Friday, March 13, 2009

resipi rendang

akak nak tepek resipi rendang minang turun temurun abah akak.tapi tak ada pic ye.lum ade masak rendang lagi.saje letak manetau ade yang berhajat nak cuba.

Rendang Abah
Bahan2nye
  • 1kg daging (ayam pun ok-nak lebih sedap kalau guna ayam kampung)
  • 1/2 biji kelapa dibuat kerisik
  • 2biji kelapa ambil santan pekat 2mangkuk,santan cair 1mangkuk
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • 2 helai daun salam
  • 1helai daun pandan(disimpul)
  • 2 helai daun kunyit(disimpul)
  • garam
  • rempah tumis 3 beradik
  • 1 labu bawang besar dihiris
Bahan kisar;
  • 10-15 biji bawang kecil
  • 15 tangkai lada kering
  • 6 ulas bawang putih
  • 1inci halia
  • 1sbesar lada hitam
  • sedikit ketumbar*
  • sedikit jintan halus*
  • sedikit jintan kasar*(bahan* disangai dulu)
cara membuatnye;

panaskan kuali.bubuh sedikit minyak masak.tumis bahan penumis,masukkan bahan yang dikisar,lengkuas dan serai.Tumis hingga terbit minyak.masukkan daun pandan dan daun salam.kemudian masukkan daging dan santan cair.bila telah mengelegak masukkan santan pekat,kerisik, garam dan daun kunyit.Masakkan hingga kuah rendang ni pekat dan berwarna kehitam hitaman.
Biarkan hingga kuah rendang ni betul betul pekat dan berwarna kehitam-hitaman.

2 comments:

  1. akak, ni rendang negeri sembilan yer?? saya ni teringin nk makan rendang, barang sume dh beli..ter tengok plak resepi akak ni..boleh ler cuba..mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  2. Noorma,bukan laa!!ni rendang owang minang.abah akak punya rendang ni cedapppp sesangat.cubalah.akak suka rendang ni kering
    makan rempah nye gaul ngan nasi aduhh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails