Wednesday, June 30, 2010

Kuih Lompang aka Kuih Kosu

ni pun kuih yang akak selalu berhajat nak makan.bukan aper dah banyak kali akak cuba buat tak menjadi sangat..rasa dia kuih yang dibuat lum lagi menepati piawaian tekak akak sebab masa akak kecik kecik dulu akak suka tul makan kuih nie..rasa nya tak terkata sedapnya..kuih tu jernih dan tak terbayang rasanya..yang ini pun akak cuba resipi akak amek kat umah Cik manggis..kiranya boleh laa buat lagi lepas nie...akak salin resipi tu kat sini supaya senang bila bila nanti akak nak buat lagi..dan sesiapa nak cuba..buat cikmanggis terimakasih..cikmanggis cuba resipi nie amek dari umah kak wan..



Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
2 cawan air( akak guna air kelapa)
1 tsp air kapur
1 tsp esen ros
pewarna merah dan kuning
1/2 biji kelapa parut.

Cara-caranya:

  • Masak gula pasir dengan 2 cawan air hingga gula larut dan ketepikan
  • Bancuhkan tepung beras dengan 2 1/2 cawan air hingga sebati dan tidak berketul-ketul .Masukkan air kapur.Kacau
  • Tuangkan air gula kedalam bancuhan tepung dan kacau hingga sebati.Masukkan esen ros
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian_satu bahagian warna merah,satu lagi warna kuning dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal
  • Panaskan acuan lompang dalam pengukus.Isikan aduanan dalam acuan lompang hingga penuh.Kukus hingga masak.Biarkan ianya sejuk baru keluarkan kuih kosu dari acuannya.Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Breadcrumb sosej roll

 hari nie kita sarap nie ajer..senang dan ringkas..tapi bahan mesti ada.kalau ada roti tapi sosej tak ada pun tak boleh juga kan..anak anak akak kalau ade sosej memang diarang suh buat camgini.selain dari diarang makan camgitu ajer..kalau tak digoreng main rebus ajer..

Breadcrumb sosej roll
Bahan bahan:
  • 5 keping roti gardenia
  • sosej jenama ramly
  • breadcrumb
  • telur(kocok sikit)
caranya:
  • canai nipis roti.masukkan sosej yang telah direbus sebentar.
  • gulungkan kemas.
  • celupkan kedalam telur.
  • gaulkan keatas breadcrumb hingga rata menutupi roti.
  • goreng dengan minyak sederhana panas hingga kekuningan.toskan dan bolehlaa dihidang.
  • boleh dimakan bersama sos dan mayonis...

Tuesday, June 29, 2010

Bun Gula Merah/Perang


salam pagi selasa semua..tiga hari akak tak dapat nak posting ape ape..sib baik hp dah okay dapat laa nak snap pic bun nie..kalau idak memang sampai bila gaknya baru dapat buat posting.silap silap haribulan mungkin akak kena berehat terus dari berblogging nie..yelahkan..nak posting apekan..takkan nak pinjam pacik google ajer..jadi pagi ni tayang ler bun gula merah yang akak buat semalam.hari tu janji ngan ROS nak try buat bun nie..tapi tak dapat nak tunjukkan hasil nya..akak doakan semoga Ros segera sembuh dan selamat semuanya.
Bun nie akak buat dua versi..satu terpaksa dibubuh inti lagi..anak anak bila akak kata nak bubuh kismis ajer semua tak gitu suka..jadi separuh akak buat letak kismis,separuh bubuh inti..akak pun sama cam IKA guna gula perang..heeeheee derhaka sikit..bukan aper dah sampai umah baru perasan guna gula merah..sib baik ade gula perang...maceh buat Ros atas resipi yang sedap nie..akak c/p dari umah Ika..yang memang rajin sungguh buat roti nie..tapi roti akak tak secantik Ros ngan Ika buat...

 
sebelum dibakar
BUN GULA MERAH/PERANG

Bahan-bahanya-sumber resepi ros@jintanmanis.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
180gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar skim milk@susu tepung
3-4 sudu besar gula merah
100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam
40gram butter
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
50 ml air
1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)>>Guna WR

bahan sampingan

1/3 cawan kismis hitam

Cara-caranya ( uli tangan)
1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.
2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.

3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.
5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.
KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)
- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.


NOTA AKAK:masa menguli adunan ini memang agak lembik sikit,jadi akak tambah sikit lagi tepung hingga boleh diuli..jadi akak dah pikir air yang 50ml tu kena skip,gunakan air dari 100ml sahaja untuk melarutkan gula merah..tapi kalau guna gula perang tak payah dimasak..just letak ajer dalam adunan..

Friday, June 25, 2010

Italian Sausage Pizza

sejak rajin menguli nie rasa kalau sehari tak menguli mesti rasa kekurangan..ecececeh..yea laa tukan..tapi memang betul tu..jadi akak buat pizza nie petang semalam..dapat dua ketui guna resipi nie..hah mcm makan kat pizza hut lak..biasalah kan..domino punya pizza tak pernah rasa..hehehe...sempat gak bagi dak Jah kat siam merasa buat makan masa berbuka posa laa semalam..pagi tadi buka sebok ade red ruby dia antor..terkezzzut kejap akak..eekkkk.....caya ker tu..alahai biasa lah jiran alam maya bagi jadi alam maya ajer laa merasa...okay jom tengok resipi yang akak guna buat pizza nie..memang mantoppp gitu..sendiri buat sendiri puji !!!kalau sesiapa teragak tu soweii laa yer alreadi pinish..kalau nak sana gi buat sendiri makan ramai2 pastu.

bahan bahan doh pizza:
  • 2 1/2 cawan tepung roti(kalau takde gantikan tepung gandum pun boleh)
  • 7gm yis kering
  • 1/2 camt.garam
  • 1/2camt gula castor
  • 1 cawan air
  • 2 camb.olive oil/minyak masak
  • sedikit oregano
  • 2 camb tepung suji(ditabur diatas loyang kalau mau pizza rangup)
cara-caranya:
  1. dalam mangkuk besar campurkan tepung,yis,gula,olive oil,oregano,garam.kacau sebati
  2. masukan sedikit sedikit air dan uli hingga jadi doh yang licin.
  3. perap hingga naik sekali ganda.
  4. bila telah naik,tumbuk2 doh..boleh laa dicanai.
  5. bubuh dalam pan pembakar. sapukan sos pasta dan taburkan bahan bahan taburan dan juga cheese
  6. bakar selama 25 minit hingga doh rangup dan cheese cair dalam suhu 210C
bahan bahan tabur:
  • 1 biji lada bengala(akak guna wane kuning)
  • 1 biji tomato (hiris nipis)
  • 6 ketui sausage
  • 1 biji bawang holland(hiris)
  • parutan keju mozarella
  • sos pasta(sos tomato+sos cili+1 biji bawang putih+oregano dan basil- masak hingga agak kering)

Thursday, June 24, 2010

Kuih Bakar Kentang

bila melawat rumah AS kat NZ semalam akak nampak kuih bakar nie.wah tengok bahan semua ada.jadi akak pun rebus kentang dulu then bancuh adunan.senang ajer..dah siap akak buat dua satu buh dalam bekas kecil satu lagi buh dalam loyang..betul kata As..rugi buat sikit..kejap jer licin..makan panas2..nak nak yg tempat garing tu..ermmm kena buat lagi nih..hb suka tul makan..dia cari yg garing tuhh!!akak dah c/p resipi dari umah AS..dia amek resipi dari kak junn..terimakasih buat kedua duanya..yang belum pernah buat tu baik buat ..sedapppp sangat!!!


Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • pewarna kuning atau hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan- as guna butter je..(sama ngan akak)
  • 3 sudu susu cair(ni akak tambah)

Cara-cara

  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min
NOTA AKAK: akak masukkan kesemua nya kedalam blender.blend hingga halus..kentang pun tak lecek..men lebur ajer..senang keje..

Wednesday, June 23, 2010

Asam Pedas Sadin

pada sesiapa yang dah kekeringan idea nak masak aper pada sadin yang dibeli,buat laa macam akak nie..selain cepat dan senang,lauk camgini mmg mendapat ranking terbaik dirumah akak..time kehabisan stok lauk,inilah juadah yang sering akak hidangkan..kalau tidak pun akak masakkan kari..masaknya macam biasa kita masak asam pedas,cuma ditukar ikan tu pada sadin nie..tu ajer...senangkan!!!pasti semua tau masak asam pedas..kalau idak gi laa selongkar kat label tu yea...

Pau Putih Lembut

bila anak anak suka makan akak jadi rajin nak menguli.tepung pau yang akak kirim dari biras akak tu lum berusik.jadi petang semalam akak buat pau lagi..tapi kali nie guna resipi len pulak.sebenarnya pau nie nak buat banyak sekali resipi nya..dah bermacam macam resipi akak cuba..ade yang memang gebu dan lembut..kali nie akak test resipi yang nie pulak..buat banyak juga siap dapat bagu jiran akak lagi..tapi pun tak dan nak simpan simpan..siap dikukus..dah kena ngap..panas panas pau nie tersangggaaatttt ler lembut nyer..kalau tak caya cuba buat..mesti nnti caya cakap akak..hehehehe yea yea ajer akak niekan..okay lah nie akak bagi resipi pau yang ni..yg dulu tu akak guna resipi CMG..

Bahan2:
  • 400 gm tepung pau
  • 1 camt yis kering
  • 2 camt double action baking powder
  • 1 camt doh softner(akak omit nie gantikan dengan water roux..hehehe biasa tu nak buat xperiment)
  • 30g gula castor*
  • 225 ml air suam*(*gaul hingga cair)
  • 1 putih telur
  • 1 camb shortening
  • 1/2 camt cuka
  • secubit garam
Caranya:
  1. dalam mangkuk besar campurkan tepung,yis,double action baking powder,softener(water roux),buat lubang tengah masukkan putih telur(kacau sikit dengan garfu),shortening dan cuka.gaul sebati.
  2. buatkan lubang ditengahnya masukkan bahan yang dicairkan bersama sedikit garam.gaul hingga sebati.
  3. uli adunan ini hingga menjadi doh yang lembut dan licin.perap selama 1 1/2 jam.
  4. keluarkan doh,tumbukkan hingga keluar angin,buat bulat2 dan leperkan untuk diisikan inti.tutup kembali.buat hingga habis.perap lagi 10 minit sebelum dikukus dalam api besar selama 10 minit.

Tuesday, June 22, 2010

Pizza Roti Ekspress

meh kita sarap pizza roti pagi nie..nak buat kulit pizza guna tepung tak sempat lagi..jadi pagi nie akak buat pizza roti ekspress untuk sarap anak anak akak.hari ahad lepas biras akak yang duduk kat semenyih kajang kirim bahan bahan dari kedai roti/kek.akak kirim tepung pau,tepung roti,mozarella cheese,oregano..dan ade satu dua lagi barang..almaklumlaa kat sana barang agak lebih murah.jom kita tengok camner akak buat nak.!!

bahan2:
  • roti gardenia
  • sebiji bawang holland hiris dadu kecil
  • sebiji tomato potong dadu
  • sedikit hirisan daging(digoreng sebentar)
  • mentega
  • oregano 
  • sos tomato dan sos cili(campurkan dan digaulkan taburkan oregano)
  • mozarella cheese
caranya:
  • sapukan mentega keatas roti.kemudaian sapukan sos tomato dan sos cili yang telah digaulkan,
  • taburkan bawang dan tomato juga daging.taburkan sedikit oregano
  • akhir sekali taburkan keju mozarella keatas bahan2 tadi.
  • bakar dalam suhu 170C selama 5-6 minit..
 
sebelum dibakar
 
ni yang dah siap dibakar siap untuk dingappp

Monday, June 21, 2010

Tempe Goreng Berlada

orang jawa kalau tak makan tempe macam tak sah..walaupun kat umah akak hanya akak sorang yang suka makan tempe..tapi tak bermakna tak de lauk nie dalam menu akak..akak suka gak kalau ahli kat umah nie tak suka..senang cete..masak ikut suka dan perabih sorang..tapi masak tempe camgini memang laju ajer makan.


bahan bahan tempe goreng berlada:
  • tempe
  • ikan bilis
  • 2 biji bawang kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 btg lada merah*
  • 4-5 biji cili api*
  • garam dan secukup rasa
  • minyak untuk mengoreng
  • sedikit kunyit dan garam untuk dilumur pada tempe
caranya:
  • hiris nipis tempe,lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam.goreng hingga garing.ikan bilis juga digoreng garing.
  • tumbuk atau blend  bahan bertanda *.
  • panaskan minyak,tumis bahan bahan yang ditumbuk tadi, masukkan garam dan perasa.
  • bila telah mesra dan naik minyak masukkan tempedan ikan bilis  goreng tadi.gaul sebentar.matikan api.siap untuk dimakan...

Spaghetti Telur

pagi semua...wah sunyi balik umah akak hari nie.anak anak semua dah pergi sekolah.jadi akak tinggal dengan acid dan Umar ajer.so pepagi nie memang banyak masa nak spend time kat depan pc..hehehe kena laa pandai adjust timekan..masa akak adap pc nak posting menu nie..kain tengah dibasuh oleh org gaji bermesin..nasi dah tanak..ayam dah keluarkan..kira sebahagian kerja dah siap..jap lagi tinggal jemurkan kain kain yg dah siap,mandikan Umar dan..ngadap pc lagi kot..hihihi.....okay laa..nie spaghetti akak tak tau nak bg nama aper..sebab akak men lebur ajer..tapi sebab suka ade telur goreng gitu..so akak buh ajer speghetti telur..kalau ade oregano dan cheese tabur atas nyer dah sedapkan...masak guna olive oil..memang naik aroma nyer..

bahan bahan untuk spaghetti telur nie:
  • 1/2 paket spaghetti
  • sedikit hirisan daging
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland hiris 
  • lada hitam
  • oregano
  • tomato(potong dadu)
  • hirisan lada kering(jika suka)
  • garam dan sesedap rasa maggi
  • air rebusan daging.
  • telur(digoreng separuh masak)
  • olive oil
caranya:
  1. rebus spaghetti mengikut arahan paket.semasa merebus masukkan sedikit garam dan sedikit minyak masak.dah masak toskan dan ketepikan
  2. panaskan kuali,masukkan sedikit olive oil.tumiskan bawang putih dan bawang holland tadi hingga naik bau.masukkan daging dan sedikit air rebusan daging.tambahkan dengan lada hitam,garam dan perasa.biarkan daging mesra sebentar.
  3. masukkan spaghetti,tomato,lada kering dan oregano.gaul rata.matikan api.
  4. hidangkan bersama telur goreng dan taburan daun parsley...

Sunday, June 20, 2010

Shanghai Bun @ Bun Manis

salam pagi ahad semua...harap pengunjung umah akak tak jemu lak.sebab akak asyik tayang roti dua tiga hari nie.nak buat camnerkan..betul kata Izah MUffin Lover..sekali meroti pasti nak buat lagi..walapun pueh laa nak menguli..akak guna juga kaedah yang Ros Osaka ajakan guna plastik bersih untuk menguli..cantik jadinyer dan lembut sekali.malam tadi akak menguli lagi.tupun lepas anak akak kata mak buat roti tak?sedapkan makan panas panas..sambil layan bola kat tv malam tadi..sedar2 akak habis membakar dah pukul 12.40 pagi..hehehe amek ko asyik masyuk sangat...tapi kali nie akak guna resipi masa akak belajar meroti dulu..Shanghai Bun @ Bun Manis..banyak yang akak tukarkan..pepandai ajer adjustkan..ni resipi tu..

Shanghai Bun

  • 220ml air
  • 75gm butter
  • 1 biji telur
  • 1 camt bread improver(akak gantikan dgn shortening)
  • 1 camt garam
  • 4 camb susu tepung
  • 100gm gula castor
  • 500 gm tepung high protein
  • 1 peket yis
  • 3 sudu besar water roux
Kaedah diatas adalah menggunkan BM>.masukkan bahan mengikut turutan...
tapi disebabkan akak menguli akak buat masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk besar kecuali yis dan air .akak larutkan yis kedalam air suam mengikut sukatan diberi..biarkan kembang kemudian baru masukkan kedalam adunan.uli sehingga menjadi doh yang licin dan elastik..buat kepal sedang masukkan kedalam plastik dan uli sebentar hingga lembut dan licin..proses diulang hingga habis adunan..kemudian akak perap dalam oven selama 20 minit atau hingga doh mengembang..tumbukkan doh bagi membuang angin dan boleh laa disikan inti atau dibiarkan kosong..adunan ini juga boleh dibuat doh asas untuk pizza.akak isi inti didalam roti ini..buat juga inti sadin..

 
Inti sadin

 
Inti kacang merah

Saturday, June 19, 2010

Roti Canai

sarap roti canai buat sendiri nie seronok kan..sambil goreng roti sambil makan..panas panas..aww!!!sedap.tak terpikir pun nak buat roti canai nie..tengok tepung gandum tinggal setengah ajer dalam tpware.tapi akak buat ajer..dah diuli dapatlaa 8 biji ..jadilaa kan..dapt gak mengisi peyut..pakcik akak pandai buat adunan roti canai ..jadi akak men agak2 ajer ikut resipi dia..dia buat murtabak dengan roti nie..akak buat kuah kari aje..meh kita tengok apa bahan digunakan untuk buat roti canai nie...


bahan bahan:
  • 2 cawan tepung gandum,secubit garam,1 sudu besar susu manis,1 sudu minyak masak(elok guna minyak sapi).sedikit air.
caranya:
  • dalam satu mangkuk besar campurkan kesemua bahan dan kacau hingga bahan bersatu.masukkan sedkit air dan diuli sehingga bahan menjadi doh yang licin..bulatkan doh dan direndam dalam sedikit minyak masak.simpan doh semalaman.canai dan bolehlaa digoreng tohor..akak hanya canai atas dulang ajer..makan bersama kuah dal atau kari...

Friday, June 18, 2010

Roti Inti

Yess!yesss!!akhirnya akak berjaya merealiaisasi cita cita nak buat roti.walaupun tanpa BM..alhamdulilah..penat wooo menguli..bila dah bakar dan cantik gitu rotinya..aduhh ilang segala penat.akceli nie percubaan pertama menjadi..dulu akak memang penah buat roti tapi tk menjadi sangat..hehee..akak guna resipi kakwan dari citrasawan.cuma pada resipi tu tak bubuh water roux.tapi akak pepandai ajer menambahkan water roux dlam adunan..dan akak ku buat lagi nanti sebab satu rumah suka makan.kat kedai dah sejuk ni makan panas2..syukur!!ooo lupa nak bagitau akak bubuh inti kacang merah dan inti kelapa dan ade yang kosong ajer..ikut tekak anak2..biasalaakan..buat kakwan maceh share resipi.kita c/p dari sana senang bile nak buat lagi bila bila nanti...


Bahan-bahan
500gm tepung high protein
95gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera
50gm majerin/mentega
45gm shorteing/minyak sayur
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
210gm air

Cara-cara
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 20 minit.
4. Leperkan doh dan uli semula. Bulatkan kembali dan rehat lagi selama 15 minit.
5. Ambil doh dan timbang seberat 60gm atau saiz yang di kehendaki. Bulat2kan semula. Rehat selama 5 minit.
6. Leperkan doh dan canai untuk membuang angin. Kemudian barulah di bentuk mengikut bentuk yang di kehendaki.
7. Rehatkan doh sehingga mengembang 2 x ganda barulah di bakar pada suhu 180C di rak tengah selama 15-20 minit sehingga keperangan.

Thursday, June 17, 2010

Sotong Kandar

salam tengahari semua...waaa hari ni hb akak gi pasar.balik dari pasar dia kata asma abang beli sotong besar sangat..iye ke.!! bila akak tengok memang iye pun besar tapi sekor ajer..lupa lak nak tanya berapa hege dia beli sotong tuh...abang nak asma masak aper sotong nie yea!!! sukati laa mana mana yang sesuai dan senang.walaa setelah ditimbang kati,kilo  akak pun masak laa kandar sotong nie..guna resipi daging kandar akak tu..memang sedap dan lembut gitu daging sotong nie..berbaloi baloi makan.jamu mata yer hehehe....nak ajak makan dah habis waktu kan..uwaaa ngelat tul akak nie...


1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan)-gantikan dengan sotong 6 ulas bwg putih/1 inci halia (blend) 2 sudu besar kicap pekat (maggi) 2 sudu besar sos tomato* 2 sudu besar sos cili* 2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)* * gaulkan bersama 1 labu bawang besar mayang, 1 ulas bawang putih mayang, kulit kayu manis, bunga lawang daun kari 1. tumiskan bawang besar, k.kayu manis, dan bunga lawang. daun kari 2. masukkan bwg putih dan halia.. 3. masukkan campuran rempah 4. masukkan daging dan airnya. 5. masukkan garam, perasa masak hingga pekat.. sesuai makan ngan nasi atau roti.

American Coklat Kek @ Walla Coklat Kek

Ni kek coklat yang akak kata tu..memang betul kata Azita dari Rozittamm Blogspot.Walla..coklat kek.memang tersangat sedapnyer.tak dan tunggu esok..dah pinish..pada yang mencari resipi kek coklat cubalah memang akak cadangkan..buat pun senang dan kejap ajer siap..sambil tunggu kek masak boleh buat ganachenyer..dah sejuk toppingkan ajer...meh kita tengok resipi yang asalnye dari umah Kak Ummi Kuantan dan akak copy dari umah Azita Zain..terimakasih buat kedua dua nya sebab share resipi ni dan akak salin semula kat sini senang nak buat rujukan bila nak lagi nanti




Bahan-bahan (loyang 9 x 9 in / 8 x 8 in) :
Bahan A (diayak bersama) :
2 cawan tepung
¾ cawan serbuk koko
2 camca teh baking powder
2 camca teh soda bikarbonat(yang nie akak kurangkan sbb tak suka bau dia)
Bahan B (dipukul sebati) :
2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (dibancuh) :½ camca teh garam
1 camca teh Nescafe
1 cawan air panas
Cara-cara (telah saya permudahkan cara2nya) :
  1. Ayak Bahan A.
  2. Pukul sekejap Bahan B (lebih kurang 1 ½ minit).
  3. Masukkan Bahan B ke dalan Bahan A. Kacau sekejap.
  4. Masukkan pula Bahan C. Kacau rata lagi.
  5. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

Bahan Topping / Ganache :-
1 tin susu pekat - boleh kurangkan
1 sudu teh esen vanila
½ cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (lebih sedap kalu guna Van Houten)
Secubit garam

Cara-cara :
  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker.
  2. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

Vadai @ Masalodeh

pagi semua...vadai nie akak buat semalam.nak post N3 biasa laa cuti sekolah memang tak dapat nak pegang pc time petang2..jadi selalu dapat chance hanya pada pagi pagi gini..sebenarnya lama tak makan vadai.akak suka makan kuih nie..kat umah akak hanya akak n hb ajer yang suka makan.yang len tu pandang ajer..ecececeh..mengada ngada kan..tapi nak buat camner..dah tekak diarang takmokan..jadinyer untuk diarang akak buatkan American Coklat Kek..nanti akak postkan N3 kek tu yer..sementar tu meh layan resipi akak sendiri....


bahan2:
  • semangkuk kacang dhal(rendam 2-3jam)
  • sebiji bawang besar(hiris halus)
  • lada kering(gunting halus-nak guna lada merah pun boleh-hiris juga)
  • daun kari(hiris juga)
  • jintan kasar sedikit
  • garam dan perasa
caranya:
  • kisar halus sebahagian kacang dan sebahagian lagi kasar kasar sedikit
  • dalam mangkuk campurkan kesemua bahan dan bentukkan bulat bulat dan ditekan sedikit supaya leper.(.Masa mengadun tak payah gunakan air.)
  • panaskan minyak goreng dalam minyak yang sederhana panas.goreng hingga kekuningan.angkat dan toskan.

Wednesday, June 16, 2010

Pau

nampak pau kat umah Maz gebu n cantik sekali.licin ajer kulitnya bak kata Hana dioles dengan SKII..bila anak kata lama mak tak buat pau akak kata nanti laa mana ade inti kacang merah tu..kat umah nie inti kelapa yang no dua ajer suka makan,kebetulan inti lebih buat kuih koci banyak jadi akak cadang laa buat dua versi.sib baik kawan akak kata kat rembau ade kedai jual inti nie.bila gi ajer memang betul ade.hehehe apa lagi akak buat laa pau nie..tapi kulitnya tak licin ..sib baik tetap gebu dan lembut..sekali kukus angkat ilang,kukus lagi angkat ilang..uwaaaa...yang ketiga akak kata elooo mak lum amek pic lagi taw!!!jadi yang ditayang nie ajer yg sempat disnap..tapi jangan tanya dah pinish yooo..amek semangat ajer laa nak buat..sape nak gi sana buat sendiri...ngeh..ngeh..ngeh!!!resipi nie asal mat gebu punya akak copy dari umah Maz ajer laa senang sesape teragak nak buat leh laa guna resipi nie..


Sumber Resipi : Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa SempadanBahan-Bahannya :-)
  • 240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau - 
  • 1 camca teh Double-Acting baking powder
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh garam
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam* - kita buh 115 ml
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati) -
  • Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2
Cara membuatnya :-) -

1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.


2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.

5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba

Tuesday, June 15, 2010

Kuih Koci

bila ada daun pisang akak dok pikir pikir kuih yang sesuai.hb akak memang minat kuih kochi..hehe tapi dia kata 16 tahun kahwin first time bini dier nie buat.ade ker patut..akceli akak penah ler buat sekali.tapi tak ler bg hb makan..bab memang kalau baling kucing bunyi meow meow!!! keras ketung kuih tu..masa buat beria ia.anak akak bgtau hb mak buat kuih kegemaran bapak tu!!alhamdulilah kali kedua buat menjadi dan lembut giut.cuma hb tak suka bubuh santan kat luar tu..jadi akak bancuh adunan guna santan..masa buat men agak2 ajer..jd takde resipi...yang akak tau cuma tepung pulut hitam kena bubuh 1/4 ajer dari tepung pulut..kalau lebih tu yang jadi keras kuih nie...

Monday, June 14, 2010

Rojak Ulek

pada yang pernah tengok rojak ulek sebelum nie jangan marah yer..akak asyik tayang rojak nie ajer..hehehe nak ajak owang baru datang menjamu kat sini..kalau ade bahan rugi tak buat rojak nie..nak nak makan ngan lauk berlemak lemak ker..aduh..bertambah tambah makan..kalau tak de bekas untuk ulek nie boleh buat guna blender ajer..akak tunjukkan bahan style akak yer..len orang len cara nyer..tapi yang nie kalau buat berniaga mau tak cukup tangan nak layan huhuhu ee iye ker tu..okay laa akak tunjukkan cara akak yer

bahan bahan untuk diblend:
  • 3-4 keping lada kering buang biji(rebus atau rendam dengan air panas-akak rebus kejap)
  • 5-6 biji cili api
  • sedikit belacan(dibakar)
  • gula(agak agak ye-selalu akak letak banyak juga)
  • air limau kasturi
  • air asam jawa(perah dengan air masak)
  • petis udang(1/2 botol)
bahan lain:
  • kacang tanah digoreng,toskan dan diblend kering separuh halus separuh kasar2
  • 1 biji timun
  • 1/2 biji nenas masak
  • sebiji sengkuang
  • daun kangkung dicelur dulu
  • taugeh dicelur juga
  • tahu di goreng dahulu
caranya:
  • blend hingga sebati semua bahan.keluarkan masukkan kedalam mangkuk besar.
  • tambahkan dengan kacang tanah.
  • hiriskan nenas,timun dan sengkuang .gaul rata
  • masukkan daun kangkung yg dicelur bersama tauge.akacau lagi.baru masukkan tahu dihiris..gaul hingga sebati..boleh laa dihidang..
 tukang masak nak enterprem jap ngan dak tecik Umar nie..saja saja nak bg aunty Ayu kat spore tu jeles..nnti dia getap bibir..hihihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails