Sunday, January 23, 2011

HolidayOatmeal Cookies

 salam hujung minggu semua!!!.tayangan kukis akak buat pagi nie,terlanjur tu akak.nak cete laa sikit. semalam akak gi Yummie Bangi.walaaa punya laa seronok menyoping... berjam jam kat situ.akak gi bersama adek akak.memborong bahan buat coklat,beli mould,beli bahan buat kek.selagi nampak nak beli.sib baik fulus tak banyak kalau idak mau pitam juga nak bayar..jumaat gi spore tengok ayu buat kukis nie..teruja tul.sebab anak akak pun cam anak ayu juga.cukup suka makan kukis nie.akak jer yang malas nak buat.

pagi nie akak buat sarap nasi lemak halba,sambil buat sarap adek akak minta buatkan kukis nie lepas akak bagitau dia pasal kukis yang sedap ni.akak pun kuarkan bahan dan buat.memang sedap sungguh..buat ayu terimakasih atas tunjuk ajar untuk buat kukis ni..muah ...muah....muah.....akak c/p resepi dari rumah ayu..kalau nak tengok kukis ayu buat di sini.

Sources:-From   http://www.goodhousekeeping.com

Ingredients:

  • 1 1/2 cup all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 cup (2 sticks)butter or margarine, softened
  • 3/4 cup (packed) brown sugar
  • 1/2 cup granulated sugar
  • 1 large egg
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 3 cup old-fashioned oats, uncooked
  • 1 cup raisins-(Ayu didnt add this-akak too)
  • 1 package (6-ounce) semisweet chocolate chips (1 cup)
  • 1/2 cup almond blend
Method:-
  1. Preheat oven to 350 degrees F. On waxed paper, combine flour, baking soda, and salt.
  2. In large bowl, with mixer on medium speed, beat butter and brown and granulated sugars until creamy, occasionally scraping bowl with rubber spatula. Beat in egg and vanilla. Reduce speed to low; gradually beat in flour mixture just until blended, occasionally scraping bowl. With spoon, stir in oats, raisins, and chocolate chips.
  3. Drop dough by heaping measuring tablespoons, 2 inches apart, on ungreased large cookie sheet. Bake cookies 13 to 15 minutes or until tops are golden. Transfer cookies to wire racks to cool.

Friday, January 21, 2011

Blueberry Muffin

 Muffin yang akak buat semalam..habis dah ya..kalau nak rasa buat laa senang ajer..tapi kalau malas gi kat bakery shop ada yang readymade flour tambahkan telur,air dan minyak jagung..putar2 kejap,dah boleh dibakar..
 tapi kalau rajin dan nak buat sendiri ni ada resipi nyer..ada banyak resipi tapi ni yang akak guna.amek kat fumah Rinnchan..yang memang tersohor dalam bidang masak masak nie..suka dtg kerumah rinn belek2 resipi..terimakasih buat rinnchan..tepek kat sini senang bila nak buat lagi nanti

Sumber:Rinnchan fotopages sini

BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.


My Homemade Chocolate

 Kat rumah akak coklat memang menjadi pujaan.anak akak kalau gi jejalan  atau gi supa mesti beli coklat.kebetulan sekarang nie tengah musim coklat handmade mari akak pun belajar laa buat coklat nie..adek bongsu akak belajar berbayar.akak belajar ngan dia pree ajer..hihihi..untung tu kan..
 bila dah buat coklat nie kawan akak datang bertandang.akak bagi rasa ..apa lagi dia pun memang suka makan coklat..minta akak buat kan.sekarang ni hari hari akak kena buat coklat sebab banyak dapat tempahan.walaupun bukan beratus ratus tapi boleh laa sebagai permulaan.Noorma dari cendanakasih pun ada ajar akak buat coklat dan bagitau kat mana nak dapatkan bahan.Timakasih yea Noorma.budi baik mu akak hargai..

 Coklat akak tak laa cantik macam orang orang yang dah pro buat..yelah belajar main2 dan buat dengan try n error ajer...
 InsyaALLAH bulan Mac nanti ada kawan akak nak kawinkan anak suh akak buat kan coklat tuk dibuat cendermata padan jemputan yang datang..Alhamdulilah..rezeki..rezeki..jangan ditolak..cuma akak kena laa buat lebih cantik dan pelbagaikan perisa...dan bentuk..banyak lagi bentuk coklat akak ada yang akak dah buat.tu akak ada tayang kat Facebook akak...saja nak memeriahkan....
yang nie pun dah kena tempah..rasa.ikut pelanggan.menyiapkan tempahan nie semalam menyebabkan akak tak dapat nak update blog semalam..seharian menyiapkan..tapi sambil buat ni sempat laa akak buat muffin blueberry dan masak lauk tenghari..nanti akak updatekan yea..

Wednesday, January 19, 2011

Telur Goreng Sambal sos

 Kalau dah tak idea nak masak lauk ,nak nak bila buka petiais hanya ada telur,lauk yang akak tayang nie memang sesuai sungguh,selain senang nak masak,bahan pun tak banyak..bak kata orang pejam mata pun boleh masak.
TELUR GORENG BERSAMBAL SOS
Sumber:Dari rumah teres kakasma

Bahan2:
  • 5 biji telur
  • 1 batang lada hijau(hiris)
  • 1/2 biji bawang besar(dimayang)
  • 3 sudu cili giling
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*(bahan* tumbuk lumat)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • garam dan gula dan secukup rasa
caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng telur  sebiji demi sebiji.Ketepikan
  2. Kmudian tumiskan lada hijau dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili giling,bawang yang telah ditumbuk,kacau sebati dan biarkan hingga tumisan naik minyak,
  4. Tambahkan sedikit air,diikuti sos cili dn sos tomato.masukkan garam,gula dan secukup rasa
  5. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi..kacau rata.padamkan api
  6. boleh lah dihidang .

Egg Benedict Vs Sardine puff

 Salam pagi semua,hari nie akak tayang menu sarapan biasa aja..kira orang yang berkerjaya pun boleh sediakan.beli aje roti dan readymade puff,isi inti yang menjadi kegemaran,bakar siap untuk dihidang.
 kalau akak buat puff nih memang kejap ajer licin..sebab menjadi kegemaran anak anak dirumah
dan egg benedict nie akak buat bila tengok puff dah licin..menjadi kegilaa pada Hb dan anak sulong akak.pantang dibuat...makan panas panas telur jangan masak sangat,memang thumbsup!!!

Tuesday, January 18, 2011

Sweet Bun @ Bun manis

 Projek malam sabtu sebenarnya.sambil buat Homemade coklat akak,akak buat juga roti nie.cuba resipi dari
Nor secubit Garam.dah jadi wallaaaa..gebu,lembut,makan panas panas sedap sungguh..siap ada permintaan lagi.akak buat lagi pagi ahad tu.tu yang ada dua versi.kalau perhatikan ada dua versikan...
 Akak buat satu berinti dengan inti kacang merah dan satu kosong aja.sebab nak makan bubuh butter.memang sedap..
Umar pun suka makan roti..tengok aksi dia yang tak sabar sabar nak ambek roti tu....
                                sebelum dibakar lagi..dalam acuan..tunggu dia naik sikit
                                  closeup sikit......
                          ni yang buat malam punya..resipi akak copy dari rumah nieza nun jauh di Findland dan                            terimakasih buat Nor atas resipi yang bagus ini.

Resipi Sweet Bun
Source:  Nor Secubit Garam.dan Nieza

  • 380gm tepung high protein (tpg roti) 
  • 3 sudu besar susu tepung 
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100 ml air 
  • 100 gm water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter 
  • 30 gm shortening
Cara :
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Ambil adunan dan bulat bulat adunan isi inti (akak buh inti kacang merah).
  9. Letakkan ke dulang bakar, biarkan naik lagi, kemudian sapukan bancuhan ( susu segar + telur + madu ) sebatikan dan sapu atas roti dan tabur gula dan terus bakar dgn suhu 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min  atau sehingga masak.
  10. Sapukan marjerin@butter atas roti masa roti masih panas utk mendapatkan roti yg lembab dab berkilat.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  • 50gm tepung gandum
  • 250ml air
Cara :
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan

Monday, January 17, 2011

Karipap Pusing

Hidangan pertama akak pada petang bulan januari tahun 2011..waaa lama tak bagi hidangan dari rumah penjenamaan baru akak..akceli buat karipap nie petang semalam..lama tul teringin nak buat karipap pusing nie..alhamdulilah menjadi dengan jaya nya...
 bila tengok karipap nie kembang hati jadinya..maklum laa sebelum nie beli ajer kat kedai..atau oder kat kawan.yang pasti lepas nie boleh buat lagi
 dah siap digoreng....
 banyak benar resipi tuk buat kulit karipap ini..jadi akak try yang Zana buat  sini


Bahan-bahan:
1. Doh minyak

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...(sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.akak tambahkan sikit minyak jagung )


Untuk inti akak buat inti kentang dan daging..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails