Sunday, January 8, 2012

LASAGNA

 Salam pagi ahad semua,akak buat lasagna ni atas permintaan anak anak.masuk yang ini dah tiga kali buat.dulu kalau kawan kawan buat akak telan air liur aje.sebab masa tu tak tau mana nak dapatkan kulit lasagna nie.masa pergi yummy tahun lepas ada nampak tapi masa tu terpikir pandai ke anak anak makan.
bila akak cerita kat anak anak,apalagi diarang pun sarankan akak buat dulu.nak bagi tau senang ajer apa tu lasagna tu akak suh diarang buka youtube..
Resipi lasagna nia akak buat ikut resipi campur campur,makna nya ikut mana yang termudah..akak edit mana yang perlu.termasuk bahan bahan.ada yang kena skip.tau tau laa anak2 ada yang suka itu tapi tak suka ini..kiranya lasagna nie lasagna simple aje....akak c/p dari rumah fotopages ibu dini dan haziq aka MADIHAH sini   hehehe terimakasih yooo ..madihah akak siap bookmark page tu kat pc akak ...

Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering (MaDiHa beli jenama San Remo dlm kotak. ( sama)
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.


12 comments:

  1. salam k.asma.slmt berhari mggu.atie pon xpernah mkn gak lasagna nih.Tgk kat umah kengkawan ada lar...lapang2 leh try gak :D

    ReplyDelete
  2. Wow...we go italiano..today..one of my favourites

    ReplyDelete
  3. Assalam kak As cayang weeii...amboiii kijaaam taau tayang lasagne kat kita...meh la tukar dgn Gooey Choc n Cream Cheese muffin kita yg x seberapa nihh :)

    ReplyDelete
  4. Kak Asma - Favourite saya klu gi mkn kt Secret Recipe... tp nak buat sendiri fikir 2 kali sbb pernah buat sekali dulu tak berapa menjadik... hopefully one day nk cuba resepi akak plak la..

    ReplyDelete
  5. tq kongsikan resepi ni... menarik..!!

    ReplyDelete
  6. azatie,
    kena try buat nnti,sebenarnya senang ajer nak buat,
    kalau tengok resepi cam susah..
    dah siap tak sempat ajer nnti nak ngap..cuma kalau buat kena adjust sikit susu kat sos putih tu yea

    ReplyDelete
  7. kak paty,
    me too dah fall in love dah....

    ReplyDelete
  8. ummi,
    sesekali berlaku kijammm tak per tu..hehehe bagi semangat buat ummi,nnti boleh laa buat..suka tu kalau berjiran mmg kita tukar2 pinggan kan

    ReplyDelete
  9. Miss Mirrorku cayang,
    yeeessss try buat jangan putus asa..buat sendiri jimat sket,leh belasah banyak2..sampai waroookkk

    ReplyDelete
  10. Dalilah,
    terimakasih sudi bertandang,selamat mencuba yer..

    ReplyDelete
  11. Assalam Kak, Lasagna memang my fav kak...sedapnya:)

    ReplyDelete
  12. Salam kak asma,
    semalam makan western, hari menu apa agaknya? ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails