Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

AYAM GORENG CILI API

 Ini lauk akak masak semalam.pagi semalam teragak pulak nak makan bubur nasi..akak jerang segenggam beras dan masak hingga jadi bubur.sementara menunggu Hb akak balik dari rehat kerja sebab dia akan beli lauk untuk dimasak tengahari.akak cuma pesan dia belikan telur asin..sedap makan ngan bubur telur tu.
Hb akak belikan ayam seekor.separuh akak masakkan kari ayam tu.yang lebih nya akak masak kan lauk ini.Senang aja nak buat...makan dengan bubur nasi tu sedap..ada kuah kari..bertambah tambah makan!

Ayam goreng cili api
resipi dari rumah teres kakasma


Bahan bahan
  • Isi ayam
  • 10 batang cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit daun bawang dan sebiji limau kasturi
  • garam dan secukup rasa
cara caranya:
  • Bersihkan ayam(seeloknya guna isi ayam) bubuh kunyit dan sedikit garam.gaul rata dan digoreng setengah masak.
  • cili api,bawang merah dan putih juga halia tumbuk jangan halus sangat.
  • Hiriskan sebiji bawang besar,panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu,masukkan bahan yang ditumbuk.biarkan bahan hingga naik minyak.masukkan ayam,garam dan perasa.
  • sebelum padamkan api taburkan daun bawang dan air limau kasturi.
  • sedap dimakn dengan bubur yea

Friday, January 20, 2012

RENDANG AYAM




Dah petang baru sempat nak letak lauk rendang akak kat sini..banyak kerja nak dibuat..sib baik Izah datang tanya..kalau idak sok kot baru dapat merasa rendang akak nie..tu laa kalau dah ada kerisek senang ajer nak buat


resipi rendang yang paling mudah nak dibuat..tak payah ditumis bagai..semua lebur ajer..tapi agak lama laa nak tunggu lauk nie kering..

sebab akak suka masak yang mudah mudah.>>>>
.bersihkan ayam,masukkan santan dari sebiji kelapa kedalam kuali..bahan bahan seperti bawang merah,bawang putih,halia 3btg serai ,lengkuas dikisar bersama dengan sedikit lada kering yang telah direndam dulu...masukkan sekali daun pandan,daun kunyit,daun limau purut,garam gula dan kerisek.biarkan sehingga kering..kalau nak pedas bubuh laa cili api sikit yer..akak bubuh juga rempah tumis empat sekawan tu..


Wednesday, May 11, 2011

Ayam Tiga Rasa

 sesekali kita ubah resipi tiga rasa ni.selalu kita guna ikan siakap,bawal dan macam macam lagi.kali nie apa kata kita cuba resipi menggunakan ayam pulak..memang sedap.enak akalu dimakan dengan kuah lemak..sayur goreng...laju ajer makan nanti.
 AYAM TIGA RASA
source:dari rumah teres Kakasma

Bahan2:
  • Isi ayam...hiris bersihkan
  • 1/2 biji lada bengala warna merah,kuning...(kalau tak de lada merah /hijau pun ok)
  • 1biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 1/2 inci halia hiris halus
  • 1 btg serai dititik
  • 3 sudu cili kisar
  • 1/2 biji nenas hiris kecil2
  • 1/2 btg lobak merah juga dihiris
  • 3 biji putik jagung
  • bunga kobis dan tomato
  • daun limau purut
  • 1 sudu sos tomato,sos cili,sos tiram,sos ikan dan sedikit kicap
  • garam dan sedikit perasa dan gula
  • tepung jagung sebagai pemekat
caranya:
  1. ayam yang telah dihiris nipis tadi,lumurkan dengan sedikit lada sulah dan tepung jagung.
  2. panaskan minyak dan goreng sebentar ayam tadi.tos dan ketepikan.
  3. dalam kuali lain panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang ,bawang putih,halia hingga layu.masukkan scili kisar dan serai.kacau lagi
  4. kemudian masukkan kesemua sos dan kicap,garam dan perasa serta sedikit gula.
  5. masukkan ayam dan sayur sayur, dan tepung jagung.kacau sebentar,masukkan daun limau purut.
  6. matikan api dan bolehlah dihidang...
cubalah memang sedap....

Monday, July 26, 2010

Soto Ayam

 Soto ayam nie menjadi hidangan akak sekeluarga semalam.pepagi duk berkumpul macam macam menu disuruh masak.akak kata lama tak makan lontong.anak anak suka dengar lontong nie.tapi banyak pulak nak kena buat.yang sulong kalau ada nasi impit mesti suh buat kuah kacang..sebelum gi pasar akak suh anak akak buat nasi impit.balik pasar tukar menu..buat soto..hihihihi mak diarang nie kan suka menderhaka..akak kata payah laa nak masak lontong..mak buat soto yer..tapi tak mau mengecilkan hati anak anak akak buat sekali sambal kacang..dua dalam satu..
kalau teragak nak buat hari nie sempat lagi..tengok resipi kat sini yer..nie kes malas nak menaip laa niekan..disini..selamat menjamu selera yer...dah snap gambar baru perasan akak tak bubuh sambal kicap.hehehe lupoooo!!
resipi sambal kicap:
  • 10 batang cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis
  • jus limau kasturi
caranya:
  1. blend cili api,bawang putih dan gula dengan blender kering hingga halus.
  2. keluarkan dan bubuh dalam bekas kecil,tuang bahan kisar,masukkan kicap  dan masukkan jus limau kasturi.

Sunday, July 11, 2010

Rendang Ayam Abah


menu nie patutnya semalam akak post..tapi disebabkan ada sedikit masalah maka pepagi nilah akak tayang lauk akak masak..rendang nie resipi abah akak..kalau dia masak memang suka tul..rendang nie kuah nya jadi gemersik dan hitam gitu..ambik hampas kuah gaul ngan nasi panas..perghhhh...sedap weiiii..tak hingat dunia masa makan..memang sedap..tapi nak tunggu dia jadi hitam punya laa amek masa..tak sabo nak tunggu.jadi akak masak cam biasa jaer..ade kuah sikit..kat rumah akak tekak semua suka berkuah..jadi kalau akak nak cam abah akak nyer penang kena laa hangat hangatkan selalu..


Rendang Abah
Bahan2nye
  • 1kg daging (ayam pun ok-nak lebih sedap kalau guna ayam kampung)
  • 1/2 biji kelapa dibuat kerisik
  • 2biji kelapa ambil santan pekat 2mangkuk,santan cair 1mangkuk
  • 5 batang serai diketuk
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • 2 helai daun salam
  • 1helai daun pandan(disimpul)
  • 2 helai daun kunyit(disimpul)
  • garam
  • rempah tumis 3 beradik
  • 1 labu bawang besar dihiris
Bahan kisar;
  • 10-15 biji bawang kecil
  • 15 tangkai lada kering
  • 6 ulas bawang putih
  • 1inci halia
  • 1sbesar lada hitam
  • sedikit ketumbar*
  • sedikit jintan halus*
  • sedikit jintan kasar*(bahan* disangai dulu)
cara membuatnye;

panaskan kuali.bubuh sedikit minyak masak.tumis bahan penumis,masukkan bahan yang dikisar,lengkuas dan serai.Tumis hingga terbit minyak.masukkan daun pandan dan daun salam.kemudian masukkan daging dan santan cair.bila telah mengelegak masukkan santan pekat,kerisik, garam dan daun kunyit.Masakkan hingga kuah rendang ni pekat dan berwarna kehitam hitaman.


Friday, June 4, 2010

Paprik

wah...nie nak bg tau sape sape yang lum makan lagi meh laa dtg umah akak..kita makan paprik akak masak..masak takde resipi..men agak agak ajer..agak agak terliur tak tengok..kalau terliur akak bg banyak..
akak oper nie..tapi bawa nasi laa yer..



resipi paprik:
source dari dapur kakasma

Bahan bahan:
  • 200gm isi ayam
  • 200gm udang
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(* ditumbuk)
  • sedikit halia(hiris halus)
  • lada merah(hiris)
  • sedikit sos cili,sos tomato,sos tiram dan sos ikan(satukan gaul sebati)
  • daun ketumbar,daun limau purut
  • sayur >>kobis bunga,putik jagung,karot,tomato dan kacang panjang(hiris nipis)
  • garam,perasa,gula dan sedikit tepung jagung
caranya:
  1. panaskan kuali,tumiskan bawang hiris,halia dan bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. masukkan isi ayam dan udang.kacau sebentar dan tambahkan bahan sos.bubuh sedikit air.
  3. masukkan sayuran,daun limau dan ketumbar dan juga lada merah hiris.bubuh air bancuhan tepung jagung.kacau rata.
  4. perasakan dengan garam dan perasa.
  5. siap untuk dihidang..enak dimakan panas panas..

Monday, May 3, 2010

Ayam rendang daun kari

 
lauk nie agak pelik sikit namanya.akak pun tak tau nak buh aper tuk menu nie.sebab masa akak masak memang akak men bubuh aper yang teragak..anak akak tanya aper nama lauk nie.nak kata kari tak rasa kari..nak kata rendang memang terasa kerendangan nyer.cuma pelik kata anak akak mana ade rendang bubuh daun karikan..tapi bila akak hidangkan Hb akak cukup suka.eee..kalau suka maknanye sedap laa tuh..
 
akak bagi resipi ni ikut cam akak campak masa masak yer.jadi kalau nak buat kena adjust laa.tupun kalau ade yang nak cuba buat..lauk ni kalau nak lagi sedap kena bg pekat lagi sket.akak tak buat pekat sebab anak anak suka yang camgini.kalau lagi pekat lagi hitam kuahnye..

bahan2nya:    >>>1/2 ekor ayam potong kecil,bersihkan dan ketepikan.Bawang besar sebiji,bawang merah 5 biji,bawang putih 3 biji,halia seinci,lengkuas,serai sebtg,kisar halus bersama dengan sedikit lada kering(rebus dulu),dalam pengisar tadi masukkan sekali sesudu kecil serbuk ketumbar,sesudu kecil jintan kasar dan halus.kisar lagi.sedikit daun kari,3 sudu besar kerisik,sesudu kecil lada hitam,semangkuk santan pekat.garam dan perasa.rempah tumis jangan lupa..

caranya      >>>>panaskan kuali,masukkan sedikit minyak tumis bahan kisar hingga terbit minyak.kemudian masukkan rempah tumis dan daun kari..kacau lagi..masukkan santan,garam,serbuk lada hitam,kerisek dan perasa..akhir sekali masukkan ayam..tambhkan sedikit air dan biar kuah mendidih dan memekat....siap untuk dihidang...

Monday, April 26, 2010

Ayam Masak Merah(Resipi campak2)

salam hari Isnin..dah petang baru dapat nak tunjuk menu masak masak..sibuk benar pagi nie.jln kejap kejap jer pagi tadi..dah tu Umar sibuk eekkk ookkk..ajer..tak sedap laa pulak kan..jadi akak stop siapkan keje rumah..jamu mata yer..nak bagi kena datang umah ler..baru leh duduk berseelaaa...bentang tikar,buat air sirap limau..jom !!!


Bahan-bahan:
  • seekor ayam belah kecil2 bersihkan ..lumurkan kunyit dan garam gorengkan separuh masak
  • 20tangkai lada kering (rebus sebentar)*
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci Halia*
  • 1 inci Lengkuas*
  • 1 batang serai(diketuk)
  • *bahan ni dikisar halus
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • rempah tumis 4 sekawan
  • daun ketumbar dan asam keping
  • garam,gula dan perasa.
cara-caranya:
  1. panaskan minyak dalam kuali.Tumiskan bahan yang telah dikisarbersama dengan rempah tumis(akak suka masukkan lambat sikit ) hingga terbit minyak.masukkan serai.
  2. masukkan gula,sos cili dan tomato,asam keping,garam,gula dan sedikit air.
  3. agak agak kuah hampir pekat masukkan ayam.dan daun ketumbar dan belahan tomato (jika suka).
  4. boleh la dihidangkan..

Monday, April 12, 2010

AYAM PANGGANG PENCUK

Sape lum makan lagi.meh laa datang umah akak.jamu selera dengan ayam panggang pencuk.akak cuba buat sebab teragak betul bila tengok chef wan buat lauk ni dalam rancangan Ole-ole chef wan.tapi sayang nya akak tak pulak ingat nak salin bahan-bahan.cuma main agak agak aje.cis!!..kunun kunun macam handal.hah..amek ko..tapi sebab dah teragak bebenar akak buat laa.macam kata anak akak main taram ajer.
cuma yang akak tak dapat nak bubuh dalam resipi ni adalah lada merah nya sampai 15 batang..hehehehe ngeri....dan kena bubuh daun limau purut.akak tak ade lak.(dulu ade lebat daunnya akak tanam..tapi dalam pantang tu takde sape nak siram,mati pokok akak tu),akak gantikan dengan rosemary..ala..ala mat saleh laa pulak..tapi memang sedap...sangat.

Atas permintaan ramai(eh ramai ker) cam bagus jer akak niekan..actually akak tak salin pun resipi ayam nie tapi ingat ingat gitu ajer..jadi akak harap sesiapa nak cuba resipi ni kalau nak adjust tu sila laa yer..akak pun adjust gak nie...ikut resipi chef wan kuantiti bahan banyak tul jadi pandai2 laa agak2 yerSe

Bahan bahan
  • Seekor ayam belah dua (akak amek dada ngan paha ajer)
  • 15 btg lada merah(yg nie akak ingat tul ngeri banyak tul kan)
  • 8 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih 
  • 2 biji bawang besar
  • halia,lengkuas,kunyit hidup(agak2 yer)
  • 2 btg serai (ketuk)
  • 3 biji buah keras
  • daun limau purut(racik halus)
  • semangkuk santan pekat
  • perahan limau nipis
  • gula melaka
  • garam dan perasa
cara cara
  1. kisar bawang merah,bawang putih, lada,halia ,lengkuas dan buah keras
  2. panaskan minyak dlm periuk,tumis bahan kisar(chef wan buat satu2-akak masuk semua)
  3. bila naik minyak,masukkan serai,ayam dan santan.kacau rata.
  4. masukkan gula merah,perahan limau nipis,garam dan hirisan limau purut.
  5. bila ayam agak setengah masak,keluarkan dan panggang atas api.akak masukkan dalam oven.
  6. kuah yang lebih tu masakkan hingga pekat.semasa proses memanggang curahkan lebihan kuah keatas ayam tadi.

Tuesday, April 6, 2010

AYAM KANDAR

Hari ni akak tunjuk lauk pauk ajer.dah berhari hari asyik kuih jerkan.Ayam ni sebenarnya ayam telur.akak suh hb akak beli ayam segar,tapi kat kedai tu hanya ade ayam pencen ni.dah lah kematu,akak rebus nak bagi sikit empuk,tapi tak gitu laa berjaya.ape nak dimasak kan ayam camgini.tanya jiran akak dia kata masak kari kak!eee semalam dah kari takkan nak kari lagi,adehhh..nak buat rendang kelapa takde..tu belum kerisek ngan daun kunyit lagi.akhirnya akak masak aje Ayam Kandar nie..senang cete..tapi punya laa berjam jam nak masak.Ntah berapa kali bubuh air pun tak tau..yang penting sedap!!!
  • 1/2 kg daging(gantikan ayam)
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

Friday, March 26, 2010

AYAM ALA KASIM

Salam petang Jumaat.Wah malam ni kalau dekat dengan umah Hana boleh pergikan.Tapi tu laa jauh benar..seronok kalau gi yasinan gini.Orang Jowo rajin buat yasinan.Akak rasa lauk yang akak masak malam tadi ni sesuai untuk dibuat hidangan.orang jawa kalau buat yasinan maupun kenduri yang makan makan kami buat makan tu dalam dulang besar.lauk wajib sambal goreng jawa,serunding,ayam masak kicap ke,mee basah goreng,kacang panjang goreng dengan hati ayam,ikan kering goreng(ikan bulu ayam) dan hirisan timun.
Adehhh...tak boleh ingat ni mau meleleh air liur..
Eh melalut la pulak akak ni.akak masak Ayam Ala Kasim dari Azura Suhaimi ni malam tadi.lama nak buat tapi baru ni dapat merealisasikan nya.memang sedap lauk ni.amnak anak akak cukup suka.akak bubuh kicap lebih sikit.pada yang belum pernah cuba akak sarankan cubalah.selain senang bahan pun tak cerewet..maklumlah akak kan masak nak yang mudah aje..akak c/p dari umah Zaura nie..terimakasih buat zura atas resipi yang enak nie..

Ayam ala Kasim
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam | dipotong
  • 1 labu bawang besar | dihiris nipis
  • 3-4 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 3 sb lada kering kisar
  • 2 sb kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • sedikit garam & gula
Cara-cara

1. Bersihkan ayam, perap dengan garam & kunyit. Sedia untuk digoreng sebentar saja.
2. Panaskan minyak & tumis bawang dan lada kisar hingga wangi & pecah minyak.
3. Masukkan kicap pekat tumis hingga agak garing dan masukkan ayam. Masukkan sedikit air dan kacau.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa dan biarkan hingga masak.

Sunday, February 7, 2010

Lemak kuning ayam dan ayam goreng

Ape nak dimasak jika hanya seekor ayam yang siap dicincang dibawak balik.tanpa ade ape ape bahan sampingan..pening tul nak pikir..acid kata mak goreng jer ayam tu..masak kicap.tapi hb akak tak gitu minat makan ayam masak kicap.masak orang malas kata dia.
jadi bile tengok ade sikit santan kat petiais akak pun didihkan,blend cili api ngan bawang dan halia,buh sedikit kunyit serbuk,masukkan kedalam santan,titikkan serai dan siatkan daun kunyit(tanam sendiri le nie)..bubuh lak asam keping garam dan gula sikit...
jadi ler ayam masak lemak kuning berperisa daun kunyit...

Baki ayam tu akak buh segala macam yang ade,serbuk kurma,serbuk cili,madu sikit,serbuk kunyir,bawang putih ngan halia ditumbuk,garam dan perap kejap.ingat nak bakar tapi senang goreng jer..disebabkan ade madu jadi ayam nie tergesenggg lagi..tapi sedap pulak yang geseng tuh..jadi tulah hidangan akak hari jumaat..hehehe dah lepas pun nak n3 gakkan...
semalam akak masak sambal goreng jawa..tapi lum di upload kat dalam pc oleh hb akak..nnti dah ade akak masukkan yer...

Thursday, January 14, 2010

Ayam panggang Rosemary

Orang len buat ayam panggang nie dah berkali-kali.Akak asyik jer terliur,bile nak buat jer ade saje bahan yang tak de..masa tengok resipi kat umah kak ina kl ade buh madu.adehhh lupa lak nak beli madu..akak gi lak umah Inahar Ali..tengok ayam panggang rosemary..akak ade yang kering punya..jadi akak buat ler olahan dengan kedua dua resipi tu,tambah itu ini dan jadilah ayam panggang nie...
akak perap terlebih lebih masa bab terlupa.bile anak akak tanya mak ape nie..baru akak teringat nak panggang..memang lazat sungguh.jadi abaikan yang tergesenggg tu yer..lembut,dan terasa semua bahan yang ade..anak anak suh buat lagi....

tapi camner nak bg resipi kalau akak main taram jer bahan2nyerkan..hanya makan ngan sos jer.tak buat pun sos lada hitam..hehehe bab dah terlebih hitammm

Monday, January 11, 2010

Ayam masak sos

Lauk nie akak masak hari sabtu.dah pening sangat nak masak.jadi akak main campak campak bahan nyer.masuk sos ikan,sos tiram,sedikit pes lada,kicap dan selagi ade bahan kat dapur..huwaaa sib baik semua kat umah kata sedap mak!!!
hb tanya ape nama masakan nie.ntah????main hentam jer bang....janji hari nie ade lauk nak dimakan.
jadinye kalau sesape tanya akak resipinyer akak mmg tak pandai nak tulis....

Wednesday, August 5, 2009

Ayam sambal bersos

Tak terpikir pulak hari ni masak ayam lagi.tapi bila jiran akak tanya nak kirim bahan bab dia nak gi pasar,jadi akak pun kirimlah.cuma tak tau ape nak dibeli.jiran akak senang ajer..akak belikan ayam aje lah kalau tak de ikan yg berkenan.okay ajer laa kan..tapi ape nak dimasak ngan ayam nie..pening pulak nak pikir..
akhirnya akak goreng ayam nie,bila dah siap digoreng akak keluarkan lebihan minyak tinggalkan sedikit,akak masukkan pes lada(bawang merah+bawang putih dan cili kering..akak mmg sentiasa ade pes ni dalam esbok).masukkan hirisan daun sop,biar hingga lada masak dan naik minyak.campakkan hirisan tomato,bubuh 2 sudu tomato sos,2 sudu cili sos dan kicap manis.akhir sekali masukkan gula dan garam..perasakan.biar betul betul masak.masukkan ayam goreng tadi.matikan api gaulkan dan boleh lah dihidang...cubalah ade kelainan masakan yang nie..

Saturday, August 1, 2009

Soto Ayam

Menu Ayam lagi.akak baru masak soto ni petang tadi.bila tengok nasi himpit akak ade lagi.tu pun belen akak buat lontong tengahari tadi.tapi tak sempat nak snap pic lontong akak masak.adek ipar akak datang masa akak sedang sibuk masak kuah lodeh.siap masak terus dihidang...
tapi kali nie soto akak istimewa sikit.bab akak buat bergedil.selalu akak tak buat pun bergedil.kes malas.tapi hari nie terajin sikit.yang belum makanmalam tu jom makan...

untuk bergedil nie akak;

3 biji kentang(buang kulit,potong baji goreng hingga masak)
1 mangkuk daging kisar ramly(pun akak goreng sebentar )
sedikit bawang goreng(anggaran sendiri)
daun sop (dihiris halus)
garam,lada sulah,dan perasa
telur dikocok untuk salaut masa menggorengbbergedil

cara...
kentang yang dah digoreng ditumbuk lumat,campurkan daging,bawang goreng,daun sop,gram,lada sulah dan perasa.gaulkan rata.kemudin kepalkan dah bentukan bulat.buat sehingga habis.kocokkan telur,masukkan bergedil yg dikepal tadi.goreng hingga garing...

Friday, July 31, 2009

Ayam goreng mamak style

Tengok kat umah suzi ayam nie..adeh terliur.jadi akak buat laa.mmg sodap kata org nogori..tak rugi buat.kerak keraknye mmg sedap..pas nie boleh laa buat selalu.terimakasih kat suzi dan ain atas resipi yang sedap ni.akak c/p ajer..mane tau ade yg nak cuba


bahan2:
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk serbuk cili kering brand baba's , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua - dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya - 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga - tiga
  • 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 1 biji lemon
  • 4 sb tairu (yogurt - yg plain tu)ni akaktukar kesusu cairperahkan limau kasturi..hehehekes takde tairu ler
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana - saya guna kepak ayam


Cara-cara


  1. blendkan bawang putih dan halia.
  2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak - kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak - kerak tepung yang rasanya ala - ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!

Thursday, July 16, 2009

Kari ayam dan ayam goreng

Malam tadi anak dara akak ngan hb akak yang gi pasarmalam beli lauk untuk 2 3 hari nie.tapi yang dibeli ayam seekor setengah.mak aii..jemu makan ayam nie.nak buat cam mana dia orang ni bukan pandai nak beli barang.errmmmm so pagi ni akak kenalah masak kari dan goreng ayam tuh.nak masak lain bahan tak de..
Ayam goreng ni akak goreng guna tepung serbaguna ayam jenama agromas.sedap juga laa..tapi kalau makan cicah ngan sos baru ngam.ingat nak goreng macam hasue tayang kat umah dia semalam.tapi malas nak mengisar bahan bahan.guna tepung serbaguna ni senangkan.

Friday, July 3, 2009

Semur Ayam

Ayam akak beli seekor.agak besar.sedang digoreng tapi masih berkira kira nak dimasak ape.anak akak yang sulong si Amira balik cepat hari nie.bapak dia gi tiga penjuru.jadi dapat laa balik cepat.dia suka makan ayam masak merah.mula ingat nak masak kari,tapi lama tak makan ayam masak kicap.tapi tadi masa hb nak keluar akak suh belikan kelapa parut,jadi akak terfikir elok gak buat semur ayam.ni satu lagi lauk orang jawa.hihihi biasa ler jawa ni mane mane pegi pun mesti nak masak masakan jawa.Semur ni lebihkurang cam ayam kicap biasa tuh tapi kena bubuh santan masak kena pekat sikit.tapi disebabkan tak de kuah masakan akak hari ni jadi akak tak tunggu hingga kuah ni pekat....jadi akak buat ayam semur ni dan juga ayam masak merah sekali.
1/2 ekor ayam(dibersihkan lumurkan kunyit dan garam kemudian digoreng 3/4 masak)
pes cili(lada kering+bawang merah+bawang putih dikisar halus-anggaran sendiri)
bawang merah (hiris bulat)
halia (hiris btg mancis)
kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam atau lada putih(mane mane Ok-akak guna lada putih)
santan dari 1/2 biji kelapa dalam 1 mangkuk
jus asam jawa
rempah tumis 3 beradik
garam,gula dan perasa

caranya;

Tumiskan rempah tumis,bawang merah dan halia hingga naik bau.Masukkan pes lada.kacau lagi.Kemudian masukkan kicap,santan,garam,gula,perasa dan jus asam jawa.biarkan mendidih dan kuah nya agak pekat.baru masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.kacau sebentar dan boleh lah diangkat..

Monday, June 22, 2009

Masak lemak kuning ayam wif nenas

letih benar ghase nyer hari nie..uwaaa..teruk tul cam bertahun puasa..jangan gelak tau!!harap esok tak seletih hari nie..masak ayam lagi hari nie..ntah ape nak dimasak pun tak tau.tengok kat esbok ade nenas lebih makan ngan laksa hari tu..hb gi pasar akak minta belikan tulang lembu tak lak buka hari ni gerai tu..jadi dia beli ayam..senang..separuh akak masak lemak ni separuh goreng..ni tgh pk nak masak ape yang istimewa buat berbuka ngan anak akak yang sulong nanti..ermmmm perah idea..makan bubur sedap ni kannnn!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails