Tuesday, January 29, 2013

CREAM PUFF

Assalamualaikum dan salam pagi selasa semua,

Hari ini akak nak berkongsi kisah akak buat cream puff .Akak pernah sekali buat puff nie..biasalah kan bila tak pernah buat dan tak tau skill macamana nak buat cream puff nie memang jadi kawan cik tong lah jawabnya.nasib baik masa buat tu akak buat dalam aduan yang sedikit.Orang lain dah tak heran dengan cream puff ni akak aja yang terheggeh heggeh nak buat.
Bila AZITA ZAIN datang rumah akak awal tahun ni dan bawa CF ni sebagai buah tangan,terus pasang niat nak menerai.carilah resipi yang memang berbaloi,puas akak jalan jalan..jumpa resipi ini..Dan kebetulan pulak akak ada menonton rancangan Bake with Anna Olson di AFC.jadi akak combinekan resipi maka terhasil lah Cf ini..
 Berbaloi membuatnya.akak buat dua perisa.satu gunakan whipped cream yang dicampurkan dengan kastad filling dan isi durian..lebihan membuat Durain crepe..dan kastad filling itu sendiri
Bahan2 nya:
  • 100 gm butter
  • 125 gm tepung roti
  • 250ml air
  • 3 biji telur
  • sedikit garam,gula dan esen vanila(ini akak tambah)
Caranya:
  1. didihkan air bersama butter,garam gula dan esen vanila.
  2. Bila dah mendidih padamkan api.masukkan tepung dan kacau bagi sebati.
  3. Letakan semula periuk diatas api yang perlahan,kacau adunan sehingga tidak lekat di periuk.
  4. Angkat dari api,biarkan sejuk sebentar.
  5. Bila telah sejuk masukkan telur satu persatu.Pukul guna whisk saja hingga aduan sebati.
  6. bolehlah dimasukkan kedalam piping bag yang diletakkan nozzle bentuk bintang atau bulat.
  7. Picitkan diatas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak.Jarakkan antara satu sama lain.
  8. amil sedikit air ciciahkan dengan hujung jari dan tekan diatas tanduk cream puff itu tadi.ada kaedah lain digunakan dengan spray atas puff itu tadi..
  9. Bakar suhu 220 darjah celcius selama 25 minit.
Untuk inti nya:
(KASTAD FILLING)cara ANNA OLSON 

  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula kastor (ketiga tiga bahan ini dikacau rata guna whisk)
  • 1 cawan susu segar 
  • 11/2 sudu teh esen vanila(renihkan diatas api yang kecil)
  •  3 sudu besar butter.(letakkan dalam mangkuk yang bersih)  
  • CARANYA:(susu dan esen direnihkan sebentar,angkat dari api,masukkan bahan yang telah diratakan dengan whisk tadi.Letakakn semula diatas  periuk double boiling.kacau hingga bahan sebati dan pekat.
  • angkat dan tapis diatas mangkuk yang berisi butter.tapiskan hingga hbis dan angkat tapisan dan kacau rata bahan dimasak dengan butter tadi.
  • tutup dengan plastik cling dan sejukkan sebelum dibubuh dalam puff tadi.yang ini untuk memudahkan bubuh dalam piping plastik.
  • boleh juga dicampurkan dengan jagung krim untuk rasa jagung yang lebih lazat..

Wednesday, January 23, 2013

KUIH LOPES

 Assalamualaikum semua dan salam pagi rabu.

Pagi ini akak tayang kuih LOPES yang menjadi kegemaran akak dan anak anak akak.kuih lopes ini banyak versi yang orang buat.tapi hari ni akak share resipi yang selalu arwah mak akak buat.Rasa lopes yang kenyal kenyal bila dimakan dan bau daun pisang memang sungguh menyelerakan masa makan.Ada versi kuih yang dikukus tapi pada akak kurang sikit rasa lopes yang sebenarnya
Untuk membuat lopes ni perlu ada kerajinan sedikit.Selain dari masa merendam nya yang lama,untuk membungkus kuih ini pun satu yang leceh..tapi bila dah siap,apatah lagi setelah dibalut dengan kelapa parut muda dan dimakan dengan air gula melaka.....memang tak ingat dunia rasanya..
Kuih lopes yang sebenar mestilah berbentuk segitiga....hehehe ikut acuan bentuk daun pisang yang kita guna untuk membalut pulut tadi.Mari kita tengok resipi yang akak buat.


KUIH LOPES(source dari SAJIAN SELERA KAKASMA)

BAHAN2:
  • 500 gm beras pulut  
  • 1 biji abu chang(bahan ini boleh dibeli di kedai sengseh)atau boleh digantikan dengan 2 sudi besar air alkeline atau air abu(yang nie boleh beli dikedai bakery)
  • daun pisang dan air secukupnya
  • daun pandan dan sedikit garam
  • Kelapa parut yang muda bubuh sedikit garam
  • air gula melaka(gula melaka sebiji dimasak bersama denga Secawan air,masak hingga gula larut.sejukkan)
Caranya:
  1. Pulut dicuci dan dibersihakn.Kemudian direndam semalam  bersama dengan abu chang atau air alkeline atau air abu.
  2. Setelah itu toskan pulut yang direndam.
  3. Bersihkan daun pisang,layurkan diatas api dan setelah itu lipat daun pisang bentuk segitiga,masukkan pulut tadi.isikan padat padat dan ikat ketat ketat bungkusan tadi ketat dengan tali sehingga menjadi betuk segitiga.buat dua tiga biji dan kemudian ikat dengan tali rafia  ketat2 agar semasa kita merebus pulut  ini tidak terkeluar..Buat sehingga habis..boleh rujuk gambar diatas macamana akak buat.
  4. Masukkan kedalam periuk dan isikan dengan air,bubuh daun pandan dan sedikit garam.
  5. Rebus dalam 3-4 jam atau sehingga pulut tadi benar benar masak.
  6. Bila telah masak keluarkan dari bungkusan,balutkan kuih dengan kelapa parut muda yang telah dibubuh sedikt garam.
  7. Hidangkan bersama dengan air gula melaka.

Tuesday, January 22, 2013

KARIPAP PUSING

 Ini karipap pusing yang akak buat sabtu lepas.buat banyak banyak.Akak suka resipi ini.sangat rangup dan cantik kejadian karipapnya.Banyak versi adunan doh karipap pusing ini.tapi bila akak mencuba resipi yang ii terus jatuh cinta dan InsyaALLAH tak berpaling mencari resipi lain.Terimakasih sangat buat Azlina dari Dapur Hijrah atas resipi yang dikongsikan.

Resipi boleh lihat kat SINI atau akak salin juga disini buat rujukan bila nak buat lagi.pada yang suka makan karipap pusing cubalah.pasti tidak mengeciwakan..
                              Sebelum digoreng dan disejuk bekukan.     
                                Tengok lapisan karipap tu..suka betul...

  
Akak salin resipi Azlina kat sini pulak.


BAHAN A

200 gm tepung gandum
100 gm shortening       
Secubit garam

BAHAN B

400 gm tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)-ini akak tambah
200 gm air- akak kurang air kepada 180gm
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

DOH -A

  1. Gaulkan shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam
  2. Uli dengan tangan sehingga betul2 sebati
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil. 1 doh bersamaan dengan 50 gm 
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
DOH -B
  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan sehingga menjadi doh.tambahkan minyak masak panas tadi sebelum dimasukkan air
  2. Bahagikan ia kepada 6 doh2 kecil. 1 doh bersamaan dengan 100 gm
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap

Monday, January 7, 2013

ACAR AYAM GORENG

 Assalammualaikum dan selamat pagi buat pengunjung pengunjung blog akak yang hampir tengelam nih..Lama sungguh akak tak isi apa apa .mungkin yang datang naik jemu tenguk menu sama yang dah basi..tapi kat blog tak basi kan..Buat yang datang tak kira lah akak kenal atau pun tidak terimakasih.Akak nih bukan terkenal pun,jadi pada yang bertandang walaupun senyap2 tu akak tau anda semua pasti tak jemu mencari resipi resipi yang akak memang dah buat dan dicuba..

Tahun baru ni akak cuba untuk memasukkan resipi baru ataupun resipi yang akak cuba dari rakan rakan blogger yang lain..Akak cuba nak buat azam baru tapi tak tau laa tercapai atau idak!!!hihihi..sebenarnya banyak dah gambar gambar masakan akak hilang masa diformat balik pc nih..tu yang mak berblog jatuh merudum..yelah apa nak di letakkan..tak kan kosong ajer..penat aja yang datang nanti ..
 Hokey laa hari nih akak nak tunjukkan menu yang akak masak minggu lepas ya..bila tak tau apa nak masak dengan ayam yang hampir saban waktu kalau tak kari,goreng sambal,masak merah..aduhai jemuuuu sungguh kan..samapai waktu nak masak pun malas sungguh..tapi datang idea nih bila tengok ada timun dan karot dalam esbok..saja tukar selera..yang penting masa makan krup krap kerangupan timun dan karot..resipi macam biasa ikut kepala akak ajer.sebab akak tengok ada resipi acar yang menggunakan ketumbar,jintan dan gunakan rempah 4 sekawan tu..jadi pada yang nak mencuba akak dah permudahkan namun tak lari rasa acar tu...
ACAR AYAM GORENG
Source dari Sajian Selera KakAsma

Bahan2 yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam(kalau boleh ambil isi ajer)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1" halia dihiris batang mancis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit biji sawi
  • 6 biji bawang merah}
  • 5 biji bawang putih }Biarkan sebiji sebiji
  • 1 biji lada merah buang biji dalam nya}
  • 1 biji lada hijau buang biji dalamnya}hiris panjang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka
  • garam,gula,perasa
  •  
Bahan dihiris panjang
  • 1 biji timun dan karot( direndam dengan sedikit air kapur bagi merangupkan nya)

Caranya:
  1. Ayam dipotong kecil kecil,bersihkan kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan goreng garing.dah siap ketepikan
  2. bahan bertanda* dikisar halus dan campurkan dengan cili giling.
  3. Panaskan minyak  masukkan halia yang dihiris tadi.kacau sebentar,kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling.kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan tomato sos,gula garam dan perasa,ayam goreng,bawang merah dan putih biji,lada merah dan hijau yang dipotong dan biji sawi..
  5. masukkan cuka..kacau rata,kalau kering boleh tambahkan sedikit air..
  6. Akhir sekali masukkan timun dan karot tadi..Biarkan sebentar.
  7. Kacau rata.matikan api dan boleh lah dihidang kan.
Lauk ini enak kalau dimakan dengan ikan kering juga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails