Wednesday, August 25, 2010

Maaf yer akak tak sihat dan Umar pun baru sembuh



Salam ramadan semua...
minta maaf bebanyak..sebab lama betul akak tak post apa apa masak masak kat sini.walaupun hari hari masak tapi akak tak sempat nak buat posting..akak dan anak anak akak tak sihat.kena demam selesema dan batuk yang agak teruk..memang menguji betul ramadan nie..tapi alhamdulilah dapat juga menyempurnakan puasa akak.ada yang bertanya kemana akak pergi senyap ajer..buat yang sudi berkunjung dan bertanya kabar akak ucapkan terimakasih sangat.terharu sungguh.sebab ingat kat akak.Buat crew yang hari hari dtg berkunjung,buat mamahawa,nur,ros,haryati..dan ramai lagi yang bagi komen pun terimakasih sangat.memang tak sempat nak buat kunjung balas..InsyaALLAH jika ada kelapangan dan kesihatan akak dah pulih akak akan buat kunjung balas yer..ada juga akak dtg jenguk cuma tak bg komen..baca dan tengok resipi kawan kawan...Nie saja nak tunjuk pic Umar yang dah mula meniarap dan dah berkeliling ruang tamu..Umar pun baru dia hari nie sihat.sebelum tu Umar selalu merengek..akak ingatkan dia nak berdukung ajer..rupa rupa nyer bila bawa gi urut,tempurung lutut dan buku lali Umar dah tak betul.patutlah dia sayik merengek..sakit sangat agaknya.
Tapi alhamdulilah semalam akak bawa dia gi berurut kat seorang tukang urut yang memang pakar bab tulang nie,dah Umar dah beransur sihat..dan dah gila nak merangkak pulak..harap harap Umar segera sembuh dan dapatlah bergembira raya nantikan..Terimakasih buat semua,jangan serik datang umah akak yer..

NOTA AKAK: terimakasih buat follower akak yang dah bertambah tu..nanti ada masa akak dtg melawat yer..doakan semuga akak cepat sembuh..

Thursday, August 12, 2010

Kuih Lopes

 salam ramadan,hari ni akak bg idea pada sapa yang pening nak buat aper tuk berbuka nanti.gilah dapur kalau ada pulut tu rendamlah kejap.sempat lagi kalau nak buat.berbuka manis manis gini sedap gitu...
 resipi akak amek dari umah kak Rusnah  disini

Bahan bahan:
* Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
* pati dari air perahan daun pandan + sedikit pewarna hijau epal
*1 sudu besar air kapur (ni akak ganti dengan air abu soda)
*daun pisang
*tali rafia
* kelapa parut + garam
* air sirap gula merah/gula melaka


Cara buatnya:

1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan,air kapur dan pewarna hijau.
2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat juga di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
5. Bila siap semua, rebuslah selama 1 - 2 jam.
6. Toskan dan biarkan sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa + garam
7.Potong menggunakan benang yang diregang.
8.Sedap sangat dimakan pula dengan sirap gula merah.
9.Bungkusan pulutnya yang didalam daun pisang tu boleh tahan 3 hari sebab
adunannya tidak dimasukkan santan

 cuba jangan tak cuba.....
 Selamat berbuka puasa,semuga puasa kita hari ini diberkati



Wednesday, August 11, 2010

Rawon-Bumbu paste pemberian Deetha

 lauk nie akak masak dah lama dah.tapi baru nie dapat nak update.mmg mudah semudah 123 nak masak kuah rawon nie.maklumlaa dapat pastekan senang..kalau dapat masak guna resipi yang deetha bagi lagi best agaknya..tapi masalah nye mana nak cari buah keluak..sebab buah tu laa bahan utama..
 pepun dapat bumbu nie pun dah okay.dapat laa melepaskan rindu..kalau kat Singapura ada dijual nasi rawon nie..ada paru goreng lagi mmg sodap sungguh..tu yang tingat sangat tu..kat msalaysia nie mmg tak de jumpa lagi..
buat Deetha maceh yo mbakyu merealisasikan keinginan nak makan lauk rawon nie..

GA dari Kelly's Life

akak tengok kat blog kelly nie ada GA..bg apron yang cantik nie..waa akak pun nak join juga.mantau ada nasib menang cantik tu..nnti bergaya masa buat kuih raya hehehe..meh laa ramai ramai join..suka suka ajekan..ada syarat syartanya tau  tengok kat bawah nie

Syarat2 nya mudah sahaja : -
 Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
>>>>>>ok akak dah buat
Link kan blog Kelly's Life
>>>>done
Letak komen kat N3 ni
>>>>>done
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
>>>>>>dah follow
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je
>>>>>akak mmg duk malaysia,tu yg join tu 


Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Almubarak dan Kad dari AlongROZ

Salam pagi selasa:-)
lama sungguh akak bersiaran kat sini.tapi hari ini akak nak juga sama sama merasakan suasana menyambut ketibaan Ramadan yang dinanti nantikan kita semua.Bulan yang penuh dengan keberkatan dan limpahan pahala dari ALLAH SWT buat kita yang mau merebutnya..dikesempatan ini akak ingin menghulurkan tangan memohon kemaafan seandainya ada salah silap sepanjang akak beblog dan mungkin ada terkasar bahasa dengan teman teman,adik adik semua..jadi akak wakilkan Umar dan Rasyid untuk menyampaikan salam buat semua..sudi sudikan laa ya..

Dan yang ini kad dari ALONGROZ sempena ramadan yang bakal menjelang esok InsyaALLAH..Makasih yea along ingat kat akak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails