Friday, June 25, 2010

Italian Sausage Pizza

sejak rajin menguli nie rasa kalau sehari tak menguli mesti rasa kekurangan..ecececeh..yea laa tukan..tapi memang betul tu..jadi akak buat pizza nie petang semalam..dapat dua ketui guna resipi nie..hah mcm makan kat pizza hut lak..biasalah kan..domino punya pizza tak pernah rasa..hehehe...sempat gak bagi dak Jah kat siam merasa buat makan masa berbuka posa laa semalam..pagi tadi buka sebok ade red ruby dia antor..terkezzzut kejap akak..eekkkk.....caya ker tu..alahai biasa lah jiran alam maya bagi jadi alam maya ajer laa merasa...okay jom tengok resipi yang akak guna buat pizza nie..memang mantoppp gitu..sendiri buat sendiri puji !!!kalau sesiapa teragak tu soweii laa yer alreadi pinish..kalau nak sana gi buat sendiri makan ramai2 pastu.

bahan bahan doh pizza:
  • 2 1/2 cawan tepung roti(kalau takde gantikan tepung gandum pun boleh)
  • 7gm yis kering
  • 1/2 camt.garam
  • 1/2camt gula castor
  • 1 cawan air
  • 2 camb.olive oil/minyak masak
  • sedikit oregano
  • 2 camb tepung suji(ditabur diatas loyang kalau mau pizza rangup)
cara-caranya:
  1. dalam mangkuk besar campurkan tepung,yis,gula,olive oil,oregano,garam.kacau sebati
  2. masukan sedikit sedikit air dan uli hingga jadi doh yang licin.
  3. perap hingga naik sekali ganda.
  4. bila telah naik,tumbuk2 doh..boleh laa dicanai.
  5. bubuh dalam pan pembakar. sapukan sos pasta dan taburkan bahan bahan taburan dan juga cheese
  6. bakar selama 25 minit hingga doh rangup dan cheese cair dalam suhu 210C
bahan bahan tabur:
  • 1 biji lada bengala(akak guna wane kuning)
  • 1 biji tomato (hiris nipis)
  • 6 ketui sausage
  • 1 biji bawang holland(hiris)
  • parutan keju mozarella
  • sos pasta(sos tomato+sos cili+1 biji bawang putih+oregano dan basil- masak hingga agak kering)

9 comments:

  1. salam kak as. piza ada lagi tak? nak sikittt!! nmpak so sedap!

    ReplyDelete
  2. oh kena tabur tepung suji ya nk bg ranggup? Wah! good suggestion ni Kak! emmm sedapnya..mencabar keimanan betul la pizza akak ni.

    ReplyDelete
  3. alahai kak..baru je habis salin resepi kuih kentang bakar dah ade resepi baru laa..plk . apa2 pun hari ahad ni saya nak cuba kuih kentang bakar dulu. Harap2 menjadi.

    ReplyDelete
  4. aduhai..kalaulah kat kedai punya bubuh topping byk2 mcm tu..adalah yg jadi peng"order" setia..hehehe..

    :-)

    ReplyDelete
  5. salm kakasma,
    semalam nampak piza kat rumah yatie, hari ni kat rumah akak pulak,

    ada baik hati campak lah sekeping kat sini..hehe

    ReplyDelete
  6. salam kak asma.
    memang betul kak, bila dah mula menguli, tiap2 hari rasa nak menguli.
    seronok kan dapat makan hasil tangan sendiri. takyah ke pizzahut dah.

    ReplyDelete
  7. tepung suji? payah dak nak jumpa? apapun nampak lazat betul pizza kak nih....

    ReplyDelete
  8. pssst kak loyang pizza tu cantik!

    ReplyDelete
  9. Sedap dan jimat. bila anak cakap, pak jom gi makan pizza.. apak pun jawab, jom !! walau pun masa tu gaji lom masuk lagi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails