Saturday, April 30, 2011

Menanti Fajar Sidik dan coklat doorgift

Selamat petang sabtu..baru ni dapat nak post entri.kali ini akak nak tolong promosikan novel hasil kawan baik akak iaitu Raihan Zaffya.Novel terbaru dari Raihan nie baru saja keluar dan kalau nak dapatkan boleh laa berkunjung ke Pesta Buku yang sedang berlangsung di PWTC.hari ini Raihan ada disana.sebagai tanda ingatan pada sesiapa yang membeli novel beliau akak diberikan coklat yang akak buat nie..Hehehe sape sapa yang gi sanan tu dapat laa merasa coklat yang akak buat.
Raihan ni memang kawan akak dah lama.dari novel pertama dia iaitu Kasih KeSyurga dan yang kedua ni akak selalu mengikuti perkembangan dia.akak dan dia duduk setaman,tapi baru baru ni dia dah berpindah ke Seremban..tapi walaupun berjauhan,akak dan dia masih berhubung dan sentiasa bertanya kabar..hehehehe...petang petang nie berceloteh laaa pulak...
Pepun terimakasih yang sudi berkunjung keblog akak yang tak seberapa nie..nanti akak datang jenguk jenguk mana yang belum sempat akak BW..cuti nie sibuk betul...
sapa sapa yang teringin nak buat door gift ke hantaran ke meh laa tempah ngan akak...saja suka suka...cantik tak doorgift nie...Ngeh ngeh ngeh.....!!!!

Friday, April 29, 2011

Apam Dot Dot.

Assalamualaikum semua,wah kali nie akak benar benar bercuti lama.pc kat umah akak buat hal.En.hb akak jenuh laaa juga merepairkannya.Bila dah okay,semangat kerajinan tak mari kat orang sekarang..hari hari masak buat kuih,tapi semua tak dan dipostkan..tapi pagi nie akak nak juga menyertai komuniti geng masak2 but apam dot dot nie..saja mengetest...nak kata okay tak juga..tapi lepaslaa buat makan2.resipi nie lama akak dah amek dari umah disini Azita Zain
.
resipi apam nie semua taukan..akak guna filling blueberry juga...sedap!!!

Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
 
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  8.  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails