Showing posts with label kuihmuih. Show all posts
Showing posts with label kuihmuih. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

CREAM PUFF

Assalamualaikum dan salam pagi selasa semua,

Hari ini akak nak berkongsi kisah akak buat cream puff .Akak pernah sekali buat puff nie..biasalah kan bila tak pernah buat dan tak tau skill macamana nak buat cream puff nie memang jadi kawan cik tong lah jawabnya.nasib baik masa buat tu akak buat dalam aduan yang sedikit.Orang lain dah tak heran dengan cream puff ni akak aja yang terheggeh heggeh nak buat.
Bila AZITA ZAIN datang rumah akak awal tahun ni dan bawa CF ni sebagai buah tangan,terus pasang niat nak menerai.carilah resipi yang memang berbaloi,puas akak jalan jalan..jumpa resipi ini..Dan kebetulan pulak akak ada menonton rancangan Bake with Anna Olson di AFC.jadi akak combinekan resipi maka terhasil lah Cf ini..
 Berbaloi membuatnya.akak buat dua perisa.satu gunakan whipped cream yang dicampurkan dengan kastad filling dan isi durian..lebihan membuat Durain crepe..dan kastad filling itu sendiri
Bahan2 nya:
  • 100 gm butter
  • 125 gm tepung roti
  • 250ml air
  • 3 biji telur
  • sedikit garam,gula dan esen vanila(ini akak tambah)
Caranya:
  1. didihkan air bersama butter,garam gula dan esen vanila.
  2. Bila dah mendidih padamkan api.masukkan tepung dan kacau bagi sebati.
  3. Letakan semula periuk diatas api yang perlahan,kacau adunan sehingga tidak lekat di periuk.
  4. Angkat dari api,biarkan sejuk sebentar.
  5. Bila telah sejuk masukkan telur satu persatu.Pukul guna whisk saja hingga aduan sebati.
  6. bolehlah dimasukkan kedalam piping bag yang diletakkan nozzle bentuk bintang atau bulat.
  7. Picitkan diatas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak.Jarakkan antara satu sama lain.
  8. amil sedikit air ciciahkan dengan hujung jari dan tekan diatas tanduk cream puff itu tadi.ada kaedah lain digunakan dengan spray atas puff itu tadi..
  9. Bakar suhu 220 darjah celcius selama 25 minit.
Untuk inti nya:
(KASTAD FILLING)cara ANNA OLSON 

  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula kastor (ketiga tiga bahan ini dikacau rata guna whisk)
  • 1 cawan susu segar 
  • 11/2 sudu teh esen vanila(renihkan diatas api yang kecil)
  •  3 sudu besar butter.(letakkan dalam mangkuk yang bersih)  
  • CARANYA:(susu dan esen direnihkan sebentar,angkat dari api,masukkan bahan yang telah diratakan dengan whisk tadi.Letakakn semula diatas  periuk double boiling.kacau hingga bahan sebati dan pekat.
  • angkat dan tapis diatas mangkuk yang berisi butter.tapiskan hingga hbis dan angkat tapisan dan kacau rata bahan dimasak dengan butter tadi.
  • tutup dengan plastik cling dan sejukkan sebelum dibubuh dalam puff tadi.yang ini untuk memudahkan bubuh dalam piping plastik.
  • boleh juga dicampurkan dengan jagung krim untuk rasa jagung yang lebih lazat..

Wednesday, January 23, 2013

KUIH LOPES

 Assalamualaikum semua dan salam pagi rabu.

Pagi ini akak tayang kuih LOPES yang menjadi kegemaran akak dan anak anak akak.kuih lopes ini banyak versi yang orang buat.tapi hari ni akak share resipi yang selalu arwah mak akak buat.Rasa lopes yang kenyal kenyal bila dimakan dan bau daun pisang memang sungguh menyelerakan masa makan.Ada versi kuih yang dikukus tapi pada akak kurang sikit rasa lopes yang sebenarnya
Untuk membuat lopes ni perlu ada kerajinan sedikit.Selain dari masa merendam nya yang lama,untuk membungkus kuih ini pun satu yang leceh..tapi bila dah siap,apatah lagi setelah dibalut dengan kelapa parut muda dan dimakan dengan air gula melaka.....memang tak ingat dunia rasanya..
Kuih lopes yang sebenar mestilah berbentuk segitiga....hehehe ikut acuan bentuk daun pisang yang kita guna untuk membalut pulut tadi.Mari kita tengok resipi yang akak buat.


KUIH LOPES(source dari SAJIAN SELERA KAKASMA)

BAHAN2:
  • 500 gm beras pulut  
  • 1 biji abu chang(bahan ini boleh dibeli di kedai sengseh)atau boleh digantikan dengan 2 sudi besar air alkeline atau air abu(yang nie boleh beli dikedai bakery)
  • daun pisang dan air secukupnya
  • daun pandan dan sedikit garam
  • Kelapa parut yang muda bubuh sedikit garam
  • air gula melaka(gula melaka sebiji dimasak bersama denga Secawan air,masak hingga gula larut.sejukkan)
Caranya:
  1. Pulut dicuci dan dibersihakn.Kemudian direndam semalam  bersama dengan abu chang atau air alkeline atau air abu.
  2. Setelah itu toskan pulut yang direndam.
  3. Bersihkan daun pisang,layurkan diatas api dan setelah itu lipat daun pisang bentuk segitiga,masukkan pulut tadi.isikan padat padat dan ikat ketat ketat bungkusan tadi ketat dengan tali sehingga menjadi betuk segitiga.buat dua tiga biji dan kemudian ikat dengan tali rafia  ketat2 agar semasa kita merebus pulut  ini tidak terkeluar..Buat sehingga habis..boleh rujuk gambar diatas macamana akak buat.
  4. Masukkan kedalam periuk dan isikan dengan air,bubuh daun pandan dan sedikit garam.
  5. Rebus dalam 3-4 jam atau sehingga pulut tadi benar benar masak.
  6. Bila telah masak keluarkan dari bungkusan,balutkan kuih dengan kelapa parut muda yang telah dibubuh sedikt garam.
  7. Hidangkan bersama dengan air gula melaka.

Monday, April 23, 2012

KUIH CARA BERLAUK DAN PAU MAURIPAN

Hari ni agak lewat sikit nak posting menu sarapan akak pagi semalam..ingatkan dah siap buat semalam nak postkan,tapi biasa nya kalau sabtu ahad nih memang tak dapat nak bersenang senang depan komputer..Kuih cara berlauk ni lama betul akak teringin nak menerai nya..memang sepanjang hidup inilah pertama kali akak membuatnya..tapi takde lah risau sangat sebab banyak resipi yang ada..tinggal nak ikut dan buat..

ikut resipi mudah sahaja.bahan nye sama macam kita nak buat roti jala.ada yang menggunakan santan,ada yang guna susu cair dan ada tu hanya menggunakan air biasa sahaja.tapi tetap menjadi..hanya rasa saja yang membuat kuih ini berlainan..lain orang lain cara penyediaannya..masa buat semalam yang ada cuma susu cair.akak ingatkan santan kotak akak ada lagi.tapi bila tengok dah tak ada rupanya..sebagai jalan penyelesaian akak gunakan susu cair..kalau ikutkan nak lembut kuih nie kena banyakkan penggunaaan telur..tapi masalah nya anak akak sorang tu kalau kuih ada bau telur aje dia nak keluarkan segala galanya..tu yang malas tu,jadi akak hanya guna sebiji sahaja telur...

resipi dari myresipi oleh Kak IZAN

Bahan-bahan ( 60 keping )

  • Bahan Intinya:-
  • 500 gm daging cincang ( akak guna isi ayam)
  • 3 sb rempah kari
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang kecil
  • 1 inci halia dan garam secukup rasa
  • 100 gm udang kering (tak bubuh)

  • Bahan hiasannya:-
  • Daun sup dan bawang
  • lada merah secukupnya
  • Daun sup dan bawang di racik halus,lada merah dipotong serong nipis-nipis 

  • Bahan Adunanya:-
  • 500 gm tepung gandum
  • 1/2 tin susu cair Ideal
  • 2 tin air masak sejuk
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sk perwarna kuning
  • Garam secukup rasa 

Cara-cara

  1. Blender bawang putih,merah,halia dan rempah kari hingga halus dan blender udang kering sekadar hancur aje berasingan.
  2. Panaskan kuali masukan minyak sesenduk dan tumis bahan blender hingga naik bau dan masukan daging cincang tambah air kacau selalu bila hampir kering letakan garam dan kacau hingga kering,ketepikan
  3. Masukan dlm blender susu cair,telur.garam,tepung,perwarna kuning dan tambahkan 1 tin air masak sejuk blender hingga halus kalau pekat tambah air sikit-sikit dulu adunan tidak terlalu pekat dan cair sedang saja.
  4. Panaskan acuan kuih cara diatas dapur dengan api kecil bila dah panas sapukan minyak dalam acuan dan tuankan adunan tepung 3/4 penuh dan letakan intinya ditengah dan letakan sepotong lada merah dan taburkan daun bawang dan sup tutup acuan dan biarkan dalam masa 3-4 minit atau pun cukup masak.Angkat dan sedia di makan.

petangnya pulak akak buat pau ni.

resipi guna yang kat kertas dalam kotak yis mauripan..saja mengetest..jadi dengan jaya nya..akak buat tak banyak dalam 350gm tepung gandum ajer..dan tambahkan penggunaan putih telur dan sedikit cuka..dan tak bubuhpun baking powder...memang lembut dan gebu..


Wednesday, April 18, 2012

Gelang Emas Bertatah Berlian

 Ee..eh....cantik nyer kuih mak!"....bersinar sinar macam apa tu mak..yang mak uda pakai kat tangan..tu anak akak Acid yang tanya bila akak siap goreng kuih ini.warna keemasan dari keledek oren yang akak gunakan membuatkan kuih nih cantik..

akak kata gelang emas!..kebetulan akak malas nak buatkan sira gula pada kuih ni,akak hanya golekkan atas gula kastor..jadi macam donut pulak..tapi bila dah malas apa apa pun jadikan..Sebenarnya akak buat tak banyak,sebab hanya lebihan dari cucur badak yang akak buat sebab ada sorang kawan akak nak merasa cucur badak airtangan akak...
Pagi tadi nampak CT Delima tayang cucur badak..kira geng laa tukan..resipi akak main taram aja..sebab akak tak tau berapa gram keledek yang akak guna..tepung gandum pun main campak,dan bubuhkan sedikit tepung ubi....uli hingga tak lekat kat mangkuk adunan..masa nak buat bubuh sikit minyak masak kat tangan..jadi tak lekat dan senang dibentuk..

Friday, April 13, 2012

SAMOSA

 salam jumaat yang penuh barakah,

Pagi ni akak gorengkan lagi samosa yang akak buat semalam.Memang buat lebih pun..akak cuba nak buat frozen dan jual pada kawan kawan ditempat akak.walaupun baru akak harap yang dah merasa tu berpuas hati..tapi kawan kawan alam maya tak dapat laa merasa yea..almaklum lah kita nie tengok kuih dalam skrin aje..


 Okay laa jom laa kita layan samosa akak nih..resipi kawan alammaya akak yang bagi..siapa lagi kalau bukan CIK CENDANA KASIH aka NOORMA..akak biasa panggey dia MAA aje..dia ikhlas hati bg resipi nie bila akak tanya.Terimakasih banyak ya Maa.budi dan jasa mu ku kenang.
Resipi mudah aje...cuma perlukan kulit popia,akak guna jenama PERTAMA dan kalau tak ada guna KG pun boleh.gunting kan kepada tiga bahagian.lapikkan satu keping dengan sekeping lagi dengan sedikit gam dan bolehlaa dilipat menjadi segitiga.kalau kita guna sekeping aje nanti tak cantik masa nak melipat bentuk..berdasarkan pengalaman akak nie yea...

REsipi Samosa:
Dibuat oleh SELERA KAKASMA

BAHANnya:
  •  Sebungkus kulit popia
  • tepung gandum dicampurkan dengan air(GAM)
BAHAN inti:
  • 5 biji kentang yang besar
  • 1 bungkus rempah kurma
  • semangkuk cincangan daging ayam /lembu(akak guna ayam)
  • 1 labu bawang besar(potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih cincang halus
  • sedikit halia(kalau suka)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam dan lada putih(kalu kurang boleh tambah-ikut kesesuaian rasa)
  • sedikit cincang daun sop
  •  garam dan perasa.
Caranya:
  • Kentang dibersihkan dan dipotong dadu.kemudian direbus hingga agak empuk.
  • panaskan kuali,tumiskan bawang hingga layu,masukkan rempah kurma kacau sebentar.
  • kemudian masukkan sedikit air,daging ayam?lembu tadi.masak hingga daging lembut,masukkan garam perasa dan kentang yang telah direbus tai.
  • Gaul rata dan perasakan.akhir sekali masukkan daun sop.
  • matikan api dan sejukkan dahulu.

Wednesday, April 4, 2012

BINGKA KRAKERS

Salam pagi Rabu yang dingin dan menyegarkan..Dari petang hingga bawa kepagi kat tempat akak hujan..Lama dah tak merasa hujan pagi hari..seronok tidur...tapi bila dah cuaca begini perut pun asyik berbunyi bunyi minta diisi..
 Semalam CT Delima tayang bingka crakers nih yang dibubuh dengan jagung..mesti lagi sedap..akak suka kalau kuih yang ada jagung jagung nie.tapi bingka krakers akak ni biasa ajer..cuma masa nak buat bingka nih akak tak perasan tepung gandum tinggal sedikit..bila disukat laa tak sampai pun 85gm.jadi masa membancuh adunan nie akak campurkan sekali sedikit tepung kastard dan tepung jagung..jadi tak perlu lah bubuh pewarna kuning..akak bakar garing sikit sebab kuih nih kegemaran hb akak..bila balik kerja Isnin lepas,nampak akak hidangkan kuih nih hb akak siap kata bagus bagus...yang garing tu dia suka..
Jadi akak dah sertai marathon membuat bingka nih...resipi merbeles nie dari kh267tm@myresipi..terimakasih pada penyumbang resipi yang sedap ini..dan akak biasa lerrr copy manjang..hihihi masa buat tu hanya salin steno ajer...jadi hari nih amek dari rumah HANA kuantan..



BINGKA BISKUT CRACKERS
resepi asal : kh267tm@myresipi.com
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum(letak tepung kastard dan tepung jagung)
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur(2 biji aja)
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit (akak bubuh santan dan susu cair dan sedikit air yang menjadikan jumlah 710ml)
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter(akak guna minyak jagung)
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning(tak letak)
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.

Thursday, March 29, 2012

PAU 3S (MAZ ILHAM DAPUR)

 Bila petang mesti nak ada kudapan untuk makan petangkan.tak kira kuih yang mudah ataupun perlukan kesabaran untuk membuatnya...selalu pening kepala apa nak buat.nak nak bila bahan nak buat ada.petang semalam teragak nak buat pau.tapi tepung pau lak tak ada.

Baru teringat resipi Pau 3S dari Maz ILHAM DAPUR,sebab boleh guna tepung gandum saja.tengok ramai dah mencuba dan hasilnya ramai yang kata ok.jadi akak menguli laa..memang betul.kejap ajer licin kebetulan buat tak banyak...makan tengah panas panas ..wallaaa..

jadi kalau tak de tepung pau jangan risau kita masih boleh membuatnya..akak buat dua inti..kelapa dan kacang merah...Terimakasih yer Maz atas resipi main main Maz nie..hasilnya sangat tak mengecewakan..
akak copy dari rumah Dzana resipi nih..mana tau ada nak cubakan


PAU 3S(Sumber : ILHAM DAPUR )
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 120ml air sedikit suam (anggaran sahaja) saya letak sikit2 sehingga doh bgumpal shj)
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau

Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.





Tuesday, March 27, 2012

Murtabak Daging Segera

 Anak anak suka betul makan murtabak.kalau pergi pasar tani mesti pesan belikan murtabak.kalau beli sampai 4 keping tu pun tak cukup lagi.jadi bila masak kari cuti semalam akak buat laa murtabak segera resipi minami133@myresipi.tengok ramai yang buat.lagipun guna kulit popia senang sikit.tak payanh nak menebar nebar tepungkan.

 

Tak rugi buat,sambil digoreng sambil makan..lepas nie akak nak buat bingka yang bakal hot dipasaran..hehehehe bingka sekut..tengok Mas pun dah tayang tadi..sama kita Mas suka bingka..

 

Resipi:Minami133@myresipi

 

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


Thursday, March 15, 2012

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

 Salam pagi Khamis ....Alhamdulilah pagi nie berkesempatan nak ajak semua makan jemput jemput berkentang nih.Lama tul tak berkongsi resipi resipi yang dah akak masak.sayang nya semua gambar gambar yang akak amek dah hilang bersama rosaknya komputer yang selalu akak dan keluarga gunakan.yang nih lappy second hand hb akak hadiahkan sempena birthday.jadinya tak banyak gambar gambar yang tersimpan difolder...tu pasal akak tak dapat nak meluangkan masa kat rumah alamaya nih..walaupun gitu akak ada juga berkunjung kerumah kawan kawan yang ada.

Dan pada yang memberikan komen pada entri acar telur puyuh dibawah terimakasih yer..nanti akak datang kunjung balas...
Jremput jemput nih senang ajer bahan nya tapi amat lembut,dah sejuk pun masih lembut..selalu akak buat gunakan nasi sejuk yang dikisar bersama dengan bawang merah.kali nih akak try guna kentang pulak.Meh kita tengok camner nak buat...kalau nak ubah dari bilis ke udang pun boleh...

JEMPUT JEMPUT BILIS BERKENTANG

  • sebiji kentang yang sederhana besar
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • segengam ikan bilis 
  • 2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam dan perasa
  • air untuk mengadun
Cara caranya:

  • Kentang dibersihkan dan dipotong kiub rebus dengan air hingga empuk.simpan air rebusan kentang.
  • dalam mangkuk satukan bawang,ikan bilis,garam dan perasa.gaul sebati.
  • kemudian masukkan kentang bersama dengan air rebusan tadi..elok kalau masih panas.
  • kacau rata dan  boleh lah digoreng.
  • enak dimakan bersama sos...tapi akak suka cicah dengan sambal kicap..

Wednesday, February 22, 2012

KARIPAP PUSAR@PUSING

Bila lama tak muncul disini,ada yang bertanya kabar..itulah bila dah sibuk,ditambah pulak dengan kesihatan yang kurang baik....jadi usaha untuk menupdate kat sini jadi malas..buka laptop akak hanya tengok2 blog melawat teman2,ada yang tinggal jejak ada yang silent reader ajer....
 Terimakasih pada sudi datang berkunjung kesini..dan terlanjur tu saja nak bercerita kat sini,dalam masa bercuti2 nie,kawan blogger akak iaitu Cik Puan AZITA ZAIN,telah sudi datang berkunjung kerumah akak dirembau nie.kebetulan Zita dan keluarga ke senawang untuk menghantar anak ketiga beliau ke SDAR..sekolah berasrama penuh..kebetulan sekolah tu tak jauh dari rumah akak..bila dia kata nak kesitu akak pelawa Zita datang rumah akak.hari tu akak buatkan Mee tomato,rojak ulek dan puding roti sebagai hidangan.terimakasih yea Zita sudi datang rumah akak...nak tunjuk pic laa hai gambar tak terang pulak...
Okay laa kita tengok pulak menu pagi ni.akak buat karipap pusar nie lepas tengok AYU tayang karipap nie.akak memang antu karipap.resipi nie ayu amek dari rumah SERI karipap pusing..akak dah pernah buat dulu tapi karipap yang ini memikat akak sebab textur kulitnya yang garing dan bila digorng cantik ajer..tak banyak serdak yang tinggal..memang berkenan betul...buat SERI dan AYU terimakasih berkongsi resipi ini..dan akak salin resipi nie semula senang nak buat rujukan bila nak buat nanti...untuk inti nya akak buat inti kentang dan ayam....

Resepi Epok-epok Pusing @ Karipap Pusing
Sumber:- resepi emak kite
Sources:-From Seri@Epok-Epok Pusing


Bahan A (Doh Minyak)

150 g tepung gandum

12 sb minyak makan (dipanaskan)


(Bahan digaul sebati hingga boleh dikepal bulat dapat dalam 10 biji)

Bahan B (Doh Biasa)

250g tepung gandum

6 sb minyak makan (dipanaskan)

sedikit garam

air secukupnya


(Bahan B juga digaul sebati hingga boleh dikepal bulat..doh ini besar sedikit dari doh A, juga dapat 10 biji)
* mak bilang minyak yang dipanaskan tu untuk dapatkan epok-epok yang garing..


Monday, January 9, 2012

KERIA KELEDEK DAN CUCUR BADAK

 Petang petang hari akak tayang kuih yang paling senang nak buat.kalau rajin semua bolehkan..bahan cuma keledek dan tepung gandum campurkan sikit tepung ubi..
 Cucur badak nih pulak kena laa merajinkan diri buat inti serunding pulak.buat banyak sikit inti senang lain kali kalau nak buat tinggal buat.
 dah siap goreng..tinggal nak sira keria pulak...sebenarnya nampak kat rumah kak wan ,terus buat..tapi kena laa cari bahan dulu ya

dah siap...jemput makan.....resipinya nnti akak masukkan yer...nak buat kopi jap!!!!

Friday, May 27, 2011

YUMMY DONUT

 Meh semua datang umah akak.bawa ler tupperware ke tipuware ke,ada donut pagi nih.lembut ajer donut yang akak buat.resipi dari rumah MAMAFAMI.Mama punya source dari Rima.akak buat pun sebab tepung roti ada separuh lagi.jadi saja nak cuba resipi yang guna tepung roti.
 tergoreng geseng sket.maklumlah tukang kacau ada,nak berdukung laa,tak mau diletak..sape lagi kalau bukan sitecik Umar.Resipi kat sini yer.Terimakasih MAMAFAMI dan juga RIMA.akak ada satu lagi resipi tapi tu nanti nak cuba juga.resipi dari MISS MIRROR SINI
YUMMY DONUTS
Posted by : MamaFaMi
Source : Rima of Bisous A Toi

Ingredients :
(A)
500g high protein flour - bread flour
100g sugar
11g instant yeast
4 egg yolks
200 ml water

(B)
100g butter / margarine
1 tsp salt

White Cooking Chocolate - melted
Cooking chocolate - melted
Sprinkles

Method :

Stir ingredients A, knead until lumpy, add ingredients B, continue to knead until smooth elastic.
Rest dough for 10 minutes.. divide dough into several balls weighing 40g each.
Rest for a further 20 minutes.
Punch a hole through the middle, then fry until cooked. Drain. Chill.
Dip one side surface of the donut in the melted chocolate, sprinkle almond.
Place donut in fridge to harden chocolate..

Thursday, February 24, 2011

Talam Berlauk

akak suka makan kuih talam.tapi sayang nya dah berapa kali buat talam asyik jadi upside down..sampai dah jadi takut nak buat..cari idea baik nak buat kuih talam yg tak berlapis..senangkan.jadi akak bila google dapat resipi nie..salin ajer kat kertas cam setiausaha..(phm phm ajer kalau setiausaha,semua ringkas2 ajer)..jadi akak tak jumpa kat mana akak amek resipi nie..tapi memang sedap laa akak rasa,dengan lemak2 santan,ada udang dan makan ngan sos...nanti laa akak cuba google balik untuk resipi nyer ya...
Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan
Bancuh kesemua bahan ini.
250 gram udang basah goreng sehingga masak
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng
Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian
1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.
SOS
Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

Thursday, August 12, 2010

Kuih Lopes

 salam ramadan,hari ni akak bg idea pada sapa yang pening nak buat aper tuk berbuka nanti.gilah dapur kalau ada pulut tu rendamlah kejap.sempat lagi kalau nak buat.berbuka manis manis gini sedap gitu...
 resipi akak amek dari umah kak Rusnah  disini

Bahan bahan:
* Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
* pati dari air perahan daun pandan + sedikit pewarna hijau epal
*1 sudu besar air kapur (ni akak ganti dengan air abu soda)
*daun pisang
*tali rafia
* kelapa parut + garam
* air sirap gula merah/gula melaka


Cara buatnya:

1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan,air kapur dan pewarna hijau.
2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat juga di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
5. Bila siap semua, rebuslah selama 1 - 2 jam.
6. Toskan dan biarkan sejuk baru dipotong dan disalut dengan kelapa + garam
7.Potong menggunakan benang yang diregang.
8.Sedap sangat dimakan pula dengan sirap gula merah.
9.Bungkusan pulutnya yang didalam daun pisang tu boleh tahan 3 hari sebab
adunannya tidak dimasukkan santan

 cuba jangan tak cuba.....
 Selamat berbuka puasa,semuga puasa kita hari ini diberkati



Saturday, July 24, 2010

Kuih Lapis

 kuih lapis nie pun banyak versi resipinya kan.Biras akak ada bagiresipi kuih muih masa dia ada line tenet lama dulu.masa tu akak lum ada lagi line.jadi kalau teragak nak buat kuih akak refer ajer kat situ.ada yang dah akak buat dulu dulu..bila teragak nak buat kuih lapis ni semalam akak cuba guna resipi dari situ..jadi inilah hasilnya..dan akak cuba guna loyang biasa tanpa guna acuan yang ceconet2 yang selalu akak guna.pergh memang menguji kesabaran tul.nak motong kuih nie..kalau nak tau hanya ini saja yang dapat diselamatkan..
resipi asal dari fatimah mahmud
Restoren PakAmir(pencuci mulut 2000)
Bahan bahan:(buat separuh aja dari adunan asal)
  • 920ml santan pekat(dalam 5 cawan)
  • 400ml santan cair(2 cawan)
  • 300gm gula pasir(1 1/2 cawan)
  • 4 helai daun pandan
  • 150gm tepung beras
  • 150gm tepung ubi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen ros*
  • pewarna merah* (*gantikan dengan syrup rose)
  • *akak tambahkan 1cawan tepung gandum dan 2 sudu tepung jagung(kurangkan tepung ubi)
caranya:
  1. masakkan santan pekat dengan gula dan daun pandan sampai mendidih.biarkan sejuk
  2. santan cair,tepung beras,tepung kanji dan esen ros dikacau rata.
  3. masukkan santan pekat yang telah suam suam kuku tdai.kacau rata lagi.
  4. bahagikan kepada dua adunan.satu dibubuh pewarna ,satu dibiarkan kosong.
  5. kukus selapis lapis hingga habis.
  6. setiap kukusan dalam 5-6 minit
  7. biarkan sejuk sebelum dipotong..

Wednesday, July 14, 2010

Pau Mini Resipi 2....Jangan boring lak yer

 jangan cakap apa apa yer..asyik benar akak tayang pau..sama cam karipap,kuih lapis atau talam memang banyak versi resipi..jadi kena laa cuba mana yang terjumpa.barulah kita tau man yang okay mana yang idakkan..nnti idak ler stick kat satu ajer resipi..akak pulak suka cuba cuba..lepas tu lupa resipi mana yang sedap..uwaaaa padan ngan muka ..tetapi sebelum membeel panajng akak nak ucapkan terimakasih pada yang mendoakan kesembuhan sakit akak..hari nie rasa ringan sikit kepala..dah telan ubat biasalaakan..dan dah cuba gak buat seperti Izah Daut cadangkan..cuma lum makan kerang atau hati ayam mcm yang Ena dari Lovely kitchen suh makan..lum ade gi pasar lagi laa Ena..nnti gi pasar akak nak cari..akak setakat nie semua belasah ajer..no tolak2..asalkan halalan toiyibban...
 Resipi kali nie akak cuba guna tepung gandum dan dicampurkan dengan wheat starch..yang nie mmg agak kebetulan..masa tengok resipi kat rumah Bdria disini ada letak tepung nie.masa gi beli barang dapur akak nampak tepung nie(biasalaa suka membelek2)tapi tak amek sebab tak tau apa nak buat dengan tepung nie..masa jengah blog bdria nampak resipi nie ade bubuh tepung kanji nie..pegi lagi supa akak terus sambr ajerlaa.then semalam akak cuba buat guna resipi nie..jadi inilah hasil dari percubaan chef Kakasma kat dapur semalam..harus buat lagi nie..jadi kalau harus ape maknya yerk!!!
Pau mini
Sumber: Majalah Sedap bil 24

Source:Jurnal resipi Bdria

Bahan kulit

  • 250gm tepung gandum
  • 65gm tepung tang mien (wheat starch)
  • 50gm gula aising
  • 20gm susu tepung
  • 6 gm yis segera (mauripan)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking soda)
  • 1 biji telur putih
  • 30gm mentega putih (shortening)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150gm air sejuk (Kurangkan kepada 100ml/110ml jika mengunakan tepung hong kong)


Note: Saya mengunakan tepung hong kong sepenuhnya. oleh itu air sejuk harus dikurangkan sebanyak 40ml. Masukkan air sedikit demi sedikit terlebih dahulu supaya bancuhan tidak terlelu lembik.
Cara membuatnya:
  1. Kulit. Campurkan tepung gandum, tepung tang mien, gula aising, susu tepung, yis segera dan serbuk penaik. Kacau rata
  2. Masukkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh licin. Masukkan shortening dan garam. Uli sehingga menjadi elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit.
  3. Kempiskan adunan. Timbang setiap bahagian adunan seberat 15 gram dalam bentuk bulat (ini jika anda ingin membuat pau mini). Biarkan selama 10 minit.
  4. Leperkan adunan. Masukkan inti. Bentukkan bunga dan pintal diatasnya. letakkan diatas kertas minyak atau kertas putih yg disapu dengan sedikit shortening. Biarkan selama 45 minit sehingga kembang.
  5. Kukus selama 8 minit dengan api besar sehingga masak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails