Tuesday, December 6, 2011

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA


Pagi semua.Kan semalam akak kata nak tayang kek marathon yang akak buat,Jadi pagi nie tayang kek badam nie pulak,Sebelum tu nak ucapkan terimakasih pada yang sudi datang menjamu mata pada kek suji semalam.ada yang silent reader,ada yang datang bagi komen,Alhamdulilah terimakasih semua.pada yang nak membuat nya sila sila jangan malu malu bak kata Cendana Kasih takut tengok telur yang sangat banyak digunakan,,,Akak cdangkan buat separuh ajer,jadi tak laa banyak sangat,so Noorma buat laa akak gerenti jadi punya.Dalam pada tu jangan terperanjat dengan wajah baru rumah akak,Hehehehe saja nak buat pembaharuan.harap harap semua suka..ecececeh ......

Kek nie memang sangat nostalgi sebab esen yang digunakan adalah esen rose,tu yang membuatkan aroma masa membakarnya menusuk jiwa,lama dah akak simpan resipi nie,Ummi Kuantan ada buat dulu,masa tu tak terbuat lagi kemudian akak nampak sape ntah buat pu tak teringin agi,tapi Sabtu sudah akak gali resepi yang dah terprint so inilah hasilnya.akak amek dari rumah Ummi aje resipi nie.


Resipi 

KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff
Sumber : Rinnchan

sumber:Ummi Home Sweet Home
Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)
  • 250gm mentega
  • 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
  • 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
  • 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
  • 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
  • 2 susu makan susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh esen rose
  • sedikit pewarna merah 

  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu. 
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
  4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
  7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
  8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.







7 comments:

  1. Assalam asma akak ambik dan simpan dulu ye..bila ada bahan baru boleh cuba..terima kasih asma.

    ReplyDelete
  2. salam kak asma.. termiss n3 kek suji tu.. nnti tun gi tgk. sedapnyer kek ada badam kisar..

    ReplyDelete
  3. Kak Asma Darlingg... Betul la Akak cakap, esen ros memang nostalgia.. tetiba MM teringat emak time kecik2 dulu, kalau buat kuih raya mesti terbau aroma esen ni seisi rumah. Huhu... sedihnya tetiba. T __ T.

    ReplyDelete
  4. Assalam kak asma,
    samalah kita pun dah lama print kek ni..tapi belum terbuat2 lagi..nampak sedap kak..umar suka tak makan kek ni?..

    ReplyDelete
  5. amboi kak...seronok wat kek dua tiga menjak ni yer....

    ReplyDelete
  6. assalam kak Asma...wah nampak hijau ler umah baru ni.sejuk mata memandang.best ada kek lagi ni..sedapnya:)

    ReplyDelete
  7. salam kak asma..
    mesti harum je bau kek ni kan? mmg betul.. esen rose antara esen yg sgt nostalgia.. skrg ni jarang2 dah org nak gunakan.. sebab esen vanila lebih femes & lebih versatile boleh guna utk apa2 resepi pun.. hehe.. apa2pun.. bila nampak kek cantik warna warni gitu tak siapa akan menolak...hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails