Wednesday, April 17, 2013

URAP PUCUK UBI...biasalah orang jawakan

 Ini satu dari menu yang menjadi kegemaran akak.Darah jawa yang mengalir tak dapat memisahkan tekak akak untuk menikmati juadah yang sihat.Kalau ada kenduri diperkampungan orang orang jawa,urap ini tidak ketinggalan dihidangkan bersama dengan lauk pauk lain.,diletakkan didalam dulang besar.Memang sedap bergandingan dengan geng geng yang lain.Tapi masa akak buat urap nie tak lah pulak akak masak lauk lauk lain tu.

Masa nampak daun ubi nih teragak laa kan nak buat urap.Kebetulan cekur ada akak tanam sikit.jadilah buat perisa dan menambahkan bau harum dan keenakkan  urap ini.Cekur atau Kencur amat baik untuk kesihatan.selain untuk awet muda,memakan daun cekur bagus untuk merawat dalaman badan kita...
Sepatutnya urap ini ada tauge ataupun kacang panjang dihiris kecil kecil.tapi masa buat urap nie tak ada bahan itu jadi kosong gitu aja..tak apa yang penting sedap..Oh iya cekur ni juga boleh ditumbuk bersama cili padi,bawang merah dan putih,tumiskan dan dibubuh santan bersama isi ikan yang telah direbus.lauk ini tidak ditumis,cukup sekadar direbus bersama dengan jantung pisang yang telah dicelur atau direbus dahulu.Letakkan sedikit garam dan perasa..Ermmmm...memang sedap.buatkan sambal Lonte dan gorengkan ikan kering...Walaaaa...pasti menjadi hidangan yang tidak dilupakan...

Okaylah ini resipi campak campak untuk Urap Pucuk Ubi.

Bahan2nya:
  • secekak pucuk ubi..
  • 1 1/2 mangkuk kelapa muda parut
  • 2 biji lada merah*
  • 6 bj cili api(kalau nak pedas boleh tambah) *
  • 3 ketul cekur*
  • segenggam ikan bilis*
  • 3 bj bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2btg kacang panjang (hiris halus)
  • sedikit tauge(buang ekor cuci)
  • garam dan perasa.
Caranya:
  1. Siang pucuk ubi ,cuci dan rebus hingga empuk.Bubuh sedikit minyak masak dan garam.(minyak masak bertujuan melembutkan daun ubi)Dah empuk ubi tapis,buangkan air dari pucuk ubi tadi,hiris halus pucuk tadi
  2. Bahan bahan bertanda digoreng.
  3. Tumbuk atau kalau nak senang kisar bahan yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan kelapa kedalam mangkuk,gaulakan bahan yang telah ditumbuk atau dikisar bersama dengan kelapa,bubuh garam dan perasa.Kalau nak tahan panaskan kuali tanpa minyak,dengan api kecil masukkan kelapa yang telah digaul bersama bahan bahan tadi.Kacau sekejap bagi mengelakan kelapa jadi basi.
  5. bolehlah dicampurkan dengan pucuk ubi,kacang panjang dan tauge.Siap untuk dihidang.
Nota Akak,
kalau tak suka pucuk ubi boleh ditukar dengan pucuk pegaga juga.tapi tak payah direbus.cukup sekadar dibersihkan dan hiris daun pegaga itu.

7 comments:

  1. Alahai Kak Asma... masa inggal bersama family di kampung memang inilah salah satu menu kegemaran yang Bonda sajikan, kalau kenduri doa selamat ke, muputi ke orang kampung suka buat urap begini... diorang bubuh daun kencur dengan isinya, harum baunya... ohhh rndulah pulak kak!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Kak...
    Tapi tak kan la sikit je tu, org baru nak mintak.
    Jantung pisang mmg sedap, itu ari saya makan dgn sambal colet
    mak mentua buat... perghh mmg meletop!. Tapi ikut jenis pisang
    jugak kan.. tak semua boleh dibuat lauk.. yg ada kelat2 masam.

    ReplyDelete
  3. Assalam k Asma
    sedap ni walaupun sy bukan org jawa he hee
    biasa mkn pucuk ubi. Kadang rebus cicah sambal pun jadi he hee

    ReplyDelete
  4. sedapnya..
    dah lama x buat kak..rindu plk nak makan nie..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails