Wednesday, June 30, 2010

Kuih Lompang aka Kuih Kosu

ni pun kuih yang akak selalu berhajat nak makan.bukan aper dah banyak kali akak cuba buat tak menjadi sangat..rasa dia kuih yang dibuat lum lagi menepati piawaian tekak akak sebab masa akak kecik kecik dulu akak suka tul makan kuih nie..rasa nya tak terkata sedapnya..kuih tu jernih dan tak terbayang rasanya..yang ini pun akak cuba resipi akak amek kat umah Cik manggis..kiranya boleh laa buat lagi lepas nie...akak salin resipi tu kat sini supaya senang bila bila nanti akak nak buat lagi..dan sesiapa nak cuba..buat cikmanggis terimakasih..cikmanggis cuba resipi nie amek dari umah kak wan..



Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
2 cawan air( akak guna air kelapa)
1 tsp air kapur
1 tsp esen ros
pewarna merah dan kuning
1/2 biji kelapa parut.

Cara-caranya:

  • Masak gula pasir dengan 2 cawan air hingga gula larut dan ketepikan
  • Bancuhkan tepung beras dengan 2 1/2 cawan air hingga sebati dan tidak berketul-ketul .Masukkan air kapur.Kacau
  • Tuangkan air gula kedalam bancuhan tepung dan kacau hingga sebati.Masukkan esen ros
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian_satu bahagian warna merah,satu lagi warna kuning dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal
  • Panaskan acuan lompang dalam pengukus.Isikan aduanan dalam acuan lompang hingga penuh.Kukus hingga masak.Biarkan ianya sejuk baru keluarkan kuih kosu dari acuannya.Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

6 comments:

  1. "piawaian tekak"..klasik tu..hehe..

    mesti lagi umph bila bancuh dengan air kelapa tu..sedapnya..

    :-)

    ReplyDelete
  2. cheqna,
    hehehe dah tua tua gini dah klasik laa tukan..
    mmg sedap cheqna..kena try n error tu.akak mmg sukg camgini ermmm makan pejam mata lagi.:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya mkn kuih lompang letak kelapa byk2. ummph!!

    ReplyDelete
  4. KaK,dah lama saya kehilangan resepi kuih lompang ni...I'm going to try for buka puasa nanti...tks dear,do visit my blog too...

    ReplyDelete
  5. asma akak pun sama..cukup suka kuih lompsng yang guna pandan ni..sedap..lembut dan wangi..buat sendiri pun tak sesedap beli..lagi satu yang menjadi kegemaran akak kuih tako.yang ada senkuang cina tu..kalau asma pandai buat dan ada resepi..shar ngan akak ye.akak dah siap beli tepong tako ni..tapi belum berani nak cuba lagi...

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan kak asmah..:)
    pepagi nie nak buat kuih lompang...taipkat google...ada resepi dari dapur kak...so sy try je laaa...tq ek!..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails