Tuesday, March 31, 2009

Asam Pedas ikan Patin Vs Acar mentah


salam semua...ni lauk akak untuk tghari tadi.tapi untuk malam kena buat siaran ulangan lah pulak.yelah rancangan tv pun ade siaran ulangan.nikan pulak pat masak memasak ni.alahai panaskan jer asam pedas ni.acar tu kena buat lah lagi.siang tadi dah punya dah licin..kena ratah.umah akak lauk asam pedas ni seminggu sekali mesti kena masak selain dari lauk kari.tak kira lah apa apa pun.semua boleh.even sadin pun kekadang akak masak asam pedas.mmg sedap.

acar tu akak hiriskan nenas,timun lada merah ngan bawang merah.gaul ngan gula sikit then perahkan limau kasturi.dah siap....

Mee Kuah Lada Hitam


Buat mee ni untuk sarapan pagi ni.hari tuh dah buat.anak anak suh buat lagi.sedap lah mak!!
hish dia orang tak tau mak dia ntah ape ape masak main bantai jer.alhamdulilah jadi lak.akak nak kongsi lah resipi mudah ni..mane tau tetiba ade tamu datang.jenguk2 lah kat esbok tu asal ade stok mee kuning,daging lembu atau ayam ngan sikit sayur sayur ok tu.meh tengok ape dah akak campak dalam resipi ni....

Mee Kuah LadaHitam
Bahan.bahan
  • Mee kuning(celurkan bersama ngan tauge.tos dan asingkan)
  • 5-6 ulas bawang putih
  • sedikit daging lembu dihiris nipis
  • sedikit daging ayam dihiris nipis
  • sedikit sayur sayuran(tak kira pepun boleh-akak hanya letak kobis)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit lada sulah
  • kicap
  • garam gula,tepung jagung bg memekatkan kuah
cara membuatnya
panaskan minyak.tumiskan bawang putih yang dicincang.masukkan daging.kacau rata.masukkan sedikit air bg melembutkan daging.biar sebentar.kemudian masukkan lada putih,sos tiram,sos lada hitam,garam gula dan tepung jagung.kacau sebentar.kalau ade sayuran bolehlah dimasukkan sekali.
bila telah pekat kuah dan daging empuk bolehlah dingkat.hidang bersama mee yang dicelur tadi.hiaskan bersama bawang goreng,daun sop yang dihiris halus,dan limau kasturi...

Monday, March 30, 2009

Rendang ayam dan nangka dan sambal tempe


Badan tak sihat.selesema baru je menyerang.sib baik tak teruk.ingatkan nak masak rendang ni semalam.tapi oleh kerana jiran akak suami nye meninggal dunia semalam jadi balik aje dari "melawat" badan rasa tak enak.jadi akak hanya masak lemak pucuk paku ngan sambal sotong.tapi tak dapat nak post entry gambar dah amek tapi tengok dalam pc lupa nak save.hilang...jadi tak dapat nak tunjuk.
jadi akak masak rendang ayam ni bersama nangka pemberian jiran.kawan akak kata buh nangka yang dah dicelur kemudian masukkan kedalam rendang ni.sedap rupanye....tapi akak tak dapat nak menikmati rasa keenakkan nya sbb hidung tersumbat.rasa sama jer sume lauk pauk akak masak.buat sambal tempe ngan acar mentah...makan ngan nasi panas panas...sedap gitu!!!
sambal tempe ni akak goreng tempe ngan ikan bilis dulu.kemudian tumis pes cili kering(cili kering+bawang merah+bawang putih).dah naik minyak masukkan garam gula dan air asam jawa.matikan api.masukkan tempe ngan ikan bilis.kacau rata...

Saturday, March 28, 2009

Botok-botok ikan

Botok botok ni akak buat sebab masa beli barang dapur kat pasar tani pagi tadi ada terjumpa daun kaduk.banyak juga lah ulam ulam yang terjual kat situ.akak sambar lah daun kaduk,pucuk ubi,daun kunyit,ulam raja.
Balik bukalah Mesra.net untuk cari resipi camne nak buat botok botok ni.cubalah pada yang jarang makan.memang sedap.makan masa panas panas.lembut gitu.ni resipinya.akak cp je lah ye.akak cuma tambah kerisek sikit sbb ingat dulu arwah mak akak buat ade letak ni..
Terima kasih pada yang kongsi resipi ni.akak panjangkan untuk semua mencubanye..
Botok-Botok Ikan (Johor & S'pore)
Kiriman: Warda Leela
Sumber: Arwah Mami
Hits: 626 Rating: 10.00 Review: 0


Bahan-Bahan:
2 ekor Ikan Tengiri/Mambong
8 Ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2" halia muda (tumbuk)
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)
2 biji buah keras (kisar)
½ cwn asam jawa
1@2 sudu bsr lada kisar
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.

Daun pucuk Ubi
Daun kaduk
Daun pokok teh
Daun kentut2
Daun tengek burung
Pucuk labu, Pucuk betik.
p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.
Daun pisang (untuk bungkus)
Cara:
1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.
2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa & gula (ikut rasa).
3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.
4. Layukan daun pisang.
5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.
6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan panas2 dgn nasi terutama waktu malam atau musih sejuk/hujan

Rempeyek

Rempeyek ni satu lagi kudapan untuk hidangan bersama sama kuih muih dan kookies waktu hariraya.jawa lagi kan.ni akak buat petang semalam.saja nak buat kudapan ni masa tengok tv bagi menggantikan kudapan yang dibeli...akak cari resipi ni yang betul betul.

Bahan bahan rempeyek
  • 500 gm tepung beras
  • 300gm tepung jagung
  • 200 ml air(kalau adunan ni pekat adjust air ikut kesesuaian)
  • 1 cawan santan pekat
dikisar kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • garam dan gula
  • kacang tanah
  • ikan bilis (jika suka)
cara membuat nya
  1. campurkan kesemua bahan kering kecuali kacang tanah dan ikan bilis
  2. masukkan air dan santan.kacau jangan sampai bergentel.
  3. panaskan sedikit minyak kedalam kuali kecil.
  4. dengan menggunkan senduk ambil sedikit adunan bubuh kacang dan ikan bilis dan tuang kedalam kuali.biarkan adunan ini 3/4 masak.
  5. angkat dan ulangi proses ini sehingga selesai adunan ini
  6. panaskan minyak secukupnya dalam kuali masukkan semula rempeyek yang 3/4 masak tadi.goreng hingga kelihatan garing.angkat dan toskan
  7. atau cara yang lain..atur dalam dulang pembakar dan masukkan kedlm oven.panaskan hingga kuih ini nampak garing...
Nota..kegaringan rempeyek ini bergantung pada kecairan adunan.jika kurang air tambah air..tapi jika terlebih cair tambahkan sedikt tepung...

Thursday, March 26, 2009

Kek Marble Susu

kek ni buat petang tadi.akak teragak nak buat kek ni bila berkunjung dapur kak hanieliza.
mmg menjadi kek ni.lembut dan gebu gitu.Terima kasih kak Hanieliza atas resipi ni.maaflah ade yang tokok tambah kat resipi ni.akak c/p jer dari dapur kak hanieliza...sedap hingga dah tggal suku je kek ni.uhu uhu.....ingat nak buat kudapan tuk esok.tak dapat lah nampaknye


BAHAN:
bahan A

250 gm butter
40 gm majerin(akak tak letak)
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
230 gm tepung gandum......](gantikan dengan tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko ]

80 ml susu segar/fresh milk(guna susu pekat manis)

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C

Resipi Mee Rebus

semalam akak janji nak letak resipi Mee Rebus.tapi akak nak bgtau pada semua yang resipi mee ni akak masak main campak campak gitu.takde sukat sukat.main agak agak.jadinya akak nak lah bgtau kalau nak buat kuah mee ni nanti agak agak ye,kalau pekat sangat tambahkan air,tapi kalau cair boleh lah dimasukkan tepung gandum yang dicampur dengan air.daging tetelan lebih sedap digunakan tapi kalau tak de daging biasa pun boleh.

Mee Rebus
Bahan bahan:
  • Mee kuning sekilo(celur dengan air panas)
  • daging lembu atau tetelan(bersihkan hiris sedang)
  • keledek sebiji yang sedang (dibersihkan rebus dan dilecek halus)
  • garam dan gula
bahan untuk dikisar
  • udang basah dalam 10 ekor
  • 2 sudu besar udang kering cuci dan toskan
  • 2 sudu besar udang geragau cuci dan toskan
  • 10 tangkai lada kering(rendam air panas hingga lembut)
  • 2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit lengkuas dan halia
  • sebatang serai
  • 2-3 sudu besar serbuk kari
  • tauchu(basuh dan toskan airnya-tak letakpun)
  • 1 mangkuk kacang tanah digoreng
bahan hiasan
  • tahu goreng(hiris sedang)
  • tauge
  • bawang goreng
  • daun sop dan daun bawang hiris halus
  • telur rebus
  • lada hijau potong bulat
cara membuat kuah mee
  1. panaskan minyak.masukkan bahan kisar kecuali kacang tanah.
  2. tumis hingga naik minyak,masukkan daging dan tambah air.biar kuah mendidih dan daging empok.
  3. bila daging empok masukkan kacang tanah dikisar dan keledek.
  4. perasakn dengan garam dan gula.(kuah mee rebus ni mesti agak manis sikit)
  5. tambah air jika perlu dan biarkan hingga kuah jadi pekat.matikan api.
  6. bolehlah dihidangkan.
Nota tambahan: bagi yang suka bolehlah dicurahkan kicap kedalam kuah kacau sebentar.

selamat mencuba....

Bubur Daging Bersantan


Masak bubur ni bukan sebab malas.tapi sebab senang ....
anak anak and hb suka makan.entah lah kepala sakit tak
hilang lagi.semakin sakit ade ler.aduhhhh.....
Lagipun nak siapkan baju tempahan kawan yang terbengkalai.alahai
kalau ikut hati nak jer baring baring.
akak bagi resipi bubur daging bersantan ni bukan ape.kot ade yang
maleh nak masak boleh lah cuba.

Bubur Daging Bersantan
Bahan bahan:
  • 1 pot beras(utk 4-5 orang)
  • 200 gm daging(bersihkan potong kecil2)
  • 2labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 2sudu besar perencah sup adabi*
  • 1/2 biji kelapa ambil santan pekat dan cair
  • 1sudu besar lada sulah(akak buh banyak sikit)
  • bahan penumis tiga beradik
  • garam
  • serbuk pati ayam
bahan hiasan
  • kacang tanah digoreng
  • daun sop/bawang dihiris halus
  • bawang goreng
  • telor dadar hiris halus(akak tak letak pun)
cara membuatnye:
  1. basuh beras,rebus dengan air mcm buat bubur nasi
  2. masukkan daging,rempah penumis tiga beradik,garam dan serbuk pati ayam.
  3. masak hingga nasi hancur.kacau selalu.
  4. kisar bahan bertanda* dengan santan cair.masukkan kedalam bubur.
  5. masukkan santan pekat.masakkan bubur hingga pekat.
  6. bolehlah dihidang bersama dengan bahan hiasan.

Wednesday, March 25, 2009

Mee Rebus Istimewa


Hari ni inilah hidangan istimewa untuk makan tghari family akak.balas dendam sebab semalam akak hanya masak kari telor.bukan ape kepala akak sakit yang teramat.penyakitku datang lagi.
bila sakit akak ni datang satu hape pun tak boleh nak buat.tu yang masak simple jer.malam pulak masak maggie jerk...tulah hai berjangkit si Noorma laa tu.pepgi iklan maggie.hish terpaksa malam akak lak menggantikan tempat dia..
Mee Rebus akak ni biasa je.campak campak gitu.resipinye nnti lah ye akak n3kan.
kot ade yg berkenan lah.
silakan lah yer..jamu mata dulu....

Nasi goreng Udang


buat nasi goreng pepagi ni.tengok dalam periuk nasi banyak lagi nasi petang semalam.sayang pulak kalau dibuang,lagipun masih elok lagi.maka jadilah nasi goreng udang ni.

Nasi goreng Udang

bahan bahan
  • 3mangkuk nasi
  • 200gm udang
  • 1 sudu pati ayam
  • sedikit sayur kobis dihiris halus
  • garam.
  • minyak untuk menumis
bahan kisar.
  • 5-6tangkai cili kering
  • 2 labu bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
cara cara membuatnye
  1. panaskan minyak.masukkan bahan kisar.tumis hingga naik minyak.
  2. bile telah naik minyak masukkan garam,serbuk pati ayam dan udang.kacau rata.
  3. akhir sekali masukkan sayur kobis dan nasi.gaul rata.
  4. bolehlah dihidangkan.
nota:kalau nak lebih pedas boleh lah ditambahkan cili api pada bahan kisar.

Monday, March 23, 2009

Donut Vs Pizza



Yes!!!!...ni akak buat untuk makan petang ni.buat teh panas.nyam...nyam...malam tadi akak jenguk umah jeni nampak resipi ni.doh nye boleh buat donut ngan pizza base.akak try buat.alhamdulilah menjadi.
yelah mane tahan g umah noorma ade,g umah doc inahar pun ade.tu yang akak buat donut ni dan separuh lagi doh tu akak buat pulak pizza ni.

ayam lada hitam


Resipi ayam lada hitam ni peberet hb akak.dia selalu bgtau masak lada hitam je time akak tanya pendapat dia apa nak dimasak.alahai ni lauk untuk owang dalam pantang.memang elok.akak masa dalam pantang boleh dikatakan kerap makan lauk ni.naik jemu dibuatnye.tapi dah hb suka masak je lah kan.lagi pun senang nak masak nye.

Bahan bahan:
  • 1/2 ekor ayam(bersihkan potong kecil)
  • 1/2 inci halia*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 btg serai*
  • 2sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • air asam jawa
  • garam dan perasa
caranye:
  1. Kisar halus bahan *.panaskan minyak,tumis bahan bertanda *.
  2. Bila telah naik minyak masukkan serbuk kunyit,lada hitam garam dan air asam jawa.biar sebati.
  3. akhir sekali masukkan ayam.biar masak rata dan tambah sikit air bagi meggelakkan kuah jadi pekat.
  4. matikan api bila ayam tealh mesra dengan kuahnya.

Brownies

Nak buat brownies ni ade cetenye.berkobar kobar nak buat kek oren lagi sebenarnye.disebabkan bahan nye tak cukup akak ngan anak anak pergi ke family store untuk membeli bahan bahan.akak pergi berempat je ngan anak perempuan akak n sibongsu.biaselah kalau pergi ngan diarang ni habis family store tu kena jelajah.nampak tu beli nampak ni beli.pasal perabih duit bagi ler kat akak.ececeh....
akiran kalam akak beli semua bahan dan bile balik lain lak jadinye.kebetulan akak beli tin pembakar kek 9x9.jadinye tukar lah resipi.akak buat brownies ni.buh parutan kulit orange dalam adunan.jadilah brownies perasa orange.belasah je lerr..tapi resipinye akak tak tau ambik kat umah sape.dah lupa lah.soweiiii

sambal udang

Nak tau tak sambal udang ni bikinan sape...hah ni lah projek anak sulong akak untuk makan malam tadi.anak anak ni kalau dah besar panjang kena suruh gak masak.alhamdulilah menjadi pulak sambal yang dia buat.akak hanya arahkan je ape nak buat.bahan ape nak dibubuh.dah siap akak and hb tukang rasa.not bad gak.yelah mane tumpah nye kuah kalau tak kat nasi ewah.....masuk bakul lakkksss kan.

Sunday, March 22, 2009

Ungkep hati ayam


Ni lah kalau dah namenye keturunan jawa.nak gak masak masakan jawa.tapi yang membelasahnye akak sorang jer.uhu..uhu....yelah anak anak tak minat hati ayam.akak mmg suka makan lauk ni.gaul ngan nasi panas panas,takpelah sesekali.ni tadi pagi kes membersihkan ikan,udang dan ayam yang akak beli kat pasar malam tadi.sambil sambil membersihkan tu akan tumis le sekali ungkep ni.resipi akak biasa jer.

Ungkep hati ayam
bahan bahannya:
  • 200 gm hati ayam(bersihkan dan dipotong sedang)
  • 4btg cili merah*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1btg serai diketuk
  • air asam jawa
  • garam dan perasa
  • air
  • minyak
cara cara membuatnya;
  1. tumbuk atau blend bahan*.
  2. panaskan minyak tumis bahan* dan serai hingga naik bau.
  3. masukkan hati ayam,air asam jawa,garam dan perasa
  4. tambahkan air jika tumisan ni agak pekat.masak hingga hati ayam lembut.
  5. boleh masukkan daun sop yang dihiris halus.
  6. .

Maprun


Sarapan pagi ahad.namanye agak pelik,tapi bila makan dengan roti bakar,minum kopi panas.
wallaaaa.....resipi ni senang jer,potong dadu kentang 2biji,bawang besar pun didadu,1btg cili hijau,3 biji telur dikocok dan kicap.kentang goreng dulu,lepas dah garing angkat,baki minyak goreng kentang tadi dikeluarkan kalau agak banyak,tumiskan bawang dan lada hijau hingga layu,masukkan kentang telur kacau pantas akhir sekali masukkan kicap.kacau rata.akak buh cikit lada sulah.bagi yang tak gemar kentang tak letak pun ok.

Saturday, March 21, 2009

Apam Eno @Apam Makoke


Salam pagi sabtu.sebenarnye ni projek petang semalam.selak buku resipi akak yg duk terperap.akak terjumpa resipi apam ni.pemberian makcik akak.ambik jer resipi tapi tak pernah buat.sebenarnye tapai nasi nya dah lama akak buat,simpan dalan petiais.yelah buat simpanan mane tau bila bila teragak boleh buat.
siap jer tadi,mase nak snap gambar,agaknya masih panas lagi akak bubuh kelapa bercampur ngan gula tanjung tu yang warna apam ni bercapuk capuk.biasa lah bukan pro photograper.
pepun yang dinamakan apam,memang sedap dan menjadi kalau ikut betul betul resipinye.
ni resipi Apam Eno @Apam Makoke.
  • 1 kampit tepung beras
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan tapai
  • 2 sudu eno
  • pewarna ikut suka
  • kelapa+garam sedikit
  • gula tanjung(pada yng gemar)
cara cara membuat
  1. Blend tepung beras,air, gula dan tapai nasi hingga halus.Tapiskan kedalam mangkuk.ketepikan dan perap dalam 5-6 jam.(akak bancuh lepas maghrib semlm)
  2. Bila telah elok kembang nye masukkan eno kacau dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  3. boleh lah dibubuh pewana yang disuka.
  4. Panaskan kukusan.sebelum memasukkan adunan apam ni panaskan terlebih dahulu bekas apam.
  5. kukus 15-20 minit.bolehlah dihidangkan bersama kelapa bergaram.

Friday, March 20, 2009

Kue Tiew Goreng


Pepagi gini pekena goreng mee,ke nasi goreng ke selain nasi lemak,lontong n kuih muih
memang sedap.semalam masa membeli bahan untuk makan tengahari,akak beli sekali
kue tiew ni,tu pun selepas ternampak ade kerang.boleh la buat sarapan pagi ni
resipi ni lain owang lain caranye.pada akak kue tiew ni asal ade kerang mmg ngam.
mai layan resipi akak sendiri.

Kue Tiew Goreng
Bahan bahan:
  • 1 bungkus kue tiew
  • 1/2 kilo kerang
  • sedikit daging ayam
  • pes lada(ni akak buat siap2-lada kering+bwg merah+bwg putih dikisar simpan dlm fridge)
  • kicap
  • sos tiram
  • maggi seasoning
  • telor sebiji
  • sawi
  • tauge
  • kucai
  • garam gula
  • minyak utk menumis
cara cara membuatnya
  1. panaskan minyak.masukan pes lada.tumis hingga naik minyak,masukkan kerang dan ayam yang dicincang.kalau ade sto ayam boleh juga dimasukkan.
  2. bila telah lembut daging ayam tadi,masukkan kicap,sos tiram,maggi seasoning dan telor.kacau agar telor dan bahan bahan lain mesra.
  3. .masukkan sawi dan tauge,garam gula.akhir sekali masukkan kue tiew dan daun kucai.
  4. kacau sebati,sesuaikan rasa,matikan api.boleh lah dihidang.

Thursday, March 19, 2009

Sambal goreng jawa,asam pedas ayam n ikan haruan goreng


Menu untuk tengahari ni.alahai dah berdarah jawa ni kena lah sesekali masak masakan jawa.tekak jawa sudah mari.so akak masak ler sambal goreng jawa ni.belasah makan gitu jer.ayam tu dah abih idea jadi masak jer asam pedas.pasaran sentiasa baik kat asam pedas ni.

Ikan haruan ni pulak jiran akak anak dia bersalin operate so kena makan ikan haruan.jiran akak ni nengok ikan tu geli,dia minta tolong akak siangkan and terus gorengkan sekali untuk anak dia.2 ekor besar besar pulak tu.kelengkan kelenkong akak mengerjakan ikan tu.naik hancur dibuatnye,hihihi,tak pe at least dah digoreng lemak gitu.

akak bagi resipi sambal goreng jer ye.resipi ni akak agak agak jer,belasah semacam bahanbahannye.kalau nak cuba pepandai le adjust yer.yang bukan jawa tu cuba la mmg enak sambal ni.

Sambal Goreng Jawa.
Bahan2nye digoreng dahulu
  • tempe 2keping
  • tahu 2keping
  • kentang(bersihkan potong kecil2)
  • udang basah(kalau tak de udang kering je)
  • bawang merah 6-7 biji hiris halus dibuat bawang goreng
untuk dikisar
  • lada kering 5-6 tangkai
  • bawang merah 6 biji
  • bawang putih 2 ulas
  • serai 1 btg
  • lengkuas 1/2 inci
  • halia 1/2 inci
bahan2 lain
  • tahu kering dan soo hoon(direndam,gunting sedang)*
  • cili kering(digunting halus)*
  • cili merah dihiris halus*
  • kicap
  • santan dari 1/2 biji kelapa
  • garam gula
  • minyak untuk menumis
cara memasak
  1. panaskan minyak dalam kuali.masukkan bahan kisar.tumis hingga naik minyak
  2. masukkan santan,kicap,garam gula dan bahan bertanda *.biar sebentar hingga kuah pekat
  3. akhir sekali masukkan bahan yang telah digoreng.kacau rata.
  4. matikan api.boleh dihidangkan.
ikan haruan goreng
Asam pedas ayam

Orange and coklat cake

orange n coklat cake ni akak buat semalam ngan anak anak.ambik resipi Yatt Findland tu
anak anak kalau buat kek ape pun mesti nak coklat.adusss....dah request kena ler buat.jadinya adunan ni akak bg 2 separuh buh orange jus ngan parutan kulit orange,separuh buh koko.bantai jer ler.dah anak anak suka nak makan.ikut je.rasa mmg marbeles.dua dalam satu.sowei Yatt,akak tukar cikit jer.temakasih atas resipi tu.akak cp jer lah ye.i lebiuuu yatt.



RICH ORANGE CAKE

1 cawan tepung cake
125 ml butter di cairkan
3 biji telur
75ml orange juice ( 1 biji oren besar)
parutan kulit buah oren kikis di bahagian oren je jgn sampai ke kulit putih
1 biji lemon juice
3/4 cawan gula halus
1 sudu pewarna kuning
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cream of tartar

Cara-caranya;

blend telur bersama cream of tartar sehingga kembang, masukkan gula, pukul lagi. Kemudian masukkan orange juice, lemon juice dan pewarna kuning. Masukkan pula butter yang telah di cairkan pukul lagi. Akhir sekali gunakan spatu masukkan tepung kek, kulit oren bersama baking powder, kacau dengan satu arah 4-5 kali jek dah cukup, jangan kacau lebih-lebih.

topping taburkan aising sugar atau

panaskan juice oren bersama aising gula kemudian tuang di atas kek lagi sedap kalu takde juice oren boleh guna oren sunkist yang dalam botol tu. seperti untuk buat kek kalu takde buah oren boleh guna oren sunkist dalam botol tu.

Wednesday, March 18, 2009

Apam tepung gandum dan Mushroom Soup



Entah hangin ape agaknye yang melanda akak petang semalam,akak pun tak tau.cuma
yang pasti mood terajin datang melanda.ewaaah.......lepas zohor akak bancuh kuih apam biase jer.belek belek umah CMG ade resipi ni.cuba buat menjadi lakkkk.hihihi cuma sowei ye CMG akak tukar gula perang ngan gula tanjung.okay lag gak.bab tu ler warna apam akak tu jadi kaler oren gitu.rasa ok cuma kalau nak manis kena lebihkan gula.makan ngan kelapa.sedap!!!!
resipi apam ni CMG guna 5oogm tepung gandum,3/4 cawan gula perang(akak guna gula tanjung
1cawan),2 cawan air,1 pkt yis kering+1/2 cawan air(larutkan).Bancuh dalam mangkuk semua bahan perap selama 1 jam.boleh lah dikukus macam biasa kita kukus kuih2.makan dgn kelapa yang digaul dengan garam.
Lepas maghrib akak try laksss buat mushroom tengok resipi kat umah Jenilicious.kebetulan
hari tu mase g pasar tani akak ade beli mushroom segar ni.beli tapi tak tau ape nak dibuat ngan
cendawan tu.nampak resipi ni akak cuba lah.memang sedap.akak suggest kan sesiapa yang suka kat cendawan cubalh buat.bahan bahan pun senang jerrr..cuma akak tukarkan pati ayam tu kepada ayam yang akak cincang halus.Terima kasih laa kat Jeni atas resipi ni

Cream of Mushroom Soup
http://allrecipes.com/Recipe/Cream-of-Mushroom-Soup-I/Detail.aspx

5 cawan cendawan butang segar
1 1/2 cawan stok ayam (Saya gunakan 1 kiub ayam + air)
1/2 cawan bawang cincang
1/8 sdt thyme kering (Saya tak letak)
3 sdb mentega
3 sdb tepung gandum (kalau tak cukup pekat boleh tambah lagi)
1/4 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada hitam
1 cawan half-and-half (saya gunakan 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan whip cream)

Cara

  1. Masukkan cendawan, stok ayam, bawang dan thyme dan periuk dan rebus selama hingga cendawan empuk.
  2. Setelah empuk masukkan dalam food processor atau blender, kisar tapi jangan sampai hancur cendawan tu. Biar nampak chunky2 sikit.
  3. Dalam periuk lain, cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau campuran tersebut sehingga sebati. Masukkan campuran susu segar dan whip cream, garam, lada hitam dan campuran cendawan yang dikisar tadi. Boleh masukkan leek dan extra slice mushroom jika suka.
  4. Kacau selalu sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
  5. Siap untuk dimakan.

Maaf laa gambar kurang cantik.akak ni tak pro pasal ni.

Tuesday, March 17, 2009

award dari kakintan

Alahai first time dapat award dari Kakintan.Tema kasih bebanyak yer kakintan
sudi gak bagi kite ni award.mudah mudahan ikatan ukhwah ni akan sentiasa berpanjangan.
sayang kakintan.........

ayam goreng crispy


Ayam lagi.hari hari makan ayam.adusss jangan badan naik cam ayam tu udah ler.3 menu hari ni.sorang suh masak kari,sorang suh buat tomyam dan akak nak goreng jer ayam tu.tapi sume guna ayam.ape ke idak nye yang ade dalam esbok tu cuma ayam tergolek sekor.
tapi paling laris ayam goreng crispy akak tu.makan cicah sos ngan mayonis jer.

Ayam crispy tu akak potong nipis nipis,buang tulang perap kejap dengan bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,serai.buh sikit sos tiram dan kicap.masa nak goreng akak rendam ngan telor dan salut ngan bread crumb.sedapppp...

Buat tomyam sekali.campak campak jer.

ni ler tomyam ayam jer...

Monday, March 16, 2009

sambal goreng petai


Semalam puas makan nasi minyak.maklumlah musim cuti sekolah ni mmg musim pengantin.balik dari jemputan kawan hb kami balik ikut highway.keluar highway pedar/linggi mak oii berderet ppntanda tunjukarah umah pengantin.kebetulan adik ipar akak punya abg ipar pun menyambut menantu,jadinya banyak lah *berkat*(istilah owang jawa) dapat dari umah pengantin tu.wah penuh satu meja dgn lauk pauk pengantin.
jadinye akak hanya panaskan jer lauk lauk tu bagi hidangan makan malam.kebetulan adik ipar akak yg stay kat port dickson pun datang sama.riuh rendah umah akak ngan anak buah dan adik beradik ipar.
Petai ni biras akak bagi.makan gitu je mmg sedap buat ulam.tapi kali ni akak ubah sikit selera.akak buat sambal goreng.ni resipi sambal tu.

Sambal goreng petai

Bahan bahan;
  • 3 tangkai petai
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 5-6 tangkai lada merah(ditumbuk halus)
  • 2 labu bawang merah(dihiris)
  • 2ulas bawang putih (dihiris)
  • garam.
cara caranya;
  1. petai dihiris halus halus.(akak hiris skali ngan kulitnya) goreng dan ketepikan.
  2. ikan bilis digoreng dahulu.ketepikan.
  3. panasakan kuali dengan sedikit minyak tumis bawang putih dan bawang merah.
  4. bila telah layu,masukkan lada yang telah ditumbuk halus,(akak kisar jer)
  5. tumis hingga terbit minyak masukkan garam.
  6. akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis.kacau sebati.
  7. boleh lah dihidang.

sambal goreng petai,lawan dengan singgang ikan.sedap taw.ade sambal belacan.aduiii menyelerakan.tapi akak tak buat pun sambal belacan.buat ikan goreng berlada.okay lah untuk sajian tengahari ni.

Sunday, March 15, 2009

mee kari

hari ni ade jemputan kat umah kawan hb akak.jadi pagi pagi lag akak masak sarapan aka makan tengahari sekali.nnti kat umah pengantin dah tentu makan nasi minyak.jadi tak lah payah masak nasi.akak masak mee kari ala ala mee rebus.kerang tak ade.jadi akak gantikan tulang lembu.okaylah gak rasenye.dua dalam satu.mee rebus boleh mee kari pun boleh.

Saturday, March 14, 2009

Nasi Ayam


hidangan makan tengahari tadi.akak masak nasi ayam.dah petang ni tengok laa dah tinggal sikit.wah kena masak len lah pulak untuk diner.Hish....ape nak dimasak ye.tambah sakit kepala.
layan dulu hidangan akak ni.resipi kemudian eh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails