Tuesday, June 29, 2010

Bun Gula Merah/Perang


salam pagi selasa semua..tiga hari akak tak dapat nak posting ape ape..sib baik hp dah okay dapat laa nak snap pic bun nie..kalau idak memang sampai bila gaknya baru dapat buat posting.silap silap haribulan mungkin akak kena berehat terus dari berblogging nie..yelahkan..nak posting apekan..takkan nak pinjam pacik google ajer..jadi pagi ni tayang ler bun gula merah yang akak buat semalam.hari tu janji ngan ROS nak try buat bun nie..tapi tak dapat nak tunjukkan hasil nya..akak doakan semoga Ros segera sembuh dan selamat semuanya.
Bun nie akak buat dua versi..satu terpaksa dibubuh inti lagi..anak anak bila akak kata nak bubuh kismis ajer semua tak gitu suka..jadi separuh akak buat letak kismis,separuh bubuh inti..akak pun sama cam IKA guna gula perang..heeeheee derhaka sikit..bukan aper dah sampai umah baru perasan guna gula merah..sib baik ade gula perang...maceh buat Ros atas resipi yang sedap nie..akak c/p dari umah Ika..yang memang rajin sungguh buat roti nie..tapi roti akak tak secantik Ros ngan Ika buat...

 
sebelum dibakar
BUN GULA MERAH/PERANG

Bahan-bahanya-sumber resepi ros@jintanmanis.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
180gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar skim milk@susu tepung
3-4 sudu besar gula merah
100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam
40gram butter
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
50 ml air
1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)>>Guna WR

bahan sampingan

1/3 cawan kismis hitam

Cara-caranya ( uli tangan)
1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.
2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.

3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.
5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.
KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)
- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.
5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.


NOTA AKAK:masa menguli adunan ini memang agak lembik sikit,jadi akak tambah sikit lagi tepung hingga boleh diuli..jadi akak dah pikir air yang 50ml tu kena skip,gunakan air dari 100ml sahaja untuk melarutkan gula merah..tapi kalau guna gula perang tak payah dimasak..just letak ajer dalam adunan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails