buat sekejap,makan pun sekejap....nak mengoreng ajer malas..bab banyak kena buat satu satu...
Bahan-bahan:
- 20 - 30 ekor udang
- 80 gram tepung gandum
- 100 ml air
- 1 sudu kecil baking powder
- sedikit garam
- sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)
Cara Membuatnya :
- Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
- Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
- Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
- Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
- Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
- Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
- Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
- Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
- Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan.
- Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
TIPS
- Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
- Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....