Tuesday, January 31, 2012

NASI MINYAK N THE GANG


 Inilah hidangan untuk menzipkan mulut anak2 kat rumah sempena cuti kelmarin.kebetulan ada adek ipar datang bertandang,jadi kira cantik laa kan.tapi yang kelakarnya akak tak amek gambar cantik cantik.malu dengan adek ipar.yelah kan diarang tak tau akak ada blog nih..jadi jangan terkejut semua piuk kuali bagai kuar yoo.
 nak resipi untuk dalca nie,,,semua orang pandai buatkan...
 ni pencuk lagi senang akak hiriskan nenas,timun,bawang merah kecil,lada merah dan hijau.gaul rata masukkan sedikit garam dan gula.perahakn limau kaasturi...siap

Ayam masak merah nie dah ada resipinya,cuma akak tambahkan daun pandan masa menumis..bau wangi dan ada kelainan pada rasanya,
Nasi minyak ni pueh cari resipi yang sesuai,akhirnya jumpa kat rumah Hana.resipi dari mr.dayat.Hana kata sedap,jadi akak pun ikut aje laa resipi nih.memang betul...cubalah pada sape yang nak masak nasi nih bila bila nanti.


Bahan-bahan
  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
Cara-cara
  1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan. -

Monday, January 30, 2012

RANCANGAN APAKATAWANITA...ZAMZARINA dan BLOG KAKASMA

Assalamualaikum semua,lama juga akak tak dapat bersiaran kat blog vogue akak nie,bila cuti akak pun terpaksa bercuti dari duduk menghadap lappy,banyak hal kena bereskan,terutama nya hal menambahkan lemak2 dan zip mulut anak anak dengan menu menu yang menjadi keinginan tekak diarang,dah siap masak ada yang akak tonggeng tonggeng amek gambar ada yang tak sempat,,jadi untuk resipi akak akak masukkan nanti yer.cuma pagi nie akak nak kongsi sikit cerita kelako pun ada,seronok pun ada.TApi tak ada pulak niat nak menunjuk nunjuk atau berbangga.saja nak kongsi cerita kat sini
Akak suka tengok rancangan AKW Zamzarina kat tv1 setiap ahad,Nak dijadikan cerita masa menonton rancangan nih ada dikabarkan pasal Blog Pilihan,pada yang berminat boleh laa menghantar email pada zamzarina,habis rancangan akak pun dengan penuh semangat taiplah email,dengan harapan nanti blog akak jadi blog pilihan,hihihihi,,,akak tau laa blog akak tak seberapa jika dibandingkan dengan blog blog masakan yang dah femes,punya ramai pengikut.kalau tengok blog akak nih takde yang istimewa,yelah akak buat blog pun sebab suka suka,dapat kenal ramai kawan2.
Petang semalam bila akak buka blog ramai yang masuk dan tengok blog akak,terkejut juga,Bila ILAHJY mesej kat inbox kata blog akak masuk rancangan tu,memang akak terkejut sungguh,sebab akak tak tengok pulak rancangan tu semalam.Anak akak sibuk nak tengok pesona 3 kat tv3.Frust betul.!!! dan yang kelako nya penerbit rancangan nih ada antar email kat akak bgtau pasal blog akak akan dikeudarakan semalam.tapi tak per jumaat nih ada ulangan.dapat laa akak tengok nanti,insyaALLAH.
pada yang berminat nak sertai rancangan tu jangan lupa tonton rancangan ini setiap ahad jam tiga petang ditv1 dan siaran ulangan jam1 petang ditv2.

Friday, January 20, 2012

RENDANG AYAM




Dah petang baru sempat nak letak lauk rendang akak kat sini..banyak kerja nak dibuat..sib baik Izah datang tanya..kalau idak sok kot baru dapat merasa rendang akak nie..tu laa kalau dah ada kerisek senang ajer nak buat


resipi rendang yang paling mudah nak dibuat..tak payah ditumis bagai..semua lebur ajer..tapi agak lama laa nak tunggu lauk nie kering..

sebab akak suka masak yang mudah mudah.>>>>
.bersihkan ayam,masukkan santan dari sebiji kelapa kedalam kuali..bahan bahan seperti bawang merah,bawang putih,halia 3btg serai ,lengkuas dikisar bersama dengan sedikit lada kering yang telah direndam dulu...masukkan sekali daun pandan,daun kunyit,daun limau purut,garam gula dan kerisek.biarkan sehingga kering..kalau nak pedas bubuh laa cili api sikit yer..akak bubuh juga rempah tumis empat sekawan tu..


SPONGE CAKE

HAri ni ramai kalangan kawan kawan blogger tayang lauk berasaskan ayam.seronok pulak.dengan ayam shah jahan kat rumah ummi,kari ayam tomato kat rumah izah daut,kepak ayam panggang kat rumah mamasya...DAN akak sedang merendang ayam..cewah maklumlaa tengah mewah dengan kerisek..tapi akak tayang nanti nanti dulu  laa yer.

Meh kita tengok kek yang akak buat,,,ermmmm cantik tak tu..hah amek ko segala warna masuk.selagi ada bentuk buat..nak bagi perabis buttercream yang dibuat..akak buat sponge cake nie saja suka2..nak makan sebab senang ajer nak buat.resipi nie adek akak bagi.dia belajar kat pertanian ayer hitam.kalau nak tau rasa nyer cuba laa.memang ada rasa cam kat kedai..hihihihi

Yang penting disini akak nak bagitau,buat ikut sukat betul2,butter cairkan dan sejukkan awal awal.jangan masa tu ank buat masa tu laa sibuk gi panaskan..kalau idak tak jadi..cam bantat gitu.sebab ni kali ketiga akak buat..baru mnepati piawaian ras tekak akak dan semua tukang rasa.makan tak hingat samapai lupa nak snap bila dah dipotong..
resipi Sponge cake
source dari rumah tere kakasma

Bahan2:
  • 200gm tepung gandum{akak tambahkan sesudu susu tepung}
  • 6gm baking powder
  • 200gm gula castor{180gm aje}
  • 256 gm telur{3 biji gred A}
  • 20gm ovellete
  • 100gm mentega{cairkan dulu baru timbang}
  • 80gm air sejuk
  • 1sudu teh esen vanila
caranya:
  1. Tepung diayak bersama dengan baking powder
  2. Masukkan telor,gula,ovellete dan esen vanila dalam mixer,pukul dalam kelajuan tinggi selama 3 minit.
  3. Masukkan air dan pukul lagi 20 minit.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan aduan sebati
  5. akhir sekali masukkan butter cair gaul rata.
  6. Gris loyang 8x8 ,alas dengan kertas kuih masukkan aduan dan bakar 45 minit suhu 180 darjah.
  7. bila telah masak sejukkan diatas redai..potong dua..sapukan dengan buttercream atau jem yang disukai,
  8. hias cam akak ...kalau mau

Thursday, January 19, 2012

KERISEK


 Adek ipar bagi akak sebiji kelapa.lama terperap kelapa tu,nak hantar kerumah jiran minta tolong parutkan malas nak pergi.ahad lepas akak minta anak akak pi antar parutkan kelapa tu.kalau nak tau paling banyak kerja dapur memarut kelapa guna mesin memang tak pernah akak buat..ngeri dan tak pandai..percaya tak!!!bagi laa upah cam mana pun tak akak buat.bila dah diparut,berangan nak buat kuih,tak juga dibuat,keluar masuk esbok kelapa tu..takut basi akak kukuskan kelapa tu dan simpan balik dalam esbok..semalam akak goreng dalam kuali cadang nak buat kerisek..tapi malas sungguh nak tunggu kelapa tu jadi garing..akak padamkan api,masukkan dalm bekas.pagi tadi kesian tengok kelapa tuh kan..jadi akak pun ambik kelapa tu buh dalam dulang pembakar dan bakar...


kelapa tu dalam proses dibakar,elok aje kejadian nyer...kena adjust suhu laa yer
dah siap...boleh laa disimpan dlam freezer,time nak guna amek sikit..
tengahari nie nak cuba buat asam pedas ikan bubuh kerisek..agak agak sedap tak yer...

Monday, January 16, 2012

ROJAK TEPUNG

 Assalamualaikum....ohayo gozaimasu...heheehee semalam akak gi jepun kejap jenguk kat rumah Dek Hana kita tu,eh diakan dah balik malaysia kan..tak de laa akak di intai intai dapur dia yang lama benar tak keluar asap.tup tup dengar khabar dia dah dapat baby gegirl lagi..akak selalu gak chit chat ngan dia ..tak pulak dia kabarkan..hish..hish..tak patut..tak patut..tapi seronok laa kan tahun ni bakal ramai yang akan menimang baby,Mas duniaku pun akan ikut jejak Hana gak tukan..kita sama sama doakan semuga semua nya selamat..
bercerita pasal baby nie time menunggu nilah saat yang paling mendebarkan..tak gitu Mas...hihihihi..jaga diri dan kesihatan yer dek!!!
 haippp ...panjang celoteh lak pagi nie..meh kita layan rojak tepung resipi angkut dari dapur Hana kita tu..senang ajer nak buat,kata orang pejam mata dah boleh buat..ada ker gitu..seap tul masa makan..kebetulan akak buat sambal tu banyak sikit,sampai petang siap buat sekali lagi adunan tepung..makan petang pulak...sapa teragak nak buat cubalah..memag syok makan ..akak amek resipi kat sini
Rojak tepung
sumber:HaNa' family
copy: Hana dan kak asma
 Bahan-bahan

UTK KUAH
  • 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
  • 40g kacang tanah - goreng n blend
  • 40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)-Akak gantikan dengan kentang rebus
  • *segenggam udang kering
  • *sebiji bawang besar
  • *5 biji bwg merah
  • *3 ulas bwg putih
  • gula melaka
  • air secukupnyer - dlm 6-7cwn
  • garam
  • gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
  • 2 cwn tepung gandum
  • satu sudu makan rata yis
  • 3 sudu gula
  • garam
  • air
  • 1/2 sudu teh baking powder(akak tambah)
  • pewarna kuning - optional
  • myk utk deep fry
BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
  • timun - hiris
  • tauhu - goreng n hiris
  • tempe goreng - hiris
  • sengkuang - hiris
  • salad lettuce - hiris
  • kangkung celur (optional)
  • taugeh celur (jika suka)
  • telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
  • kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
  • ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
  • mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)




Friday, January 13, 2012

DAGING MASAK HITAM MANIS

 Lauk ini akak masak sebab ana2 tak mo makan lauk asam pedas tetel nun dibawah tu,kalau hidangkan lauk camgini laju ajer anak2 makan.kejap licin.nama resipi cam sedap kan.tapi tu hasil campak campak lagi.gitulaa kalau dah penat masak lauk lain tiba tiba request datang minta lauk lain.kena laa tunaikan permintaan....
Daging Masak hitam manis...
source dari dari dapur kakasma
  • setengah kilo daging,seelok nya guna daging batang pinang..basuh dn hiris nipis,ketepikn
  • 1/.2 biji bawang besar hiris
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas awang putih*{ditumbuk  lumat}
  • sedikit halia-hiris halus
  • 1 batang lada hijau
  • 4/5 atang cili api
  • sedikit serbuk lada puth
  • kicap,sos tiram,sos cili
  • daun bawang daun sop
  • garam,gula dan sedikit air asam jawa
caranya:
  1. panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang besar ,bahan tumbuk dan halia hingga wangi,kemudian masukkan kicap dan kedua dua sos tadi.
  2. kacau rata dan tambahkan sedikit air.masukkan serbuk lada putih,lada hijau dan daging.masukkan garam,gula dan air asam jawa.
  3. perasakan dan biar daging empuk dan akhir sekali sebelum api dimatikan masukkan cili api dan daun sop juga daun bawang.

Thursday, January 12, 2012

ASAM PEDAS TETEL

 selamat pagi semua,terimakasih atas kunjungan kaawan kawan keteratak akak yang tak seberapa ini,maaf yer lum sempat lagi nak taip resipi keria ngan cucur badak nun kat bawah tu..tapi tak apa,sebagai pemujuk akak nak tunjukkan menu akak masak ini,Kat rumah akak tak ramai yang berminat dengan lauk ni,yelah kan kalau asam pedas ikan atau ayam masih lagi ada pengemarnya,dan kena masak setiap minggu,kira lauk wajib gitu,mula cadang beli tetel ni sebab nak buat mee jawa kunun kunun nyer..tapi tak jadi.
nak buat pun senang ajer......
.Akak beli 3 inggit tetel ni,dah bersihkan dengan sedikit kunyit serbuk dan bilas kemudian toskan,selalunya tetel nie dah siap bersiang kecil2.bahan lain cuma 1senduk lada kering yang telah dikisar bersama 1 biji bawang besar,2 ulas bawang putih,sedikit halia dan lengkuas,1 batang serai,belacan,untuk masakan ini akak tambahkan 2 batang lada merah.Hiriskan 2 biji bawang merah kecil dan tumiskan sebentar,masukkan sedikit halba dan diikuti bahan kisaran tadi.tumis hingga naik minyak.masukkn sedikit air dan daging tetel tadi,tambahkan garam,perasa dan sedikit gula diikuti air asam jawa.masukkan daun kesum,hirisan bunga kantan,akak tak bubuh apa2 sayuran dalam lauk kali ini.cuma sebelum dimatikan api akak masukkan tomato yang telah dihiris.

Monday, January 9, 2012

KERIA KELEDEK DAN CUCUR BADAK

 Petang petang hari akak tayang kuih yang paling senang nak buat.kalau rajin semua bolehkan..bahan cuma keledek dan tepung gandum campurkan sikit tepung ubi..
 Cucur badak nih pulak kena laa merajinkan diri buat inti serunding pulak.buat banyak sikit inti senang lain kali kalau nak buat tinggal buat.
 dah siap goreng..tinggal nak sira keria pulak...sebenarnya nampak kat rumah kak wan ,terus buat..tapi kena laa cari bahan dulu ya

dah siap...jemput makan.....resipinya nnti akak masukkan yer...nak buat kopi jap!!!!

Sunday, January 8, 2012

LASAGNA

 Salam pagi ahad semua,akak buat lasagna ni atas permintaan anak anak.masuk yang ini dah tiga kali buat.dulu kalau kawan kawan buat akak telan air liur aje.sebab masa tu tak tau mana nak dapatkan kulit lasagna nie.masa pergi yummy tahun lepas ada nampak tapi masa tu terpikir pandai ke anak anak makan.
bila akak cerita kat anak anak,apalagi diarang pun sarankan akak buat dulu.nak bagi tau senang ajer apa tu lasagna tu akak suh diarang buka youtube..
Resipi lasagna nia akak buat ikut resipi campur campur,makna nya ikut mana yang termudah..akak edit mana yang perlu.termasuk bahan bahan.ada yang kena skip.tau tau laa anak2 ada yang suka itu tapi tak suka ini..kiranya lasagna nie lasagna simple aje....akak c/p dari rumah fotopages ibu dini dan haziq aka MADIHAH sini   hehehe terimakasih yooo ..madihah akak siap bookmark page tu kat pc akak ...

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering (MaDiHa beli jenama San Remo dlm kotak. ( sama)
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.


Thursday, January 5, 2012

SIAKAP BAKAR BEREMPAH

 Siakap ni akak bakar sebab dah selalu dimasak tiga rasa,stim goreng berlado laa..sesekali layan makan dengan dibakar sedap juga...tapi bila tengok banyak resipi kena guna itu ini..akak pening juga.camner nak bg rasa ada tapi dengan bahan yang terhad...kira resipi mitch match laa nie..

Resipi campak campak Siakap Bakar berempah:
 source:dari rumah teres kakasma

Ikan siakap nie bersihkan dulu..kelar sikit badan nya..lumurkan dengan limau kasturi,garam dan serbuk lada sulah.
Dah siap tu..bubuh dalam alumium foil.sementara tu siapkan 2 sudu lada giling,1 biji bawang besar,3 ulas bawang putih,sedikit halia, sebatang serai,2 sudu rempah kari.
Bawang,halia serai kisar,campurkan dengan cili dan rempah kari.Panaskan minyak tumis semua bahan ini hingga naik minyak.masukkan daun pandan,hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan hirisan bunga kantan.
kalau nak sedap masukkan sedikit santan pekat.sebelum dipadam api masukka sebiji tomato yang didadu,garam gula dan sedikit perasa.perahkan asam limau.tuangkan bahan tumisan keatas ikan tadi..
bakar dalam oven 180 darjah sehingga ikan masak.
 siakap dalam proses dimakan...ermmmmm enak!!!!

Wednesday, January 4, 2012

CERITA UMAR DAN ACID

 Assalamualaikum makcik makcik kawan mak,meh tengok aksi Umar dan abang acid..sambil tengok cerita upin dan ipin Umar hisap jari dan berangan.....
 nak kuatkan sikit volume suara..tak dengarrr......abang acid kyusuk tengok upin dan ipin..Umar pun sama...
 Petang semalam Umar ikut Bapak pergi hantar kakak Amira daftar masuk asrama..seronok dapat lari lari kat padang..
Yang nie nak tunjuk apa yang abang acid tulis..tengahari tadi abang acid dengan penuh semangat tunjukkan kat mak kerja sekolah cikgu bahasa Inggeris dia bagi.Mak gelak besar sebab abang acid tulis nama dia Rasyid BM...tu sebenarnya nickname abang acid kat blog dan facebook..kelakar sungguh abang acid.dia patut tulis Muhammad Abdul rasyid B Murad..bukan rasyid Bm..nasib baik belum siap..jadi cikgu tak tau..
Abang acid nie sebenarnya tak sekolah tadika pun..tahun lepas dia menangis sebab tak gi sekolah..dia nak jaga Umar.abang belajar sendiri kat rumah..tapi tulah kan mak dah kata...apa nak buat tukan...
tu cerita Umar....

Esok baru akak tayangkan menu menu dari rumah akak yer..selamat menyambut tahun baru..hehehe lum terlambat kan...terimakasih kerana sudi berkunjung...

Saturday, December 24, 2011

SWISS ROLL LAPIS

 lama tul teringin nak buat kek nie.akak takde acuan tuk buat swiss roll nie.masa gi beli barang dapur,akak nampak acuan  tuk buat kek nie.apa lagi akak amek satu.ada masa terajin nak buat.akak ada amek resipi kat cari.com.kat situ banyak resipi resipi menarik.ada yang akak kenal host host nyer.kat cari .com tu laa.akak ada nampak mamasya,kak noor masri,ada kak hanileza...kalau nak resipi yang  sedap sedap gilaa kesana yer
 Semalam akak merajinkan diri buat swiss roll nie.bila dah gulung kulit nyer jadi tk cantik,takper len kali boleh cuba buat lagi.resipi nie mmg sedap.akak buat sekali buttercreamnyer..yelah kalau ak buat tu biar buat betul betul baru menjadikan..
akak buat kek nie suka suka sebab meraikan kejayaan cemerlang Ati anak akak yang kedua dalam pmr.nak meraikan dengan yng lain belum lagi..kena tunggu budget kot.tapi okay laa kan buat camgini..lapis diswiss roll nie sepatutnya tebal dan cantik,tapi klau bukan pro yang buat dia jadi gini.adunan swiss roll nie kalau pandai boleh buat jadi benji roll..tu yang akak buat lapis sebab kurang adunan pada yang akak bagi perisa tu.akak buh perisa stoiberi yang warna pink dan keladi pada ungu,,,nak buat kena laa pandai adjust...

Resipi swiss roll{cari.com}
source rumah teres kakasma

bahan bahannya:
  • 6 biji telur
  • 4 kuning telur
  • 190 gm gula kastor
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm tepung jagung
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 sudu besar susu tepung{ni Akak tambah}
  • 30ml air sejuk
  • 125 gm mentega cair{ni akak adjust sendiri *kalau ikut resipi asal 60 gm}
  • 1 sudu kecil een vanila.
cara caranya:
  • campurkan kesemua bahan bahan kedalam pembancuh kecuali mentega cair.
  • pukul dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan gebu.
  • masukkan mentega cair.kaup balik kan adunan ini hingga sebati,
  • asingkan sedkit adunan dan dibubuh pewarna dan perisa.{kena pandai adjust yer}
  • tangkan adunan putih kedalam acuan dan bakar pada suhu 190 darjah hingga masak.jangan risau masak dibakar adunan ini akak naik.dia akak turun sebaik aje sejuk.keluarkan dan biarkan sejuk.
  • untuk yang berwarna akak buat dalam satu loyang dan diletakkan bersebelahan.bakar seperti yang pertama.biarkan sejuk baru dilekatkan dengan buttercream.
  • bubuh buttercream keatas kek berwarna putih,tindihkan dengan kek yang berwarna.lekatakn satu antara lain dengan buttercream.
  • barulah boleh digulung..bautkan dengan plastik cling..sejukkan sebelum dipotong..
resipi buttercream:

  1.  120gm krimwell
  2. 60 gm buttercup
  3. 60gm shortening
  4. 1sudu teh vanila
  5. 100 gm gula ising
putar kesemua bahan kecuali gula hingga kembang.baru masukkan gula.putar lagi hingga benar2 gebu..siap untuk dispu..lebih simpan tuk buat kek yang lain pulak..... resipi buttercream nie akak punya sukatan.kalau rasa tak sesuai atau ada yang lain boleh yer..kalau nak ikut lagi suka ..


Wednesday, December 21, 2011

COKLAT MOIST KEK

kek yang teramat popular kat rumah akak.disebabkan senang nak buat jadi selalu laa akak merajinkan diri buat.
 Maaf laa ya akak lama tak menconteng conteng kat sini.tayang makan makan...kalau cuti sekolah nie payah tul nak pegang pc.buat kek ni senang sungguh,guna blender ajer.resipi nie jiran akak bagi dan akak ada lak nampak kat satu blog yang lebih kurang sama..yelah kek nie sebenarnya bahan bahan itu juga kan..cuma nak kukus atau nak dibakar.yang nie akak buat versi bakar..
bahan bahan dikisar:
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula kastor
  • 1./2 cawan susu cair atau susu segar
 Kisar telur hingga kembang.kemudian masukkan bahan bahan lain dan kisar lagi hingga bersatu dan kembang.dah kembang tuangkan bahan ini kedalam mangkuk besar,

  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri}
  • 1/2 sudu bikarbonat soda}
  • 1 cawan serbuk koko}
  • 1 sudu teh vanila
Ayak bahan bahan diatas tiga kali.kemudian  masukkan kedalam mangkuk bahan cair tadi.kacau hingga sebati.kemudian masukkan kedalam acuan.akak guna acuan bulat 8 in yang telah dilenser dengan marjerin dan kertas minyak,,bakar hingga masak,
Akak buat ganache sekali.....
  • 1/2 cawan serbuk koko{ayak dulu}
  • 4 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu minyak jagung
  • 2 sudu susu cair
kacau semua bahan dalam periuk dengan api kecil sahaja,masak hingga sebati dam sejukkan,,,boleh laa dituangkan diatas kek,,akak taburkan sedikit badam..sedapppp




Wednesday, December 14, 2011

DONUT KENTANG

 jalan jalan pagi hari singgah rumah Puan CT DELIMA sini,ada hidangan donut kentang.anak akak memang ada suruh buat donut tapi ada masa malas nak buat.tengahari sambil masak akak suruh anak akak uli sendiri adunan.cuti cuti sekolah nie elok ajar anak anak kita kedapur.selain untuk kemudahan esok bila mereka dah dewasa kita boleh juga goyang kaki sekejap.yelah tinggal suruh aja bila kita nak..hihihi....tapi suruh yang baik aja taw!!
 bila tengah menguli akak tanya dia ati letak telur tak..alamak!!!akak lupooo betul nak suruh letak telur.walaupun ikut resepi yang ct buat tapi akak tak laa ikut betul betul sukatan nyer.hah amek ko.akak pun pukul sekejap telur tu dan campurkan pada adunan yang telah diuli oleh anak akak.tambah kan tepung.uli balik sehingga adunan licin dan cantik.anak akak kata ooooo camgini yer mak..

 bahan bahan spt kentang,susu,garam,air suam,gula akak blend ajer.Dalam mangkuk akak bubuh tepung bercampur dengan 1/2 peket mauripan.tuangkan adunan cair kedalam tepung dan uli.tengahari semalam cuaca panas,cantik untuk mengembang kan adunan..sekejap aja adunan naik kembung.suka anak akak tengok adunan yang dia buat menjadi..hahahaha tuah kan tumpah kenasi!!!miahahahaaa....

 resepi akak guna resipi yang biasa akak guna cuma tambahkan kentang seperti resepi ros jintan manis.boleh tengok kat rumah CT yer.kalau nak ikut resepi yang ini pun boleh juga..ikut selera laa yer.

Resipi Donut Kentang.
Sumber:Jasmeen photopages dan Ros Jintanmanis.com


 Bahan2:
  •  2 biji kentang rebus hingga lembut dan boleh dilenyek
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung(2 sudu besar)
  • 6 sudu gula castor(3 sudu)
  • 2 sudu kecil garam(1/2 sudu)
  • 150ml air suam(akak campurkan sedikit susu cair + jadikan 150ml)
  • 1 biji telur(resipi jasmeen tak bubuh-ikut resipi ros)
  • 1/2 paket mauripan
  • 3 sudu besar shortening(akak guna majerin)
Cara2nya:(akak permudahkan)
  • Masukkan bahan bahan  kedalam blender kecuali tepung dan yis mauripan.
  • kisar hingga sebati dan halus.
  • dalam mangkuk besar masukkan tepung dan yis,gaul rata,kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi.
  • gaul bersama uli hingga adunan tidak melekat ditangan.
  • tutup adunan dengan tuala mbersih dan biarkan hingga adunan naik sekali ganda.(akak jemur ditegah panas)
  • bila telah mengembang,tumbuk tumbuk adunan untk mengeluarkan angin.biarkan sekejap dalam 10 minit kemudian boleh laa dicanai dan dibentukkan dengan acuan donut.
  • goreng dengan api yang sedang hingga kekuningan.toskan dan biarkan sekejap sebelum disalut dengan gula castor.
 
Nota akak: akak buat dua versi satu salut dengan gula saja dan satu lagi cairkan coklat compound dan taburkan dengan kacang tanah yang digoreng dan dikisar..






Tuesday, December 13, 2011

KEK PUDING KARAMEL ALUNAN KASIH



akak memang tak pernah makan kek karamel nih.sewaktu akak balik kampung masa arwah abah akak meninggal,petang tu adek akak bagi rasa kek kek nih.owh... sedap ghupernyer yek!!!adek akak kata angah ko tak pernah makan ker kek nie,hehehe walaupun akak tau ramai yang dah mencuba dan merasai kelazatan nyer.kira ketinggalan ketpi laa akak nieh.akak dah dua kali buat satu erbelang belang tuh.dan yang kedua buat camgini.tupun sebab tengok ENA ZARINA disini buat.sesiapa nak tengok step by step oleh melancung kejepun nun..hehehe tapi akak buat dua warna aje.nie kes malas nak buh banyak2 pewarnalgipun ada pengacau masa buat makin pening dibuatnye.sape lagikan..kalau tak si umar tuh!!!



RESEPI KEK PUDING KAREMEL ALUNAN KASIH
Loyang 8 inci / 20cm tinggi 3 inci

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
  6.  
Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini. Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek Bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar


Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Rich Taste Choco (yg buat hot chocolate/air rasa manis2 sikit) / cocoa powder / Milo untuk di tapis pada setiap lapisan
  • Perisa pisang dan pewarna kuning telur
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • Esen vanila dan pewarna biru 
    Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  • Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  • Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  • Matikan mixer.
  • Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  • Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  • Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan anda.
  • Masukkan semua 1 bahagian/ warna ke dalam loyang karemel. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding .
  •  
  • Ayak milo/ serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
  • Masukkan adunan warna ke 2 di atas serbuk koko perlahan-lahan supaya serbuk koko tidak bergerak.
  • Kemudian ayak lagi milo / serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek
  •      Masukkan adunan warna ke 3 di atas milo / serbuk koko dengan perlahan.
  •  
  • Bakar dengan suhu 160 degree selama 50 minit atau sehingga cake masak dengan cara bain marie
  • Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  • Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  • Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  • Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.
  •  
  • NOTA AKAK:nie salin kat rumah  ena yer.jadi jangan pening ada warna biru hijau bagai..step panjang tapi buat senang ajer..rajin tak rajin ajerkan

    Monday, December 12, 2011

    UDANG GORENG BERCILI

     Petang petang gini akak tayang lauk udang yang akak masak.nih lauk orang malas taw.senang dan tak kecuh kecuh lama kat dapur.nak pedas bubuh cili api banyak banyak,biar berasap sikit telinga :}
    Senang ajer nak buat lauk camgini,yang pasti boleh guna apa apa jenis udang,yang kecik maupun yang sedang,Yang besar tak pernah cuba.tapi semalam tengok udang kat rumah Melly terliur sungguh....lauk kali ni cuma perlukan Udang,cili api{ikut suka berapa banyak nak letak},lada merah,4biji bawang merah dan 2 bawang putih,gara, dan perasa.Kisar halus semua lada,bawang putih dan merah,panaskan minyak,tumiskan bahan kisar hingga naik minyak,masukkn udang,tambahkan sedikit garam dan perasa.biarkan masak,nak wangi taburkan daun sop atau daun ketumbar.



    Thursday, December 8, 2011

    BERGEDIL UDANG BERSALUT


    Hujan turun lebat sungguh dari tengahari tadi sampai laa nie.masih hujan.Hish..hish...mata tak mau lolap pulak.Apalagi nak buatkan errrrr.mmmm...akak buka petiais ada sedikit udang,boleh buat tuk mengunyah ngunyah petang petang camgini.Dok pikir kat kepala apa nak buat dengan udang ciput gitu,Hah dah datang dah idea..hihihi.....LALU>>>>>>>

     Akak rebus 3 biji kentang sederhana besar hingga empuk.Sementara tunggu kentang empuk goreng sekejap udang,sambil sambil hiris halus daun sop.ada bawang goreng belen taburan sop tulang kelmarin.Kentang dah empuk masukkan kedalam lesung batu campurkan dengan udang tadi.tumbuk hingga bersatu kentang dan udang.Keluarkan dan bubuh dalam mangkuk.Campurkan bawang goreng,hirisan daun sop,secubit garam,sedikit serbuk lada putih dan secukup rasa maggi,Gaulkan rata dan akak bubuh sedikit tepung jagung masa mengaul bahan2 nie
    Kemudian celupkan kedalam putih telur dan golekkan atas breadcrumbs.Panaskan kuali bubuh minyak dan boleh laa digoreng hingga masak,SIAP!Enak dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos cili.Selamat Mencuba

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails