Wednesday, March 11, 2009

karipap


Yess...yess...akhirnye berjaya jugak akak merealisasikan impian.ececeh..........
hari hari jengah dapur semua kengkawan ade kuih tu,muffin ni, kek tu,mak oiii sedap sedap.akak ni pulak memang fail bab kuih kuih ni.semalam teragak jenguh dapur bro rozzan.nampak karipap ni.dah petang tak tau nak buat ape eh.tu yang teragak buat karipap ni.alhamdulilah jadi pulak.pagi tadi anak anak sarap karipap buatan mak diarang.ahakks.......
resipi akak cp dari link bro rozzan.maaf bebanyak ye bro.ppun thanks resipinye...


Epok-epok

1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 -375 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

Inti Kentang (Daging)
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar (bumbung) rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
*Jika anda inginkan kulit yg lebih garing, kurangkan sukatan tpg by 50 gm dan gantikan dgn 50 gm tepung beras. I did that and the results- not bad, lebih garing.

*Jika menggunakan hirisan/potongan isi ayam, tak perlu direbus dahulu. Setelah rempah garing, dimasukkan sahaja isi ayam tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails