Saturday, April 13, 2013

KEK TEMPAHAN hasil dari tangan yang tak berseni

 Salam bersiaran kembali,

LAma juga akak tak bersiaran.menu banyak yang nak dikongsikan,tapi masa tak mengizinkan.Dalam sibuk mengisikan masa dengan aktiviti mengemukkan badan,akak cuba menerima tempahan kek dari kawan anak anak akak.maklum lah akak tak pernah mengikuti mana mana kelas mempelajari bidang kek atau yang lain lain.semua akak tengok dan ambil dari pakcik google..jadi bila ada yang menempah tu akak puas laa menghadap youtube..hihihi.tapi hasilnya macam tu lah..
 Untuk resipi kek yang dibuat akak banyak buat Sponge kek.banyak ada di internet.google dan cuba aje laa..Alhamdulilah kek akak menjadi.tapi kena ikut resipi lah yer.jangan sesekali tukar timbangan atau tambahan..ada masa apa yang kita buat tu menyebabkan kek kita jadi sebaliknya..Ni kalau tokey kek datang jenguk pasti ditertawakan..hihihii.
 Blueberry cistat ni pulak ada jiran akak nak tengok contoh untuk dibuat hidangan dan juga hantaran.masa Azita Zain tunjukkan contoh Blueberry Cistat dia ,ada dia tunjukkan contoh macam akak buat nih..tertarik akak tengok..jadi akak pun buat dan tunjukkan pada jiran akak tu..Memang cantik dibuat camgini.ada kelainan.Buat ITA terimakasih bagi idea sebegini..
 Kalau nak merasa blueberry cistat yang akak buat mehlah tempah.kot sudi laakan.boleh email akak.yang berdekatan dan yang jauh sikit boleh akak hantar.tapi tulah kan okay ke deko yang akka buat nih..

Perasan tak akak banyak guna pink dan green colour..hehehehe warna yang sepadan..lagipun kek untuk orang perempuan..senang!!

Friday, February 22, 2013

STOBERRY SPONGE KEK..sangat lembut dan enak

 Pagi nie akak nak share satu lagi resipi sponge kek.banyak versi sponge kek yang boleh dibuat.Dan resipi ini antara yang terbaik pernah akak cuba selain resipi satu lagi.ada sekali akak buat guna resipi seorang chef,tapi tak menjadi.mungkin silap masa mengadun,kek yang akak buat tu jadi agak keras.
 Akak suka mengadap youtube yang memapaparkan resipi kek dan hiasan kek sponge nie.ada berbagai cara dan perisa yang boleh kita olah.tak kira lah buah apa yang kita nak letak sebagai perhiasan.Dulu masa tinggal sekejap kat Jepun akak ada juga makan kek ini..letak stoberi besar2 gitu.walaaa enak sangat.lembut ajer sponge kek tu,ada masam manis.untuk kek kali ini akak gunakan Whipped Cream Value Pride dan buah stoberi yang akak beli..Tapi kek akak nie kurang nampak cream dan buah yang akak letak..tak nampak belahan kek tukan...4


Memang laa tak secantik hasil kerja tangan kawan kawan yang memang pakar dalam menghias kek.Hehehe...bercapuk capuk kek tu dibuatnya.Kalau ada nak tempah kek nie kena laa bagitau awal hiasan  pasti tak cantik..maklumlaa keras tangan..Tapi yang pasti kek ini sangat sedap...Resipi akak amek setelah google kat pakcik google..tapi akak lupa nak amek siapa punya resipi.Pada yang datang dan perasan resipi sapa akak guna tolong bagitau yer..nak bagi kredit kat blog beliau..Akak ikut sebiji cam dia buat..

Resipi Stobery Sponge Kek

Bahan2nya:
  • 4 biji telur(gred A)
  • 120gm gula kastor
  • 80gm tepung superfine
  • 20gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 50ml susu segar + 1 sudu teh esen vanila
  • 40gm butter dicairkan
Whipping Cream jenama Value Pride.

Sirap untuk sapu atas kek:
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air panas.(kacau kedua dua bahan ini hingga larut)

Cara-caranya:
  1. Telur dan gula kastor dipukul secar double boil.Pukul hingga kembang.(yang ini akak panaskan air dalam periuk dan putar gula dan telur diatas dapur)Dah kembang angkat dari atas dapur.
  2. Tepung superfine,tepung jagung dan baking powder diayak.
  3. Setelah itu masukkan campuran tepung kedalam bekas berisi adunan telur tadi.
  4. Campurkan secara berselang seli tepung-susu-tepung- susu- tepung hingga habis.Buat cara kaup balik
  5. Ambil sedikit adunan dan masukkan butter cair.Dah ekata campurkan kedalam adunan tadi.
  6. alaskan loyang 8" dengan kertas dan oles tepi loyang dengan sedikit butter.
  7. Tuangkan adunan dan hentakan sedikit loyang tadi.
  8. Bakar suhu 170 Darjah celcius selama 30-35 minit bergantung pada oven.
  9. Dah masak keluarkan dari oven,dan sejukkan kek diatas redai sebelum dibelah dua.
  10. Pukul whipping cream hingga keras dan boleh laa disapukan keatas kek yang telah disapukan syrup gula.
  11. sapukan whipped cream tadi dan susun buah stoberi diatasnya.
  12. tutupkan kek dengan sebahagian kek tadi.
  13. boleh laa dihias mengikut kreativiti masing masing.(jangan tiru cam akak comot tu)

Hari ni nak buat Cream Puff ada orang oder..Alhamdulilah rezeki dipagi hari..

Wednesday, February 20, 2013

ROTI GANDUM atau BUN VANILA LEMBUT

 Salam pagi Rabu yang dingin....
Roti ni lama dah akak buat.cuma baru nih dapat nak diwar warkan kat sini.Masa tu teragak tul nak makan roti yang dibuat sendiri.tapi tepung roti tak ada pulak dalam simpanan.google kat tenet,jumpa resipi yang guna tepung gandum sepenuhnya..jadi akak pun merajinkan diri laa membuatnya..
 Resipi yang akak buat menggunakan resipi dari Ros JintanManis  SINI roti yang tak macam sifu Ros buat,tapi pueh hati tul.nak nak bila dah masak gebu juga..makan dengan mentega..ciciah kopi o panas..
 Bahan-bahanya
450gram tepung gandum
40gram gula
40gram susu tepung
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur ( pukul sedikit menggunakan garpu, asingkan sedikit, lebih kurang 2 sudu besar,  untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
air suam ( cecair 190ml ) air suam dicampur dengan telur kemudian disukat  sehingga 190ml
3 sudu besar water roux
1 sudu kecil baking powder

(untuk topping, sedikit gula pasir dan blueberry filling)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air atau susu segar dan beberapa titik esen vanila atau madu)


 Resipi Waterroux

25 gram tepung gandum
125 ml air
caranya-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


 Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat dan acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula dan untuk acuan petak ros paipkan juga dengan jaluran blueberry, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tuesday, February 19, 2013

MEE TOMATO yang sangat sedap

Alhamdulilah dah petang baru dapat nak hidangkan sajian yang menjadi kegilaan dirumah akak. sekurang kurang nya pasti kena buat paling tidak pun sekali dalam sebulan..Pada yang tak pernah membuat dan merasakan betapa lazatnya Mee ini cubalah..
Bagi yang ingin memcuba nya akak sertakan resipi turun temurun keluarga akak..Sewaktu kawan blogger dari seberang iaitu DeetHa Melbu Plewon( pasti ramai yang mengenali beliau) datang berkunjung ke Malaysia hujung tahun lepas dan singgah kerumah akak,akak hidangkan Mee ini sebagai sajian.Wah Deetha bagitau Mee nie menjadi kesukaan dia.Banyak kali masak dan makan tak jemu2 dia kata.Buat Deetha terimakasih sudi datang dan cuba resipi ini..

Bahan2nye:
  • spaghetti(rebus bubuh garam n sedikit minyak)
  • 1/2 kilo daging(bersihkan potong kecil2 kemudian rebus)
  • 20 biji cili kering*
  • 2 labu bawang besar*
  • 7 biji bawang kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji tomato(potong dadu kecil2)
  • kobis (agak2 akak suka letak banyak.hiris halus)
  • 1 tin sedang tomato pure
  • garam dan secukup rasa
  • minyak untuk menumis
bahan untuk hiasan;
  • timun dipotong bulat hiris nipis
  • daun sop hiris halus
  • bawang goreng
cara membuatnye;
  • kisar bahan bertanda * hingga halus.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukan daging yang telah direbus bersama air rebusannye sekali.masukan kobis yang dihiris,tomato dadu dan tomato puree.
  • tambahkan air anggaran 2 mangkuk.perasakan dengan garam,gula dan aji.biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.matikan api dan bolehlah dihidang. 
Selamat Menjamu Selera

Tuesday, January 29, 2013

CREAM PUFF

Assalamualaikum dan salam pagi selasa semua,

Hari ini akak nak berkongsi kisah akak buat cream puff .Akak pernah sekali buat puff nie..biasalah kan bila tak pernah buat dan tak tau skill macamana nak buat cream puff nie memang jadi kawan cik tong lah jawabnya.nasib baik masa buat tu akak buat dalam aduan yang sedikit.Orang lain dah tak heran dengan cream puff ni akak aja yang terheggeh heggeh nak buat.
Bila AZITA ZAIN datang rumah akak awal tahun ni dan bawa CF ni sebagai buah tangan,terus pasang niat nak menerai.carilah resipi yang memang berbaloi,puas akak jalan jalan..jumpa resipi ini..Dan kebetulan pulak akak ada menonton rancangan Bake with Anna Olson di AFC.jadi akak combinekan resipi maka terhasil lah Cf ini..
 Berbaloi membuatnya.akak buat dua perisa.satu gunakan whipped cream yang dicampurkan dengan kastad filling dan isi durian..lebihan membuat Durain crepe..dan kastad filling itu sendiri
Bahan2 nya:
  • 100 gm butter
  • 125 gm tepung roti
  • 250ml air
  • 3 biji telur
  • sedikit garam,gula dan esen vanila(ini akak tambah)
Caranya:
  1. didihkan air bersama butter,garam gula dan esen vanila.
  2. Bila dah mendidih padamkan api.masukkan tepung dan kacau bagi sebati.
  3. Letakan semula periuk diatas api yang perlahan,kacau adunan sehingga tidak lekat di periuk.
  4. Angkat dari api,biarkan sejuk sebentar.
  5. Bila telah sejuk masukkan telur satu persatu.Pukul guna whisk saja hingga aduan sebati.
  6. bolehlah dimasukkan kedalam piping bag yang diletakkan nozzle bentuk bintang atau bulat.
  7. Picitkan diatas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak.Jarakkan antara satu sama lain.
  8. amil sedikit air ciciahkan dengan hujung jari dan tekan diatas tanduk cream puff itu tadi.ada kaedah lain digunakan dengan spray atas puff itu tadi..
  9. Bakar suhu 220 darjah celcius selama 25 minit.
Untuk inti nya:
(KASTAD FILLING)cara ANNA OLSON 

  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula kastor (ketiga tiga bahan ini dikacau rata guna whisk)
  • 1 cawan susu segar 
  • 11/2 sudu teh esen vanila(renihkan diatas api yang kecil)
  •  3 sudu besar butter.(letakkan dalam mangkuk yang bersih)  
  • CARANYA:(susu dan esen direnihkan sebentar,angkat dari api,masukkan bahan yang telah diratakan dengan whisk tadi.Letakakn semula diatas  periuk double boiling.kacau hingga bahan sebati dan pekat.
  • angkat dan tapis diatas mangkuk yang berisi butter.tapiskan hingga hbis dan angkat tapisan dan kacau rata bahan dimasak dengan butter tadi.
  • tutup dengan plastik cling dan sejukkan sebelum dibubuh dalam puff tadi.yang ini untuk memudahkan bubuh dalam piping plastik.
  • boleh juga dicampurkan dengan jagung krim untuk rasa jagung yang lebih lazat..

Wednesday, January 23, 2013

KUIH LOPES

 Assalamualaikum semua dan salam pagi rabu.

Pagi ini akak tayang kuih LOPES yang menjadi kegemaran akak dan anak anak akak.kuih lopes ini banyak versi yang orang buat.tapi hari ni akak share resipi yang selalu arwah mak akak buat.Rasa lopes yang kenyal kenyal bila dimakan dan bau daun pisang memang sungguh menyelerakan masa makan.Ada versi kuih yang dikukus tapi pada akak kurang sikit rasa lopes yang sebenarnya
Untuk membuat lopes ni perlu ada kerajinan sedikit.Selain dari masa merendam nya yang lama,untuk membungkus kuih ini pun satu yang leceh..tapi bila dah siap,apatah lagi setelah dibalut dengan kelapa parut muda dan dimakan dengan air gula melaka.....memang tak ingat dunia rasanya..
Kuih lopes yang sebenar mestilah berbentuk segitiga....hehehe ikut acuan bentuk daun pisang yang kita guna untuk membalut pulut tadi.Mari kita tengok resipi yang akak buat.


KUIH LOPES(source dari SAJIAN SELERA KAKASMA)

BAHAN2:
  • 500 gm beras pulut  
  • 1 biji abu chang(bahan ini boleh dibeli di kedai sengseh)atau boleh digantikan dengan 2 sudi besar air alkeline atau air abu(yang nie boleh beli dikedai bakery)
  • daun pisang dan air secukupnya
  • daun pandan dan sedikit garam
  • Kelapa parut yang muda bubuh sedikit garam
  • air gula melaka(gula melaka sebiji dimasak bersama denga Secawan air,masak hingga gula larut.sejukkan)
Caranya:
  1. Pulut dicuci dan dibersihakn.Kemudian direndam semalam  bersama dengan abu chang atau air alkeline atau air abu.
  2. Setelah itu toskan pulut yang direndam.
  3. Bersihkan daun pisang,layurkan diatas api dan setelah itu lipat daun pisang bentuk segitiga,masukkan pulut tadi.isikan padat padat dan ikat ketat ketat bungkusan tadi ketat dengan tali sehingga menjadi betuk segitiga.buat dua tiga biji dan kemudian ikat dengan tali rafia  ketat2 agar semasa kita merebus pulut  ini tidak terkeluar..Buat sehingga habis..boleh rujuk gambar diatas macamana akak buat.
  4. Masukkan kedalam periuk dan isikan dengan air,bubuh daun pandan dan sedikit garam.
  5. Rebus dalam 3-4 jam atau sehingga pulut tadi benar benar masak.
  6. Bila telah masak keluarkan dari bungkusan,balutkan kuih dengan kelapa parut muda yang telah dibubuh sedikt garam.
  7. Hidangkan bersama dengan air gula melaka.

Tuesday, January 22, 2013

KARIPAP PUSING

 Ini karipap pusing yang akak buat sabtu lepas.buat banyak banyak.Akak suka resipi ini.sangat rangup dan cantik kejadian karipapnya.Banyak versi adunan doh karipap pusing ini.tapi bila akak mencuba resipi yang ii terus jatuh cinta dan InsyaALLAH tak berpaling mencari resipi lain.Terimakasih sangat buat Azlina dari Dapur Hijrah atas resipi yang dikongsikan.

Resipi boleh lihat kat SINI atau akak salin juga disini buat rujukan bila nak buat lagi.pada yang suka makan karipap pusing cubalah.pasti tidak mengeciwakan..
                              Sebelum digoreng dan disejuk bekukan.     
                                Tengok lapisan karipap tu..suka betul...

  
Akak salin resipi Azlina kat sini pulak.


BAHAN A

200 gm tepung gandum
100 gm shortening       
Secubit garam

BAHAN B

400 gm tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)-ini akak tambah
200 gm air- akak kurang air kepada 180gm
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

DOH -A

  1. Gaulkan shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam
  2. Uli dengan tangan sehingga betul2 sebati
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil. 1 doh bersamaan dengan 50 gm 
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
DOH -B
  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan sehingga menjadi doh.tambahkan minyak masak panas tadi sebelum dimasukkan air
  2. Bahagikan ia kepada 6 doh2 kecil. 1 doh bersamaan dengan 100 gm
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap

Monday, January 7, 2013

ACAR AYAM GORENG

 Assalammualaikum dan selamat pagi buat pengunjung pengunjung blog akak yang hampir tengelam nih..Lama sungguh akak tak isi apa apa .mungkin yang datang naik jemu tenguk menu sama yang dah basi..tapi kat blog tak basi kan..Buat yang datang tak kira lah akak kenal atau pun tidak terimakasih.Akak nih bukan terkenal pun,jadi pada yang bertandang walaupun senyap2 tu akak tau anda semua pasti tak jemu mencari resipi resipi yang akak memang dah buat dan dicuba..

Tahun baru ni akak cuba untuk memasukkan resipi baru ataupun resipi yang akak cuba dari rakan rakan blogger yang lain..Akak cuba nak buat azam baru tapi tak tau laa tercapai atau idak!!!hihihi..sebenarnya banyak dah gambar gambar masakan akak hilang masa diformat balik pc nih..tu yang mak berblog jatuh merudum..yelah apa nak di letakkan..tak kan kosong ajer..penat aja yang datang nanti ..
 Hokey laa hari nih akak nak tunjukkan menu yang akak masak minggu lepas ya..bila tak tau apa nak masak dengan ayam yang hampir saban waktu kalau tak kari,goreng sambal,masak merah..aduhai jemuuuu sungguh kan..samapai waktu nak masak pun malas sungguh..tapi datang idea nih bila tengok ada timun dan karot dalam esbok..saja tukar selera..yang penting masa makan krup krap kerangupan timun dan karot..resipi macam biasa ikut kepala akak ajer.sebab akak tengok ada resipi acar yang menggunakan ketumbar,jintan dan gunakan rempah 4 sekawan tu..jadi pada yang nak mencuba akak dah permudahkan namun tak lari rasa acar tu...
ACAR AYAM GORENG
Source dari Sajian Selera KakAsma

Bahan2 yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam(kalau boleh ambil isi ajer)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1" halia dihiris batang mancis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit biji sawi
  • 6 biji bawang merah}
  • 5 biji bawang putih }Biarkan sebiji sebiji
  • 1 biji lada merah buang biji dalam nya}
  • 1 biji lada hijau buang biji dalamnya}hiris panjang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka
  • garam,gula,perasa
  •  
Bahan dihiris panjang
  • 1 biji timun dan karot( direndam dengan sedikit air kapur bagi merangupkan nya)

Caranya:
  1. Ayam dipotong kecil kecil,bersihkan kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan goreng garing.dah siap ketepikan
  2. bahan bertanda* dikisar halus dan campurkan dengan cili giling.
  3. Panaskan minyak  masukkan halia yang dihiris tadi.kacau sebentar,kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling.kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan tomato sos,gula garam dan perasa,ayam goreng,bawang merah dan putih biji,lada merah dan hijau yang dipotong dan biji sawi..
  5. masukkan cuka..kacau rata,kalau kering boleh tambahkan sedikit air..
  6. Akhir sekali masukkan timun dan karot tadi..Biarkan sebentar.
  7. Kacau rata.matikan api dan boleh lah dihidang kan.
Lauk ini enak kalau dimakan dengan ikan kering juga...

Wednesday, June 20, 2012

TART TELUR (Sedap dan ringkas)

Pagi ini akak nak share menu yang akak buat sabtu lepas.entah macamana bila klik2 kat toutube ada resipi tart telur.akak pernah buat seklai tapi tak jadi..sayang betul sebab kena masukkan kedalam cik tong.apa ke tidak nya inti crust tu akak tersalah buat.
resipi crust nya akak guna resipi yang biasa.akak guna acuan besar sedikit..tapi tak buat banyak sebab anak akak kurang gemar telur gini.lebihan adunan crust tu akak buat tat coklat..lepas ni nanti akak masukkan menu tat coklat pulak ya.
Memang berbaloi tengok cara cara kat youtube tu.untuk inti tu mudah aje.lepas nih akak rajin laa nak buat sebab bila dah siap rupanya encik Hb akak suka makan..sedap rupernye yer!

Bahan untuk INTI TAT TELUR
             5 sudu besar gula dimasak dengan 1 1/2 cawan air.(biarkan sejuk)>ikut kemanisan yang disukai
             2 biji telur
              1/2 tin @ lebih sikit susu cair(nak guna fresh milk pun boleh)
             sedikit esen vanila(kurangkan bau telur)
             1-2 sudu besar tepung kastad(ni akak tambah sendiri-ikut cam CENDANA KASIH buat)
Caranya :
            Masukkan air gula dalam bekas,masukkan telur,susu,esen vanila dan dikacau sebati.kemudian masukkan tepung kastad.kacau guna whisk aja.kemudian tapiskan.sedia digunakan...

Untuk crustnya:

  • 130gm butter
  • 60gm gula icing
  • 250gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar air sejuk
caranya:
  • campurkan gula,butter dan tepung.dengan menggunakan tangan ramas rata bahan sehingga menjadi serbuk roti.
  • air,kuning telur,dan esen vanila dicampurkan dan pukul sekejap.
  • masukkan kedalam adunan tepung.gaul hingga menjadi adunan doh.
  • simpan sekejap dalam 10 minit
  • boleh lah dibentukkan dalam acuan dengan mengambil sedikit dan ditekan rata dalam acuan.
  • buat sehingga habis,baru tuangkan bahan inti.
  • panaskan ketuhar dan dibakar 20 minit atau sehingga masak dalam suhu 170 darjah.
  • selamat mencuba...

Tuesday, June 19, 2012

KEK PISANG GEBU

Salam di petang selasa yang ceria,

sedar tak sedar lama juga akak tak update apa apa kat rumah alammaya akak nih.disebabkan kesibukkan melampau lampau...tak sempat nak jenguk rumah nie..Kesian kan..terimakasih yang sudi menjengah..jemu lak kan datang rumah asyik asyik ayam madu tiga ajer..jadi petang nie akak nak kongsikan menu kek pisang yang akak dah buat lama dulu..kat folder akak berderet deret menu yang dah akak buat..nanti akak masukkan satu persatu yer...
 Kek pisang nie memang sangat sedap..smpan semalaman lagi naik rasa dan kelembutan kek ini..akak buat tak banyak separuh dari adunan asal.sebab ahli ahli mesyurat meja kat rumah akak kurang suka pisang..tapi Umar suka makan..jadi tak sia sia akak buat..akak suka sebab ada badam kat atas tu..dan campurkan sikit badam cincang kat dalam adunan..bila tergigit terasa pisang dan badam nyer..Waalllllaaaaa..sedap sangat!!!
Resipi amek kat rumah sis rinnchann..dulu selalu kalau nak try apa apa akak mesti gi ..SINI.
Resipi Kek Pisang Gebu

Bahan2:
250gm butter,
1 cawan caster sugar,
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
4 sudu besar susu pekat,
3 cawan pisang lecek
2 cawan tepung, 
1/2 cawan plain yogurt(ni akak tambah)
1 camca teh soda bikabornat
1 camca teh baking powder
Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional), (akak bubuh walnut dan sedikit choc chip)

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putaran mixer.
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek dan yogurt.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.


Wednesday, May 2, 2012

AYAM MADU TIGA



Assalamualaikum pada pengunjung SELERA KAKASMA,
pagi ini akak cuba masukkan menu ayam yang akak masak semalam..bergandingan dengan Nasi Ayam.
cuti hari pekerja hanya untuk orang berkerja ya,kita nie sebagai surirumah tak ada istilah cutikan.kalau bercuti tak berasap dapur dan kena berpuasa laa seisi rumah.jadi sempena cuti semalam akak masak hidangan ringkas aje.setelah dibuat undian seisi rumah setuju untuk akak masak nasi ayam sahaja..
Kalau digoreng gitu sahaja kena laa buat sambal cukakan.jadi akak fikir elok akak masak sekali ayam ini dengan sambal..senang..just nasi,sup,ayam sambal dan ulam2 pelengkap.

Akak masak Ayam Madu Tiga hasil experimen kat dapur semalam.tanya semua anak2 dan hb kata ok..sedap!!jadi hari ini akak share laa resipi akak yang terkini..hihihihi..kalau nak cuba sila laa jangan segan2..


 

resipi AYAM MADU TIGA
Source: SELERA KAKASMA

Bahan2nya:

  • ayam yang telah dibersihkan bahagikan kepad 16 bahagian
  • 20 biji cili kering(jadikan pes cili)*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar(mayang bulat)
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • sedikit halia,lengkuas dan sebatang serai *(bhn bertanda* dikisar halus)
  • 3 sudu besar cili sos dan tomato sos
  • 5 sudu besar madu
  • sebiji tomato dipotong bulat
  • kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit gula,garam dan perasa.
  • sedikit perahan limau kasturi
Cara2nya:
  • ayam yang telah dibersihkan dilumurkan dengan sedikit kunyit serbuk dan garam.kemudian digoreng hingga habis,ketepikan.
  • dalam kuali bersih,panaskan minyak dan tumiskan bawang besardan bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan mesra.masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
  • bila dah naik minyak tu masukkan sos cili dan tomato,dan diikuti dengan garam,gula dan perasa.gaul bagi sebati dan akhir sekali masukkan madu .
  • gaul lagi dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi..sebatikan..baru masukkan air limau kasturi.
  • kalau nak sedap masukkan hirisan daun sop dan tomato yang dipotong bulat,
 

Friday, April 27, 2012

SOUP KAMBING - my peberet daging

 kalau nak rasa meh laa datang umah..tu SOUP KAMBEN yer.akak nie peminat tegar daging kamben..sib baik tak leh makan kerap kalau idak memang lauk kamben tak kira soup ke,kari ker..masakn style arab ker omputih ker..memang akak tibai..hihihi..
semua orang pandai masak soup.kalau tak pandai memang laa kan..paling senang dan ringkas..cuma kalau nak sedap soup kamben nie kena buh sikit tepung atta..hah!! ada seseorang bgtau akak tapi akak tak pernah cuba sebab camner laa nak beli tepung tu kalau setakat nak buat secoet ajer supkan...
tetiba teringat apa kata beli tepung atta nanti buat capati...pastu beli laa daging kamben buat juga soup sekali..

Thursday, April 26, 2012

MEE KARI KERANG_



Assalamualaikum dan salam pagi Khamis yang cerah,

Mee kari yang ini akak buat langsung tak bubuh bahan lain kecuali hanya kerang sahaja.Hb akak teramat laa suka mee kari.tapi selalu akak bubuh laa udang,sotong dan kekkdg isi ayam..atau pun daging.Mee yang ini dia request akak supaya jangan letak apa apa kecuali kerang.Dia kata mee kari yang banyak kerang laa baru mee kari yang ori..
Sebagai memenuhi permintaan dia akak buatkan mee kari kerang sahaja..tapi dalam lada kering yang akak kisar akak bubuh sedikit udang kering sebagai penambah rasa..tapi not bad laa kan...
Bahan bahan hiasan sama saja macam selalu...


Mee Kari Kerang
Bahan2nya:

sekilo kerang,bersihkan dan direbus hingga masak
3 sudu besar cili giling*
sepeket rempah kari daging Babas*
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih *
Sebiji bawang besar*
sedikit halia*
sebatang serai*
Segenggam udang kering(goreng sebentar)*
sedikit belacan(dibakar dahulu)*
5 cawan santan 
garam,gula dan perasa

Caranya:
Kerang setelah direbus ambil isinya ,ketepikan.Bahan bahn yang bertanda dikisar hingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk ,tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan kerang,santan,garam,gula dan perasa.Biarkan kuah mendidih.perasakan.Akhir sekali kalau suka boleh masukkan tahu pok..

                                                                   Bahan sampingan:
                                                  Mee kuning>>>>celurkan sebentar
                                                  Daun salad
                                                 Telur Rebus
                                                 Daun Sop/bawang>>>hiris halus
                                                 Lada Hijau>>>>hiris bulat
                                                 Bawang goreng
                                                 Limau kasturi
                                       
                                                             Selamat menjamu selera             

Wednesday, April 25, 2012

BUBUR SOM SOM-bubur kesukaan orang jawa


sekarang ni  bila petang aja hujan turun dengan lebatnya ditempat akak.bedentam dentum petir..kalau anak anak semua dah balik dari sekolah baru senang hati nak tidur atau pun nak bersenang lenang sikit..
tapi anak anak sekarang jadual tak menentu.yang nak ambil SPM dah memang tinggal diasrama,yang PMR balik naik bas awam selalu nya pukul 5 lebih baru sampai rumah..yang UPSR lagi laa jam belum pukul 7 tak nampak bayang sebab yang nih naik van..ikut lah mana dulu pemandu tu nak antar..dan selalu anak akak nih paling last sekali diantar.
disebabkan nak tido tak boleh akak pun mengodeh godehlah tepung beras,tepung jagung dan santan..nak buat kuih berkukus malas laa pulak.

                                
Bubur SomSom akak nie style orang jawa punya..ada yang buat setelah dikacau dalam periuk dikukus..
ee tak rajin lak nak mengukus..jadi akak hanya masak dalam periuk,guna api kecik ajer..masak kan hingga tepung tu tak lekat kat periuk..makna dah tanak laa tu..kalau rajin masukkan dalam bekas cumel cumel..kalau tak rajin buh dalam bekas besar,kemudian sejukkan..akak sejukkan dalam petiais aje.

                                .
kalau nak ikut cara akak boleh aje....tapi kalau nak cuba yang lain try  SINI atau  Sini

Resipi Bubur Som som
SELERA KAKASMA

BAHAN2:
2 cawan lebih sikit tepung beras
3 sudu tepung jagung
1 kotak santan
21/2 cawan air
daun pandan disimpul
sedikit garam

caranya:
>>>>>masukkan kesemua bahan dalam satu bekas bersih.kacau bagi larut dan sebati.tapiskan kedalam periuk.gunakan api yang kecil bagi menanak adunan ini..masakkan hingga adunan ini tidak lagi melekat dalam periuk..kalau semasa mengacau agak kurang airnya boleh laa ditambah(biasa lah buat agak agak nie kena adjust air ya)akak suka kacau menggunakan arah lawan jam,pastikan sentiasa dikacau agar tidak bergentel2 nnti tak cantik.

Bubur  nie enak dimakan bersama sama dengan air gula merah..gula putih pun boleh..tapi selalu nya orang lebih suka gula merah..cantik gitu..dan ada juga yang menggunakan daun pandan dikisar bersama air dan dicampurkan kedalam adunan..jadi laa som som pandan..ikut kesukaan masing2.

Tuesday, April 24, 2012

NASI DAGANG TERENGGANU-bila orang Johor yang masak

Assalamualaikum semua dan salam pagi selasa,


Percaya maupun tidak,kena percaya ya.sebab pertama kali akak buat nasi dagang.akak selalu kalau teragak nak makan beli ajer kat pasar malam kalau ada pergi kepasar malam.Beli sekampit beras pulut,mula cadang nak dibuat kuih lopes,tapi tak juga dibuat buat lagi atas sebab tak ada air abu nak merendamkan pulut tu.(kalau rendam dengan air abu pulut jadi kenyal kenyal gitu)..
Hb akak biasa makan nasi dagang sebab dia duduk dikuantan dulu selalu dapat makan.bila akak masak nasi dagang ni,akak tanya lah kat hb akak..okay tak bang..sedih nya dia kata kurang sikit,tapi adalah rasa..hihihi biasa tukan orang johor masak nasi dagang..alasan tak boleh pakai sebenarnya.sebab pertama akak tak kukus pun nasi tu..main masak macam nasi biasa..amek ko..walaupun ikut resipi dari Minami kat MYR tu...Alasan lagi  >>>>>>  sebab senang keje akak...
 


Tapi lauk ok kata hb akak cuma kena pekatkan lagi kuahnya sebab akak bubuh banyak santan jadi petang tu akak renehkan lagi kuah hingga jadi pekat betul..yesss!!! jadi lepas nih kalau nak buat lagi nasi dagang kena ikut betul betul step baru boleh dapat hasil yang membanggakan..Akak salin resipi nih semula dari Bukan sekadar masakan Ros Jintanmanis..

*NASI** ( resepi asal dari Kak Minami133 Myresipi)
* 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut (akak guna 1 cawan beras pulut+3cwn beras biasa)
* 1/2 tin santan
* garam dan gula
* 1 sudu besar halba
* bawang dan halia (hiris halus2)
* air

* **GULAI IKAN TONGKOL**
* 1 tin santan(guna santan kelapa biasa 1 biji)
* 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia , 4 cm lengkuas } di'blend'
* 15-20 tangkai cili kering
* 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros(takde guna rempah kari babas)
* 6 keping asam keping
* garam dan secubit ajinomoto
* gula ( ros guna gula nisang)
* 5-6 biji cili padi
* 1 ekor ikan tongkol
* 1 cm belacan

***ACAR**
* 2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Cara-cara
1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.(yang nih akak derhaka sikit masak kat periuk nasi elektrik)


2.Kuah

GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

3. ACAR:
 Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails