resipi crust nya akak guna resipi yang biasa.akak guna acuan besar sedikit..tapi tak buat banyak sebab anak akak kurang gemar telur gini.lebihan adunan crust tu akak buat tat coklat..lepas ni nanti akak masukkan menu tat coklat pulak ya.
Memang berbaloi tengok cara cara kat youtube tu.untuk inti tu mudah aje.lepas nih akak rajin laa nak buat sebab bila dah siap rupanya encik Hb akak suka makan..sedap rupernye yer!
Bahan untuk INTI TAT TELUR
5 sudu besar gula dimasak dengan 1 1/2 cawan air.(biarkan sejuk)>ikut kemanisan yang disukai
2 biji telur
1/2 tin @ lebih sikit susu cair(nak guna fresh milk pun boleh)
sedikit esen vanila(kurangkan bau telur)
1-2 sudu besar tepung kastad(ni akak tambah sendiri-ikut cam CENDANA KASIH buat)
Caranya :
Masukkan air gula dalam bekas,masukkan telur,susu,esen vanila dan dikacau sebati.kemudian masukkan tepung kastad.kacau guna whisk aja.kemudian tapiskan.sedia digunakan...
Untuk crustnya:
- 130gm butter
- 60gm gula icing
- 250gm tepung gandum
- 1 biji kuning telur
- sedikit esen vanila
- 1 sudu besar air sejuk
- campurkan gula,butter dan tepung.dengan menggunakan tangan ramas rata bahan sehingga menjadi serbuk roti.
- air,kuning telur,dan esen vanila dicampurkan dan pukul sekejap.
- masukkan kedalam adunan tepung.gaul hingga menjadi adunan doh.
- simpan sekejap dalam 10 minit
- boleh lah dibentukkan dalam acuan dengan mengambil sedikit dan ditekan rata dalam acuan.
- buat sehingga habis,baru tuangkan bahan inti.
- panaskan ketuhar dan dibakar 20 minit atau sehingga masak dalam suhu 170 darjah.
- selamat mencuba...