pagi ini akak cuba masukkan menu ayam yang akak masak semalam..bergandingan dengan Nasi Ayam.
cuti hari pekerja hanya untuk orang berkerja ya,kita nie sebagai surirumah tak ada istilah cutikan.kalau bercuti tak berasap dapur dan kena berpuasa laa seisi rumah.jadi sempena cuti semalam akak masak hidangan ringkas aje.setelah dibuat undian seisi rumah setuju untuk akak masak nasi ayam sahaja..
Kalau digoreng gitu sahaja kena laa buat sambal cukakan.jadi akak fikir elok akak masak sekali ayam ini dengan sambal..senang..just nasi,sup,ayam sambal dan ulam2 pelengkap.
Akak masak Ayam Madu Tiga hasil experimen kat dapur semalam.tanya semua anak2 dan hb kata ok..sedap!!jadi hari ini akak share laa resipi akak yang terkini..hihihihi..kalau nak cuba sila laa jangan segan2..
resipi AYAM MADU TIGA
Source: SELERA KAKASMA
Bahan2nya:
- ayam yang telah dibersihkan bahagikan kepad 16 bahagian
- 20 biji cili kering(jadikan pes cili)*
- sedikit belacan*
- 1 biji bawang besar(mayang bulat)
- 8 biji bawang merah*
- 5 ulas bawang putih*
- sedikit halia,lengkuas dan sebatang serai *(bhn bertanda* dikisar halus)
- 3 sudu besar cili sos dan tomato sos
- 5 sudu besar madu
- sebiji tomato dipotong bulat
- kulit kayu manis dan bunga lawang
- sedikit gula,garam dan perasa.
- sedikit perahan limau kasturi
- ayam yang telah dibersihkan dilumurkan dengan sedikit kunyit serbuk dan garam.kemudian digoreng hingga habis,ketepikan.
- dalam kuali bersih,panaskan minyak dan tumiskan bawang besardan bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan mesra.masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
- bila dah naik minyak tu masukkan sos cili dan tomato,dan diikuti dengan garam,gula dan perasa.gaul bagi sebati dan akhir sekali masukkan madu .
- gaul lagi dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi..sebatikan..baru masukkan air limau kasturi.
- kalau nak sedap masukkan hirisan daun sop dan tomato yang dipotong bulat,