Friday, March 30, 2012

AYAM CILI API

 Kalau tak ada idea nak masak apa akak cadangkan masak lauk simple ini.Pada yang suka pedas memang sangat sesuai..Masa beli ayam hb akak kata dia nampak belimbing buluh.memang jarang dijual kat kedai.mula cadang nak buat sambal hitam pahang..tapi ciput sangat belimbing tu.

jadi akak masukkan kedalam lauk ayam cili api nih..jadi rasa pedas,masam dan bau pun wangi bila akak hiriskan daun kunyit..Biasa lah akak suka bereksiperimen dengan lauk yang akak selalu masak...tapi masa makan kena sedia air laa yer..kalau idak ada meleleh airmata tu hihihihi
Meh kita check resipi Ayam cili api ni....

Resipi AYAM CILI API
source: kaksma .blogspot.com

  • 1/2 ekor ayam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 10 biji cili api campur dengan 1 biji cili hijau
  • buah belimbing buluh
  • garam,gula dan perasa
  • daun kunyit hiris halus
caranya:
  • ayam dipotong kecil kecil bersihkan dan dilumurkan dengan sedikit kunyit dan garam.
  • goreng ayam sebentar jangan garing sangat.
  • cili,bawang merah,bawang putih dikisar.
  • panaskan minyak,tumis bahan bahan kisar hingga naik minyak.
  • kemudian masukkan ayam tadi bersama garam,gula dan perasa.
  • masukkan belimbing dan hirisan daun kunyit.

Thursday, March 29, 2012

PAU 3S (MAZ ILHAM DAPUR)

 Bila petang mesti nak ada kudapan untuk makan petangkan.tak kira kuih yang mudah ataupun perlukan kesabaran untuk membuatnya...selalu pening kepala apa nak buat.nak nak bila bahan nak buat ada.petang semalam teragak nak buat pau.tapi tepung pau lak tak ada.

Baru teringat resipi Pau 3S dari Maz ILHAM DAPUR,sebab boleh guna tepung gandum saja.tengok ramai dah mencuba dan hasilnya ramai yang kata ok.jadi akak menguli laa..memang betul.kejap ajer licin kebetulan buat tak banyak...makan tengah panas panas ..wallaaa..

jadi kalau tak de tepung pau jangan risau kita masih boleh membuatnya..akak buat dua inti..kelapa dan kacang merah...Terimakasih yer Maz atas resipi main main Maz nie..hasilnya sangat tak mengecewakan..
akak copy dari rumah Dzana resipi nih..mana tau ada nak cubakan


PAU 3S(Sumber : ILHAM DAPUR )
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 120ml air sedikit suam (anggaran sahaja) saya letak sikit2 sehingga doh bgumpal shj)
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau

Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.





Wednesday, March 28, 2012

BOTOK BOTOK IKAN

 Petang semua...hari ni masak aper yer untuk hidangan engahari..akak buat botok botok,masak asam pedas ajer hari nie..terliur lak bila buka pesbuk IKA dok tayang mee rebus...tak per nnti ada masa kak buat..tapi meh kita layan botok botok ikan nie..akak memang suka botok2.dulu masa kecik kecik arwah nyai akak suka buat..tapi bungkus dalam daun keladi,dan macam macam daun lagi..wallla walaupun tak guna ikan mahal tapi kesedapan nyer tak terungkap...teringat2 laa pulak...kalau nak tau inilah makanan orang jawa yang salah satu terfemes..kalau nak muda makan botok botok..jangan pakai botokss yer..hihihihi
semalam hb akak belikan ikan tengiri..separuh dah masak kari dan sambal,ada lagi separuh jadi hari ini akak masakkan asam pedas dan 2 ketul ikan tu akak buatkan botok botok..kat rumah hanya ada daun kunyit,daun kaduk,daun pisang,dan limau purut..kalau ikutkan kena guna daun betik,daun bebuas,daun keladi..tapi nak tunggu daun daun tu datang memang payah..duduk kat taman nih mana ada tu semua...jadi akak amek ringkas aja..janji ada rasakan..hehhehehe


resipi akak main hentam ajer..ikut mana yang teringat....

resipi botok botok ikan
sumber:kakasma

  • 2-3 potong ikan tengiri(nak pakai ikan lain pun boleh)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 batang serai
  • 2 sudu lada giling
  • sedikit kunyit serbuk
  • sedikit ketumbar,jintan manis dan jintan putih(guna yang serbuk)
  • 2 sudu kerisek
  • 2 sudu rempah kari
  • air asam jawa
  • garam,gula dan perasa...
bahan sampingan:
daun pisang,daun kunyit,daun limau purut,daun kaduk(ini aje yang ada)

caranya:
  • kisar bawang merah,putih halia,serai,kunyit serbuk,rempah kari,lada giling dan serbuk ketumbardan jintan hingga halus.
  • panaskan kuali tumis bahan2 kisar hingga wangi,masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  • tambahkan kerisek,garam,gula air asam jawa dan perasa..
  • ADA RESIPI YANG PERNAH AKAK TENGOK TAK PAYAH DITUMIS DAN DIBUBUH KELAPA PARUT(INI IKUT SUKA YER)
  • tapi akak tumiskan sebentar
  • layurkan daun pisang,susunkan daun kunyit,daun kaduk dan daun limau purut.letak kan bahan tumisan dan diikuti hirisan ikan tengiri.tutup kan dengan lebihan bahan tumisan tadi.
  • balutkan daun pisang buat seperti bungkus nasi lemak..
  • kukus selama 45-50 minit.kukusan hendaklah dipanas kan terlebih dahulu 

BISKUT COKLAT CHIPS FAMOUS AMOS

 Salam sejahtera semua...bersua kembali dipagi yang indah penuh kedamaian..hihihihi tetiba ajer nak mengarang macam menulis di majalah.pagi ini akak benar benar rehat.kain baju akak dah basuh dan sidai malam tadi..sarapan hari ini akak buatkan sandwich sadin,sambil tunggu anak anak bersiap untuk kesekolah akak buka lappy dan blogwalking mana blog yang dah awal awal  ada N3 resipi..bila anak anak dah gerak kesekolah lagi lah akak tenang..tak ada gangguan nak mengadap lappy.Umar pulak masih tidur..dapat lah nak posting biskut yang sangat sedap nih.dua hari berturut turut akak mengadun biskut ini.
 Apa ke idak nya,buat yang pertama siap ajer kena ngap....tak dan tunggu hingga sudah..bila tengok dah tinggal ciput,dan kebetulan Hb akak belum merasa akak buat lagi esok hari nya..nasib baik ada buttercup yang memang kalau keluar berbelanja akak beli..
Biskut ini sangat sedap,rangup dan tak banyak bahan yang digunakan..terimakasih pada Nazrah bakery diatas resipi nya ini..akak copy paste dari rumah Ika sebab dia yang mencetuskan keinginan akak untuk mengkukis nih!!!



BISKUT COKLAT CHIPS FAMOS AMOS HOMEMADE
Sumber Asal :KAK NADZ
Copy n paste : KAK Q n KAK DIANA Bahan di ayak:
  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate>> kita kurangkan sikit(sama juga)
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan2 lain
  • 250 gm mentega(guna buttercup aje)
  • 150 gm gula kastor>>yg ni kita kurangkan ke 110g
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa>>yg ni mmg kena kurangkan sbb manis klu letak byk2
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang >>yg ni cuma letak bdm, nxt time buat letak kekacang kurangkan coklat cips.
  •  Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )

Cara2
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Tuesday, March 27, 2012

Murtabak Daging Segera

 Anak anak suka betul makan murtabak.kalau pergi pasar tani mesti pesan belikan murtabak.kalau beli sampai 4 keping tu pun tak cukup lagi.jadi bila masak kari cuti semalam akak buat laa murtabak segera resipi minami133@myresipi.tengok ramai yang buat.lagipun guna kulit popia senang sikit.tak payanh nak menebar nebar tepungkan.

 

Tak rugi buat,sambil digoreng sambil makan..lepas nie akak nak buat bingka yang bakal hot dipasaran..hehehehe bingka sekut..tengok Mas pun dah tayang tadi..sama kita Mas suka bingka..

 

Resipi:Minami133@myresipi

 

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


Wednesday, March 21, 2012

SUGEE SQUARE WITH STRAWBERI JAM N BLUEBERRY JAM

 SUGEE SQUARE>>> tapi akak buat dua versi..satu square dengan perisa blueberry....satu lagi bubuh dalam acuan muffin tapi bubuh jam perisa strawberi..kalau nak buat pesan akak kena bubuh jam bebanyak baru terasa..makan kena pejam mata...suka ada sugee..wangi ajer masa bakar kek nih..
 resipi dari rumah ALONG ROZ....


By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Diana FRD (blog Diana dah tutup)
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1½ cwn Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* ayak) 
1 cwn Suji
½ cwn Gula Kastor
200g Butter
2 bj Telur
2 st Vanilla Essence
Jem pilihan anda (Along guna jem organik Black Cherry - ada byk buah ceri bulat2 dlm jem tu)akak guna jem strawberi dan blueberry
Hirisan Almond (optional - ni Along tambah sendiri) -akak tak bubuh tak ada

CARA2:
1. Panaskan oven 170C.

2. Campurkan empat bahan yg pertama.
Gaulkan butter, telur & VE sehingga rata.

3. Ratakan 1/2 adunan ke dlm tin.
Sapukan jem ke atas nya & tutup dgn separuh lagi adunan.
Taburkan almond. 
4.Bakar 20-25 minit



Tuesday, March 20, 2012

BINGKA SUSU

Salam pagi selasa...semuga pagi ini membawa seribu rahamt kebahagiaan dan keceriaan buat semua..pagi nih sambil mengemas mengemas akak tengok MHI..ada segmen tentang adik Siti Nor Arissa yang baru berumur 57 hari,tapi sedang bertarung melawan kesakitan akibat jantung berlubang,saluran darah tersumbat..Aduhai terasa sayu hati melihat bayi kecil itu menanggung sakit..YaALLAH sembuhkan laa sakit bayi itu..sangat sangat sedih melihat wajah bayi tu.Mari lah kita sama sama berdoa semuga adik siti nor arissa akan segera sembuh dan membesar sebagai anak yang baik cantik dan memberi kebahagiaan buat kedua ibubapanya.

Okay lah kali ini akak tayangkan kuih Bingka susu yang sangat sedap.mendapat perhatian Hb akak dan anak2.Akak buat dalam acuan muffin jadi senang nak makan..Mungkin lepas nih kalau buat lagi akak try nak skip tepung kastard sebab akak ada nampak kat rumah Kak Rusnah Photopages resipi bingka susu ni tidak menggunakan tepung kasatard,tapi memgunaakan tepung gandum sepenuhnya..

Bingka Susu Kak Fida
Resepi : Kak Fida @myR
Source : Mas dari DUNIAKU

Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6
1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
 
Tayangan sampingan buat auntie IKA...selalu tanya pasal pakwe dia..nie Gambar Umar yang terbaru..sebuk nak memotong kuih yang akak buat..

 

Saturday, March 17, 2012

KEK COKLAT MOIST





Salam pagi sabtu .....kek permintaan seseorang.akak buat untuk memenuhi hajat orang.selalu akak kalau buat kek tempahan hanya kek biasa ajer.tak de deko deko..jadi bila diminta untuk deko2 tu memang hancuss..tapi yang penting kek nih sedap katanya..hihihihi....bukan laa aper selalunya kek coklat nie banyak versinya.jadi akak suka memcuba resipi resipi yang telah akak google kat tenet.
Akak suka tengok kek yang Azura Rahman buat swirl2 tu..sangat cantik!!!!yang nih akak hanya hiaskan dengan stoberi ajer..




Resipi nyer akak salin guna tulisan steno.padan muka nak tulis kan dah tak pandai..jadi akak bagi resipi ringkas ajer laa..sapa yang empunya resipi tu memang akak tak tau.kot ada persamaan dengan resipi beliau minta maaf..izinkan akak letak disini sebagai memudahkan akak dan sapa sapa yang berminat nak cuba..nak bakar atau kukus terpulang pada masing2....akak bakar kek nih.. tapi sayang tak dapat nak tunjukkan kek sebab tu orang punye.




Resipi kek coklat moist

Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum(guna tepung naik sendiri)
2 cawan gula halus
3/4 serbuk koko
1/2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat

2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
sedikit badam buat tabur diatas kek

caranya yang dipermudahkan
gaul dan ayak tepung,koko,baking dan soda
kacau telur,susu minyak hingga kembang
masukkan bahan kacau kedlam tepung selang seli dengan air panas.
kacau sebati, kemudian tuang adunan kedalam acuan 8" yang telah digris
Bakar atau kukus selama sejam.

Untuk topping akak hanya gunakan sebuk koko 1/2 cawan diayak terlebih dahulu,masukkan sedikit butter dan susu pekat.kacau diatas api hingga sebati dan pekat..sejukkan dan boleh laa dituang kekatas kek ...






Thursday, March 15, 2012

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

 Salam pagi Khamis ....Alhamdulilah pagi nie berkesempatan nak ajak semua makan jemput jemput berkentang nih.Lama tul tak berkongsi resipi resipi yang dah akak masak.sayang nya semua gambar gambar yang akak amek dah hilang bersama rosaknya komputer yang selalu akak dan keluarga gunakan.yang nih lappy second hand hb akak hadiahkan sempena birthday.jadinya tak banyak gambar gambar yang tersimpan difolder...tu pasal akak tak dapat nak meluangkan masa kat rumah alamaya nih..walaupun gitu akak ada juga berkunjung kerumah kawan kawan yang ada.

Dan pada yang memberikan komen pada entri acar telur puyuh dibawah terimakasih yer..nanti akak datang kunjung balas...
Jremput jemput nih senang ajer bahan nya tapi amat lembut,dah sejuk pun masih lembut..selalu akak buat gunakan nasi sejuk yang dikisar bersama dengan bawang merah.kali nih akak try guna kentang pulak.Meh kita tengok camner nak buat...kalau nak ubah dari bilis ke udang pun boleh...

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

  • sebiji kentang yang sederhana besar
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • segengam ikan bilis 
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam dan perasa
  • air untuk mengadun
Cara caranya:

  • Kentang dibersihkan dan dipotong kiub rebus dengan air hingga empuk.simpan air rebusan kentang.
  • dalam mangkuk satukan bawang,ikan bilis,garam dan perasa.gaul sebati.
  • kemudian masukkan kentang bersama dengan air rebusan tadi..elok kalau masih panas.
  • kacau rata dan  boleh lah digoreng.
  • enak dimakan bersama sos...tapi akak suka cicah dengan sambal kicap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails