Tuesday, December 13, 2011

KEK PUDING KARAMEL ALUNAN KASIH



akak memang tak pernah makan kek karamel nih.sewaktu akak balik kampung masa arwah abah akak meninggal,petang tu adek akak bagi rasa kek kek nih.owh... sedap ghupernyer yek!!!adek akak kata angah ko tak pernah makan ker kek nie,hehehe walaupun akak tau ramai yang dah mencuba dan merasai kelazatan nyer.kira ketinggalan ketpi laa akak nieh.akak dah dua kali buat satu erbelang belang tuh.dan yang kedua buat camgini.tupun sebab tengok ENA ZARINA disini buat.sesiapa nak tengok step by step oleh melancung kejepun nun..hehehe tapi akak buat dua warna aje.nie kes malas nak buh banyak2 pewarnalgipun ada pengacau masa buat makin pening dibuatnye.sape lagikan..kalau tak si umar tuh!!!



RESEPI KEK PUDING KAREMEL ALUNAN KASIH
Loyang 8 inci / 20cm tinggi 3 inci

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
  6.  
Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini. Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek Bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar


Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • Rich Taste Choco (yg buat hot chocolate/air rasa manis2 sikit) / cocoa powder / Milo untuk di tapis pada setiap lapisan
  • Perisa pisang dan pewarna kuning telur
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • Esen vanila dan pewarna biru 
    Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  • Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  • Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  • Matikan mixer.
  • Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  • Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  • Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan anda.
  • Masukkan semua 1 bahagian/ warna ke dalam loyang karemel. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding .
  •  
  • Ayak milo/ serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
  • Masukkan adunan warna ke 2 di atas serbuk koko perlahan-lahan supaya serbuk koko tidak bergerak.
  • Kemudian ayak lagi milo / serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek
  •      Masukkan adunan warna ke 3 di atas milo / serbuk koko dengan perlahan.
  •  
  • Bakar dengan suhu 160 degree selama 50 minit atau sehingga cake masak dengan cara bain marie
  • Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  • Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  • Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  • Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.
  •  
  • NOTA AKAK:nie salin kat rumah  ena yer.jadi jangan pening ada warna biru hijau bagai..step panjang tapi buat senang ajer..rajin tak rajin ajerkan

    13 comments:

    1. roses_leo09 aka hanim

      aduhai ........
      rajin kak asma buat mcm ni ....

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum Asma, apa kabo? Menggoda betul la kek karamel tu, buat hati teringin sgt nak membuatnya..emmmmm.. :)

      ReplyDelete
    3. sedap...sedap...sedapppp..huhuhu

      ReplyDelete
    4. asma..akak tak berani nak buat kek ni..rasa macam susah..takut tak menjadi..akak bukan pandai sangat buat kek ni..he he

      ReplyDelete
    5. Hanim,
      buat camgini lagi senang.kalau belang belang pun senang..hehehe nak makan punya pasal ler tu..

      ReplyDelete
    6. Azlina,
      yeeee buat jangan tak buat.senang ajer sebenarnyer.kalau dah teringin pasti boleh..chiok!chiok!!!

      ReplyDelete
    7. Cida,
      memang ...memang....memang...:)

      ReplyDelete
    8. Kak Erna,
      kalau tengok resipi memang cam susah ajer.tapi kalau amek bahan2 dan bahagikan senang kak.3 ajer step nyer..hihihihi meh asma tiupkan angin rajin tuk akak....

      ReplyDelete
    9. blog tips kurus,
      muahahahaaa...yummy.^-^

      ReplyDelete
    10. Assalam kak sedapnya kek ni, kita belum tercuba lagi, teringin nak buat tapi rasa macam tak senang lagi heheh

      ReplyDelete
    11. t.kasih krn masih ingt pada ilah huhuuu lama juga ilah tak masuk dapo kak asma..
      t.kasih atas iringan doa itu..semoga kita semua diberkati dlm apa jua ..aminnn
      cantik kek karamel tuu mmg menjadi kegilaan anak2 ilah kat umah nie..

      ReplyDelete
    12. Aslmkum k.Asma.
      sedapnya kek karamel....versi alunan kasih pula. pernah buat dulu....teringin nak buat lagi tp asyik tertangguh.

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails