sup tulang sedap{saja nak menyedapkan tambah sedap}
    sumber: dari rumah teres kakasma

    bahan2nya:
    • sekilo tulang lembu
    • sedikit halia
    • 1 biji bawang besar*
    • 2 biji bawang kecil*
    • 3 biji bawang putih*[Bahan * ditumbuk }
    • sebatang serai{diketuk}
    • 2 biji kentang dan karot
    • 1 bungkus perencah sup
    • 1 bungkus rempah bunjut
    • separuh bungkus rempah kurma
    • rempah penumis 4 sekawan
    • garam dan secukup rasa maggie
    Bersihkan tulang,basuh dn direbus,masukkan hirisan halia,serai kentang dan sup bunjut,Dalam kuali panaskan minyak,tumiskan bahan ditumbuk,kemudian masukkan rempah penumis.perencah sup,rempah kurma dan serbuklada hitam gaul rata dan biarkan hinnga naik bau,angkat dan tuangkan kedalam  periuk rebusan tulang,Tambahkan garam dan secukup rasa,biarkan sup ini mendidih dan daging tulang lembut,siap untuk dihidang,Sup ini sedap dihirup bersama sambal kicap,,,



    KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA


    Pagi semua.Kan semalam akak kata nak tayang kek marathon yang akak buat,Jadi pagi nie tayang kek badam nie pulak,Sebelum tu nak ucapkan terimakasih pada yang sudi datang menjamu mata pada kek suji semalam.ada yang silent reader,ada yang datang bagi komen,Alhamdulilah terimakasih semua.pada yang nak membuat nya sila sila jangan malu malu bak kata Cendana Kasih takut tengok telur yang sangat banyak digunakan,,,Akak cdangkan buat separuh ajer,jadi tak laa banyak sangat,so Noorma buat laa akak gerenti jadi punya.Dalam pada tu jangan terperanjat dengan wajah baru rumah akak,Hehehehe saja nak buat pembaharuan.harap harap semua suka..ecececeh ......

    Kek nie memang sangat nostalgi sebab esen yang digunakan adalah esen rose,tu yang membuatkan aroma masa membakarnya menusuk jiwa,lama dah akak simpan resipi nie,Ummi Kuantan ada buat dulu,masa tu tak terbuat lagi kemudian akak nampak sape ntah buat pu tak teringin agi,tapi Sabtu sudah akak gali resepi yang dah terprint so inilah hasilnya.akak amek dari rumah Ummi aje resipi nie.


    Resipi 

    KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
    Sumber : Rinnchan

    sumber:Ummi Home Sweet Home
    Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)
    • 250gm mentega
    • 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
    • 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
    • 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
    • 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
    • 2 susu makan susu pekat manis
    • 1 1/2 sudu teh esen rose
    • sedikit pewarna merah 

    1. Pukul mentega dan gula hingga gebu. 
    2. Masukkan telur satu persatu.
    3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
    4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
    5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
    6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
    7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
    8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.







    Monday, December 5, 2011

    KEK SUJI LAGI

    Salam pagi buat semua pengunjung pengujung rumah akak,Minggu nie dah tersenarai dalam rumah nie kena buat marathon kek,sebab pengemar pengemar tegar ramai kat rumah nie,terutama dak kecik Umar,jadi sebagai pengikat kasih sayang mak dan anak2.....cewah geli dengar kan,akak buat kek suji,kek badam nostalgia,coklat moist kek{yang nie tak sempat nak amek dah kena makan}.
     Kira nie hidangan awal Disember laa kan,pada yang suka kek tu akak dah dua tiga kali juga buat kek suji nie,memang merbeles,Dan ada permintaan dari Cikgu Zana tuk akak buatkan sebiji kalau akak ada balik keAir Hitam bila bila nanti,
     Resipi yang akak buat pada kali nie hanya setengah aje,kalau buat satu adunan memang berbaloi.apakan daya stok butter hanya ada satu aje,jadi memang tak sampai malam kek nie dah selesai,,,,

    Resipi nie dulu akak amek kat rumah Fida DUBAI,akak memang lama cari resipi yang camgini.jumpa pulak kat rumah Fida,Alhamdulilah!

    KEK SUJI
    {Sumber Fida Amida Dubai}
    {SUMBER IRMA IRYANI SAID buku resipi pesta perut}

    Bahan2:
    • 400 gm mentega{guna anchor utter}
    • 240 gm tepung semolina{tepung suji}
    • 2 sudu besar susu pekat
    • 1 biji parutan kulit oren
    • setengah biji jus oren
    • 4 biji telur
    • 10 biji kuning telur
    • 300 gm gula kastor
    • 160gm tepung naik sendiri
    • 100gm badam cincang
    Caranya:
                 Pukul mentega dan susu hingga kembang dan ringan,Masukkan tepung semolinamkulit limau dan jus limau,Gaul rata dan perapkan semalaman supaya tepung semolina kembang.Perap disuhu bilik dan tutup dengan plastik.ESOKNYA ....panaskan ketuhar 180 darjah,gris acuan dan alas dengan kertas kuih.Pukul telur,kuning telur dan gula hingga betul betul kembang.Gaul rata pada adunan yang diperap semalamam.Masukkan tepung dan badam cincang,sedikit demi sedikit.\tuang kedalam acuang kek dan bakar selama 45 hingga 60 minit.pada minit ke40 turunkan suhu ke150 darjah.


    Friday, November 25, 2011

    Nasi Lemak Santan Wangi

     Assalamualaikum dan selamat pagi semua,pagi  ini akak nak share satu resipi nasi lemak yang sangat lembut wangi dan sedap..dan paling penting kurang kolestrol...Kawan akak perkenalkan Santan wangi nie untuk akak cuba buat nasi lemak..Dia bagi free akak pun cubalaa masak..Memang berbaloi menggunakan santan nie.Buat pengetahuan semua santan Wangi nie adalah santan yang diperbuat dari Kelapa Sawit yang diperah dan dijadikan santan.Lepas nie boleh laa cuba cari Santan dari kelapa sawit ni dipasaran..
    Resipi nasi nie akak gunakan Beras Basmathi sebab kebetulan ada stok beras nie kat rumah akak...Dalam pic tu akak hanay buat sambal tumis biasa,ayam goreng rempah dan rendang daging hitam yang akak panaskan..Layannnnn...

    Resipi Nasi Lemak Santan Wangi
    Sumber:Dari rumah teres KakAsma

    Bahan2:

    3 cawan beras basmathi(akak guna cawan biasa kita minum tu)
    3 cawan santan + 2 cawan air biasa
    1 biji bawang besar*
    sedikit halia*
    1 ulas bawang putih*(dimayang halus)
    1 batang serai(ketuk)
    1 sudu kecil halba
    2 helai daun pandan
    garam


    Cara membuatnya:
    1. Basuh beras kemudian toskan.
    2. Dalam periuk nasi elektrik,panaskan sedikit minyak tumis bahan dimayang hingga layu dan wangi.masukkan halba dan serai juga garam.
    3. Masukkan berasdan daun pandan kacau sebentar.Padam api dan alihkan periuk ke elektik.
    4. Masukkan santan dan air..kacau dan biarkan ia masak sempurna...
    Ini saja nak enterprem Umar yang terbaru..hehehe pantang ajer nak snap gambar..Dah macam macam akalnya sekarang...Buat auntie Lieza nilah Wajah Umar yang terbaru..

    Thursday, November 24, 2011

    RENDANG HITAM KAK ERNA


    Assalamualaikum semua teman teman,para pengunjung rumah akak yang lama betul sunyi,menyepi diri..Bukan merajuk hati,bukan malas atau pun mau pergi jauh jauh dari alam blogging nih..tapi dek banyak benar masalah yang seringkali timbul jadi akak mendiamkan diri.Namun akak tak pernah lupa pada teman teman adek adek semua..selalu juga ajaj datang menjenguk tapi ada yang tinggalkan komen,jejak dan ada hanya sebagai silent reader ajer.....
     Baru baru ni pulak bersamaan 9hb Nov. ABAH akak yang tercinta telah kembali kerahmatullah.AlFatihah buat abah akak.Jadi keinginan untuk menghidangkan resipi disini menurun balik..Hihihihi.....alasan kan...
     Tapi pada satu hari akak berkunjung kerumah kak Erna,wallaaa dia tayang rendang itam orang Rembau punya penangan..akak tau rendang tu memang tersangat sedap..hehehee maklumlaa kan akak kan duk rembau,keinginan untuk membuat sendiri rendang nih meluap luap..akak pun tanya kak Erna dengan bersms ajer..
     Akhirnya inilah rendang yang akak masak Ahad yang lalu..maaf yer baru nih sempat diupdatekan..Istimewa rendang nih adalah rempah rendang yang digunakan..kalau nak tau hanay dirembau ajer dijual rempah nie..kalau nak cari kena gi pasar tanya kat Wan-wan yang menjual hasil kampung..sebab tu rendang orang rembau nie terkenal kelazatan nyer.Dan bila dah masak rasanya tak lari dari rendang yang arwah abah akak masak..maklumlaa abah akal asal dari keturunan orang kampar....Oleh sebab akak masak main campak campak jadi akak bagi resipi main agak agak yer.

    Resipi Rendang Hitam
    Source:Kak Asma dan Kak Erna(Http://ibutigahero.blogspot.com)

    Bahan2:

    1 kilo daging batang pinang
    3 biji kelapa parut(akak beli santan siap perah 4 inggit-guna semuanya)
    2 paket kerisek
    2 helai daun kunyit(org negeri tak bubuh akak lak bubuh)
    1 inci halia(mayang halus)
    5 batang serai(ketuk)
    sedikit lengkuas(ketuk)
    1 paket rempah rendang

    Bahan di kisar halus:

    2 biji bawang besar
    10 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    sesudu besar lada hitam
    10 batnag cili padi
    2 sudu besar cili giling
    rempah tumis 4 sekawan
    gula,garam,perasa

    Cara membuatnya:
    Bersihkan daging,hiris nipis ketepikan.Dalam kuali panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan dikisar halus,masukkan bahan tumisan,halia,serai dan lengkuas serta rempah tumis 4 sekawan.bila telah naik minyak masukkan rempah rendang daging dan sedikit air.(kalau ikut kak erna boleh letak sedikit serbuk kari-akak skip nih..)Biarkan air daging kering sedikit baru masukkan santan.garam,gula dan perasa.biarkan hingga santan agak kering,kecilkan api,hendaklah sentiasa dikacau bagi meratakan bahan tumisan dan daging..akhir sekali baru masukan daun kunyit dan kerisik..

    Nota akak: mula mula akak masak dalam kuali,bila dah agak nak kering akak tukar kedalam periuk,sebab malas nak kacau selalu..buka api kecil aje...Ikut gambar tak berapa hitam,tapi rendang nih memang hitam...

    Friday, May 27, 2011

    YUMMY DONUT

     Meh semua datang umah akak.bawa ler tupperware ke tipuware ke,ada donut pagi nih.lembut ajer donut yang akak buat.resipi dari rumah MAMAFAMI.Mama punya source dari Rima.akak buat pun sebab tepung roti ada separuh lagi.jadi saja nak cuba resipi yang guna tepung roti.
     tergoreng geseng sket.maklumlah tukang kacau ada,nak berdukung laa,tak mau diletak..sape lagi kalau bukan sitecik Umar.Resipi kat sini yer.Terimakasih MAMAFAMI dan juga RIMA.akak ada satu lagi resipi tapi tu nanti nak cuba juga.resipi dari MISS MIRROR SINI
    YUMMY DONUTS
    Posted by : MamaFaMi
    Source : Rima of Bisous A Toi

    Ingredients :
    (A)
    500g high protein flour - bread flour
    100g sugar
    11g instant yeast
    4 egg yolks
    200 ml water

    (B)
    100g butter / margarine
    1 tsp salt

    White Cooking Chocolate - melted
    Cooking chocolate - melted
    Sprinkles

    Method :

    Stir ingredients A, knead until lumpy, add ingredients B, continue to knead until smooth elastic.
    Rest dough for 10 minutes.. divide dough into several balls weighing 40g each.
    Rest for a further 20 minutes.
    Punch a hole through the middle, then fry until cooked. Drain. Chill.
    Dip one side surface of the donut in the melted chocolate, sprinkle almond.
    Place donut in fridge to harden chocolate..

    Tuesday, May 24, 2011

    Blueberry Cheese Tart

    Salam pagi semua,pagi ni akak hidangkan Blueberry Cistat buat semua yang datang berkunjung.tak mau gak ketinggalan dalam marathon geng geng semua buat cistat nie..akak pernah buat gak pastrinya guna satu resipi tapi mengecewakan..tak rapuh dan agak lemau bila dah sejuk sikit.tapi tu laa kita niekan jenis nak juga mencuba jadi akak try guna yang ini amek resipi kat umah Irsyam Nur sini.irsyam amek kat rumah kak wan sini.
    Bahan Pastry Tart
    60gm gula ising
    250gm tepung gandum
    125gm mentega sejuk di potong dadu
    1 biji kuning telur
    1 sudu besar air sejuk
    1/2 sudu teh esen vanila/esen badam


    Cara-cara
    1.  Satukan gula ising dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
    2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
    3.  Rehatkan selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya.
    4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
    5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.



    Cheese Filling
    250gm cream cheese (suhu bilik)
    50ml UHT whipping cream(guna susu segar)
    60gm gula ising
    60gm mentega
    1 biji telur
    1 sudu besar lemon jus jika suka

    Filing  :  Blueberry, strawberry, kiwi, manggo(akak guna Blueberry filling)
    (Masukkan ke dalam piping bag)

    Cara-cara :
    1.  Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati.  Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.  Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
    2.  Ambil kulit tart, pipekan sedikit  filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
    3.  Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
    4.  Bakar sekejap selama 5-8 minit.  Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.

    Monday, May 23, 2011

    Nasi Ketumbar dan Ayam Rendang Kari

     Bila nampak AYU buat nasi nih akak teragak juga nak buat.memang nampak sedap gitu.dan semalam akak merealiasasikan impian nak buat Nasi ketumbar nih.wallaaaa hb akak kata memang sedap..makan pulak dengan rendang yang akak buat ada kuah sket..tak hingat masa makan.anak akak yang lelaki makan gitu ajer pun dah sedap katanya..pada yang belum cuba tu mesti cuba...tapi kalau risau pada bau daun ketumbar jangan bimbang bila dah tanak nasi nie tak de bau pun...
    Nasi Ketumbar
    Sources:-From Q'ein@myresipi.com
     Bahan2-(7 orang)
    • 500g beras
    • 3 s/b mentega
    • sedikit minyak
    • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
    • 3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)-akak hanya hiris hiris halus
    • sedikit garam
    • pewarna hijau(akak tak bubuh lupa!!!)
    • 1 kiub ayam(akak guna secukup rasa maggi)
    • sedikit susu cair campur dengan air biasa(akak tambah)

    Cara-cara

    1. basuh beras dan toskan
    2. cairkan mentega bersama sedikit minyak
    3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
    4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
    5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
    6. bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
    7. tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

    Monday, May 16, 2011

    Tengiri asam Daun Kari

     salam pagi Isnin ,Hari nie akak nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat adek adek akak yang bergelar Cikgu,iaitu Cikgu Zana diBatu Pahat,Ustazah AZIe di Pasir Gudang,Cikgu Ina Shamsina di Kuantan dan semua guru guru yang juga ada blog yer..semuga akak lebih berdedikasi dan disayang anak murid,
     Okay lah lauk nie akak nak share ngan semua bagi yang tak de idea nak masak aper..nie memang simple tapi sedap..bagi yang penat2 balik keje tu kejap ajer nak menyediakan nya
    Tengiri Asam Daun Kari
    Source: dari rumah teres kakasma

    Bahan2:
    • 4 keping ikan tengiri
    • 1 labu bawang besar*
    • 2 ulas bawang putih*
    • sedikit halia*
    • 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
    • 1 batang serai(ketuk)
    • sedikit daun kari
    • garam,perasa,air asam jawa
    1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
    2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
    3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
    4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
    5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

    Wednesday, May 11, 2011

    Ayam Tiga Rasa

     sesekali kita ubah resipi tiga rasa ni.selalu kita guna ikan siakap,bawal dan macam macam lagi.kali nie apa kata kita cuba resipi menggunakan ayam pulak..memang sedap.enak akalu dimakan dengan kuah lemak..sayur goreng...laju ajer makan nanti.
     AYAM TIGA RASA
    source:dari rumah teres Kakasma

    Bahan2:
    • Isi ayam...hiris bersihkan
    • 1/2 biji lada bengala warna merah,kuning...(kalau tak de lada merah /hijau pun ok)
    • 1biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah tumbuk halus
    • 3 ulas bawang putih(cincang halus)
    • 1/2 inci halia hiris halus
    • 1 btg serai dititik
    • 3 sudu cili kisar
    • 1/2 biji nenas hiris kecil2
    • 1/2 btg lobak merah juga dihiris
    • 3 biji putik jagung
    • bunga kobis dan tomato
    • daun limau purut
    • 1 sudu sos tomato,sos cili,sos tiram,sos ikan dan sedikit kicap
    • garam dan sedikit perasa dan gula
    • tepung jagung sebagai pemekat
    caranya:
    1. ayam yang telah dihiris nipis tadi,lumurkan dengan sedikit lada sulah dan tepung jagung.
    2. panaskan minyak dan goreng sebentar ayam tadi.tos dan ketepikan.
    3. dalam kuali lain panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang ,bawang putih,halia hingga layu.masukkan scili kisar dan serai.kacau lagi
    4. kemudian masukkan kesemua sos dan kicap,garam dan perasa serta sedikit gula.
    5. masukkan ayam dan sayur sayur, dan tepung jagung.kacau sebentar,masukkan daun limau purut.
    6. matikan api dan bolehlah dihidang...
    cubalah memang sedap....

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails