Friday, May 27, 2011

YUMMY DONUT

 Meh semua datang umah akak.bawa ler tupperware ke tipuware ke,ada donut pagi nih.lembut ajer donut yang akak buat.resipi dari rumah MAMAFAMI.Mama punya source dari Rima.akak buat pun sebab tepung roti ada separuh lagi.jadi saja nak cuba resipi yang guna tepung roti.
 tergoreng geseng sket.maklumlah tukang kacau ada,nak berdukung laa,tak mau diletak..sape lagi kalau bukan sitecik Umar.Resipi kat sini yer.Terimakasih MAMAFAMI dan juga RIMA.akak ada satu lagi resipi tapi tu nanti nak cuba juga.resipi dari MISS MIRROR SINI
YUMMY DONUTS
Posted by : MamaFaMi
Source : Rima of Bisous A Toi

Ingredients :
(A)
500g high protein flour - bread flour
100g sugar
11g instant yeast
4 egg yolks
200 ml water

(B)
100g butter / margarine
1 tsp salt

White Cooking Chocolate - melted
Cooking chocolate - melted
Sprinkles

Method :

Stir ingredients A, knead until lumpy, add ingredients B, continue to knead until smooth elastic.
Rest dough for 10 minutes.. divide dough into several balls weighing 40g each.
Rest for a further 20 minutes.
Punch a hole through the middle, then fry until cooked. Drain. Chill.
Dip one side surface of the donut in the melted chocolate, sprinkle almond.
Place donut in fridge to harden chocolate..

Tuesday, May 24, 2011

Blueberry Cheese Tart

Salam pagi semua,pagi ni akak hidangkan Blueberry Cistat buat semua yang datang berkunjung.tak mau gak ketinggalan dalam marathon geng geng semua buat cistat nie..akak pernah buat gak pastrinya guna satu resipi tapi mengecewakan..tak rapuh dan agak lemau bila dah sejuk sikit.tapi tu laa kita niekan jenis nak juga mencuba jadi akak try guna yang ini amek resipi kat umah Irsyam Nur sini.irsyam amek kat rumah kak wan sini.
Bahan Pastry Tart
60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam


Cara-cara
1.  Satukan gula ising dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya.
4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.



Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream(guna susu segar)
60gm gula ising
60gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus jika suka

Filing  :  Blueberry, strawberry, kiwi, manggo(akak guna Blueberry filling)
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1.  Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati.  Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.  Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2.  Ambil kulit tart, pipekan sedikit  filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
3.  Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
4.  Bakar sekejap selama 5-8 minit.  Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.

Monday, May 23, 2011

Nasi Ketumbar dan Ayam Rendang Kari

 Bila nampak AYU buat nasi nih akak teragak juga nak buat.memang nampak sedap gitu.dan semalam akak merealiasasikan impian nak buat Nasi ketumbar nih.wallaaaa hb akak kata memang sedap..makan pulak dengan rendang yang akak buat ada kuah sket..tak hingat masa makan.anak akak yang lelaki makan gitu ajer pun dah sedap katanya..pada yang belum cuba tu mesti cuba...tapi kalau risau pada bau daun ketumbar jangan bimbang bila dah tanak nasi nie tak de bau pun...
Nasi Ketumbar
Sources:-From Q'ein@myresipi.com
 Bahan2-(7 orang)
  • 500g beras
  • 3 s/b mentega
  • sedikit minyak
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)-akak hanya hiris hiris halus
  • sedikit garam
  • pewarna hijau(akak tak bubuh lupa!!!)
  • 1 kiub ayam(akak guna secukup rasa maggi)
  • sedikit susu cair campur dengan air biasa(akak tambah)

Cara-cara

  1. basuh beras dan toskan
  2. cairkan mentega bersama sedikit minyak
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
  7. tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

Monday, May 16, 2011

Tengiri asam Daun Kari

 salam pagi Isnin ,Hari nie akak nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat adek adek akak yang bergelar Cikgu,iaitu Cikgu Zana diBatu Pahat,Ustazah AZIe di Pasir Gudang,Cikgu Ina Shamsina di Kuantan dan semua guru guru yang juga ada blog yer..semuga akak lebih berdedikasi dan disayang anak murid,
 Okay lah lauk nie akak nak share ngan semua bagi yang tak de idea nak masak aper..nie memang simple tapi sedap..bagi yang penat2 balik keje tu kejap ajer nak menyediakan nya
Tengiri Asam Daun Kari
Source: dari rumah teres kakasma

Bahan2:
  • 4 keping ikan tengiri
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
  • 1 batang serai(ketuk)
  • sedikit daun kari
  • garam,perasa,air asam jawa
  1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
  3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
  4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
  5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

Wednesday, May 11, 2011

Ayam Tiga Rasa

 sesekali kita ubah resipi tiga rasa ni.selalu kita guna ikan siakap,bawal dan macam macam lagi.kali nie apa kata kita cuba resipi menggunakan ayam pulak..memang sedap.enak akalu dimakan dengan kuah lemak..sayur goreng...laju ajer makan nanti.
 AYAM TIGA RASA
source:dari rumah teres Kakasma

Bahan2:
  • Isi ayam...hiris bersihkan
  • 1/2 biji lada bengala warna merah,kuning...(kalau tak de lada merah /hijau pun ok)
  • 1biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 1/2 inci halia hiris halus
  • 1 btg serai dititik
  • 3 sudu cili kisar
  • 1/2 biji nenas hiris kecil2
  • 1/2 btg lobak merah juga dihiris
  • 3 biji putik jagung
  • bunga kobis dan tomato
  • daun limau purut
  • 1 sudu sos tomato,sos cili,sos tiram,sos ikan dan sedikit kicap
  • garam dan sedikit perasa dan gula
  • tepung jagung sebagai pemekat
caranya:
  1. ayam yang telah dihiris nipis tadi,lumurkan dengan sedikit lada sulah dan tepung jagung.
  2. panaskan minyak dan goreng sebentar ayam tadi.tos dan ketepikan.
  3. dalam kuali lain panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang ,bawang putih,halia hingga layu.masukkan scili kisar dan serai.kacau lagi
  4. kemudian masukkan kesemua sos dan kicap,garam dan perasa serta sedikit gula.
  5. masukkan ayam dan sayur sayur, dan tepung jagung.kacau sebentar,masukkan daun limau purut.
  6. matikan api dan bolehlah dihidang...
cubalah memang sedap....

Friday, May 6, 2011

Sambal Hitam Pahang

 Masa balik kampung di Air Hitam bulan lepas,adek akak bagi belimbing buluh.lebat sungguh buah nie..berungkai2 kat pokok.dalam kepala akak nak buat sambal hitam nie.balik rembau akak cuba buat setelah belek belek resipi kat rumah Madihah sini.akak buat tak laa banyak.3 hari lepas akak balik dari kampung tu akak masak dan adek akak kebetulan datang kerumah akak.akak tunjukkan sambal ni kat dia.waaa makan beria ia dia.sedap katanya..hihihihi menjadi laa tukan.pepun memang sedap.makan dengan nasi panas panas.Izah daut pun gemar  sambal nie maklumlaa orang pahangkan..tul tak Zah...Buat Madihah terimakasih resipi pemberian mertua Madihah nie..memang sedap...jadi akak c/p kat sini senang nak buat rujukan nanti..
Sambal Hitam Pahang
Sumber : My mother in law...
 
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

Kad Hari IBU dan Kad dari Kjee (kak Fauziah Samad)

 Semalam masa bertandang kerumah Kjee ada kad selamat hari ibu yang cantik dibuat oleh unclepali dan Kjee dengan berbesar hati menghadiahkan buat semua para ibu yang berkunjung kedapur Kjee.sempena Hari ibu akak nak juga ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Ibu buat Ibu Ibu diluar sana,semuga akan lebih berbahagia bersama anak2 terchinta dan keluarga yang disayangi....apakah agaknya hadiah yang anda semua dapat yer..Anak2 akak nak hadiahkan coklat buat akak tapi diarang suruh akak buatkan coklat cantik2 nanti bagi kat akak...ada ker gitu????tapi pada akak cukuplah anak2 yang menghormati kita dan sentiasa ingat akan kita walau dimana mereka berada,dan sentiasa beringat untuk jadi anak yang baik dan soleh...
Buat Kjee terimakasih sangat atas kad kad yang cantik ini..semuga kjee akan sentiasa menulis dan memberi menu masak yang sedap2.

Gantung Award dari Izah Muffin Lover


Assalamualaikum buat semua pengunjung setia rumah teres KakAsma.nie entri pertama bulan Mei.Kawan kawan lain dah berderet deret menu ditayang..menyelerakan bila berkunjung.Akak ajer yang tak rajin rajin  nak update blog.selalu buat Bw mana yang sempat.Silent reader pada yg berkenan akan menu ditayang...nak jalan jalan tak sempat...
Ni award bulan lepas dah Izah bagi.tapi baru nie dapat digantung.Terimakasih sangat buat Izah ingat juga akak.selalu orang kecik cam akak nie jarang orang nak ingat....hehehheee...Sayang kasih mesra buat Izah yang bercuti balik kg.seronok mestinyer tu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails