Tuesday, June 22, 2010

Pizza Roti Ekspress

meh kita sarap pizza roti pagi nie..nak buat kulit pizza guna tepung tak sempat lagi..jadi pagi nie akak buat pizza roti ekspress untuk sarap anak anak akak.hari ahad lepas biras akak yang duduk kat semenyih kajang kirim bahan bahan dari kedai roti/kek.akak kirim tepung pau,tepung roti,mozarella cheese,oregano..dan ade satu dua lagi barang..almaklumlaa kat sana barang agak lebih murah.jom kita tengok camner akak buat nak.!!

bahan2:
  • roti gardenia
  • sebiji bawang holland hiris dadu kecil
  • sebiji tomato potong dadu
  • sedikit hirisan daging(digoreng sebentar)
  • mentega
  • oregano 
  • sos tomato dan sos cili(campurkan dan digaulkan taburkan oregano)
  • mozarella cheese
caranya:
  • sapukan mentega keatas roti.kemudaian sapukan sos tomato dan sos cili yang telah digaulkan,
  • taburkan bawang dan tomato juga daging.taburkan sedikit oregano
  • akhir sekali taburkan keju mozarella keatas bahan2 tadi.
  • bakar dalam suhu 170C selama 5-6 minit..
 
sebelum dibakar
 
ni yang dah siap dibakar siap untuk dingappp

3 comments:

  1. salam asma..semuga sihat sentiasa dan bergembira disamping keluarga tercinta...kite selalu gak buat pizza ekspres camni senang n rengkas ..anak2 pun suke..

    ReplyDelete
  2. hai kak...dari tadi nk post comment tak dpt.. ni tgh testing ni... testing 123

    ReplyDelete
  3. Datin EL,
    salam kembali..alhamdulilah kita sihat..tu laa mmg senangkan..anak2 pun suka.tu yg rajin sket..

    Miss Mirror,
    Laa nape yea..dah okay lum testtt 1234567890..hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails