Wednesday, May 2, 2012

AYAM MADU TIGA



Assalamualaikum pada pengunjung SELERA KAKASMA,
pagi ini akak cuba masukkan menu ayam yang akak masak semalam..bergandingan dengan Nasi Ayam.
cuti hari pekerja hanya untuk orang berkerja ya,kita nie sebagai surirumah tak ada istilah cutikan.kalau bercuti tak berasap dapur dan kena berpuasa laa seisi rumah.jadi sempena cuti semalam akak masak hidangan ringkas aje.setelah dibuat undian seisi rumah setuju untuk akak masak nasi ayam sahaja..
Kalau digoreng gitu sahaja kena laa buat sambal cukakan.jadi akak fikir elok akak masak sekali ayam ini dengan sambal..senang..just nasi,sup,ayam sambal dan ulam2 pelengkap.

Akak masak Ayam Madu Tiga hasil experimen kat dapur semalam.tanya semua anak2 dan hb kata ok..sedap!!jadi hari ini akak share laa resipi akak yang terkini..hihihihi..kalau nak cuba sila laa jangan segan2..


 

resipi AYAM MADU TIGA
Source: SELERA KAKASMA

Bahan2nya:

  • ayam yang telah dibersihkan bahagikan kepad 16 bahagian
  • 20 biji cili kering(jadikan pes cili)*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar(mayang bulat)
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • sedikit halia,lengkuas dan sebatang serai *(bhn bertanda* dikisar halus)
  • 3 sudu besar cili sos dan tomato sos
  • 5 sudu besar madu
  • sebiji tomato dipotong bulat
  • kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit gula,garam dan perasa.
  • sedikit perahan limau kasturi
Cara2nya:
  • ayam yang telah dibersihkan dilumurkan dengan sedikit kunyit serbuk dan garam.kemudian digoreng hingga habis,ketepikan.
  • dalam kuali bersih,panaskan minyak dan tumiskan bawang besardan bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan mesra.masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
  • bila dah naik minyak tu masukkan sos cili dan tomato,dan diikuti dengan garam,gula dan perasa.gaul bagi sebati dan akhir sekali masukkan madu .
  • gaul lagi dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi..sebatikan..baru masukkan air limau kasturi.
  • kalau nak sedap masukkan hirisan daun sop dan tomato yang dipotong bulat,
 

24 comments:

  1. Kak Asma, bahaya ni ayam madu tiga....hehe....tapi sedap ek?

    ReplyDelete
  2. salam akak...anak saya yang no 2 tu mesti suka ayam ni, sbb ada sos tomato dan manis2...nanti nk cuba laa...

    ReplyDelete
  3. Salam kakasma!! dtg bwk piring kosong nak mintak lauk ayam madu tiga ni ya :D nama dia sensitip gituuu kalau org2 pompuan dgr hihihi...

    ReplyDelete
  4. salam k.asma...
    selalu jugak masak ayam cara gini..cuma tak pernah letak madu..mesti lagi sedap n pekat kan..nk try lah buat..

    ReplyDelete
  5. salam kak asma.. wahh! rajin! dh masak nasi ayam, buat lg ayam sambal. kalau tun just goreng atau bakar je ayam tu. kalau ayam sambal pastu pedas2 ni mmg tun suka.

    ReplyDelete
  6. mengancamnya ayam tu kak..
    terliur nengoknya...

    ReplyDelete
  7. Assalam & Salam kenal dan kunjung balas buat Kak Asma. terima kasih sudi singgah ke dapur sempit Watie tu....Hrmmm baca pada bahan2 resepi ni Kak seakan-akan yg Watie pernah buat...cuma resepi Watie biasanya tak bersukatan....dan Watie tambah sikit sos tiram...yang pasti...namanya Ayam Madu...tak terjangkau dik Akal Watie nak tambah TIGA kat hujung tu...ngeri kak!Anak2 suka ni...Watie jer yg tak makan ayam!Anyway...moga perkenalan ini kekal berpanjangan..Amin!

    ReplyDelete
  8. Kak Asma...
    Rugi tak singgah semalam. Kalau tidak, tentu dapat makan ayam madu tiga ni...hihihi

    ReplyDelete
  9. salam kak asma..
    dah tertinggal bas kita nie.he hehe kebzian cikit kak...sedapnya kak..melelh air liur nie..:)seindah namanya ha hhaa

    ReplyDelete
  10. Kelas nama ayam ni kak hahaha..
    Tak rela hokehh!
    Sabtu kalau datang, bawak ayam ni sekali tau kak:)

    ReplyDelete
  11. Salam Asma......mmmmm pasti sedap ayam ni....walaupun ayamnya MADU TIGA pasti rasanya MASAM-MASAM MANIS tak gitu.....dan pastinya sedap tak pahit kannnn?

    ReplyDelete
  12. dah lama takde stok madu di rumah. kite selalu beli yang original dari hutan tu. kat sabah masih murah.boleh dapat rm20 sebotol besar. tapi skrg mcm dah xde org jual madu tu. kene beli madu giant la jawabnya.

    ReplyDelete
  13. SAlam Kak Asma datang dah lewat ada lagi tak ayam madu tiga tu?? kalau tak ada terpaksalah pulang dengan perut kosong.. sarapan pun belum lagi ni Kak Asma.... muahzzz

    ReplyDelete
  14. haha elok sgt la kak..baru beli madu tghr tadi...
    esok siap ko ayammm....tq kak asma

    ReplyDelete
  15. aslmkum kakasma.... lmbt dtg ni.. tentu dah abis.. msk ape hr ni..

    ReplyDelete
  16. Assalam kak, sedapnya tgk ayam masak gini...kalau mkn nasi sure bertambah-nasi ni..hehe

    ReplyDelete
  17. Salam k.Asma.Dtg jamu mata dg ayam masak madu k.Asma....letak madu tu yg menambah rasa sedap ayam....

    ReplyDelete
  18. mbak yu kaget ku dengan tajuknya muahhahaha ,musti sedap ni mbak yu

    ReplyDelete
  19. Salam Kak,
    takut dengar namanya... tapi, bagus ya... ringkas, x banyak kerja..

    ReplyDelete
  20. Assalam kak asma,
    wah ada ayam madu tiga ... butang baju aku mana pah?..
    hahaha....mesti sedap ayam madu tiga ni dari madu 2 kan kak ..hahhaa..

    ReplyDelete
  21. wahhh nama menu je dh mnggoda..hehehe

    simple n harus di try gak nih.. ;)

    ReplyDelete
  22. Salam Kak Asma...sedapnya tgk kuah dia yang pekat2 ni...tapi nama dia...fuhhhhhh.....

    ReplyDelete
  23. Salam kak...ayam madu takpe kan..lgi sdppp...jgn madu lain kan..kan...muahh..sori kak bru brksmptan buat knjgan bls...bertapa lama benorr...ni bru nk msuk gear 1...hehee..kak sklrga apa kbar..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails