Monday, January 7, 2013

ACAR AYAM GORENG

 Assalammualaikum dan selamat pagi buat pengunjung pengunjung blog akak yang hampir tengelam nih..Lama sungguh akak tak isi apa apa .mungkin yang datang naik jemu tenguk menu sama yang dah basi..tapi kat blog tak basi kan..Buat yang datang tak kira lah akak kenal atau pun tidak terimakasih.Akak nih bukan terkenal pun,jadi pada yang bertandang walaupun senyap2 tu akak tau anda semua pasti tak jemu mencari resipi resipi yang akak memang dah buat dan dicuba..

Tahun baru ni akak cuba untuk memasukkan resipi baru ataupun resipi yang akak cuba dari rakan rakan blogger yang lain..Akak cuba nak buat azam baru tapi tak tau laa tercapai atau idak!!!hihihi..sebenarnya banyak dah gambar gambar masakan akak hilang masa diformat balik pc nih..tu yang mak berblog jatuh merudum..yelah apa nak di letakkan..tak kan kosong ajer..penat aja yang datang nanti ..
 Hokey laa hari nih akak nak tunjukkan menu yang akak masak minggu lepas ya..bila tak tau apa nak masak dengan ayam yang hampir saban waktu kalau tak kari,goreng sambal,masak merah..aduhai jemuuuu sungguh kan..samapai waktu nak masak pun malas sungguh..tapi datang idea nih bila tengok ada timun dan karot dalam esbok..saja tukar selera..yang penting masa makan krup krap kerangupan timun dan karot..resipi macam biasa ikut kepala akak ajer.sebab akak tengok ada resipi acar yang menggunakan ketumbar,jintan dan gunakan rempah 4 sekawan tu..jadi pada yang nak mencuba akak dah permudahkan namun tak lari rasa acar tu...
ACAR AYAM GORENG
Source dari Sajian Selera KakAsma

Bahan2 yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam(kalau boleh ambil isi ajer)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1" halia dihiris batang mancis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit biji sawi
  • 6 biji bawang merah}
  • 5 biji bawang putih }Biarkan sebiji sebiji
  • 1 biji lada merah buang biji dalam nya}
  • 1 biji lada hijau buang biji dalamnya}hiris panjang
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka
  • garam,gula,perasa
  •  
Bahan dihiris panjang
  • 1 biji timun dan karot( direndam dengan sedikit air kapur bagi merangupkan nya)

Caranya:
  1. Ayam dipotong kecil kecil,bersihkan kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam dan goreng garing.dah siap ketepikan
  2. bahan bertanda* dikisar halus dan campurkan dengan cili giling.
  3. Panaskan minyak  masukkan halia yang dihiris tadi.kacau sebentar,kemudian masukkan bahan kisar dan cili giling.kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan tomato sos,gula garam dan perasa,ayam goreng,bawang merah dan putih biji,lada merah dan hijau yang dipotong dan biji sawi..
  5. masukkan cuka..kacau rata,kalau kering boleh tambahkan sedikit air..
  6. Akhir sekali masukkan timun dan karot tadi..Biarkan sebentar.
  7. Kacau rata.matikan api dan boleh lah dihidang kan.
Lauk ini enak kalau dimakan dengan ikan kering juga...

13 comments:

  1. amboii...dap nyer akak... selalu dengar acar ikan, ni ada acar ayam yerk...sure sedap, masam2 manis..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mesti sedapkan kak acar ayam ni...selamat tahun baru kak!!

    ReplyDelete
  4. muncul juga akhirnya...dah rindu dgn menu akk yg baru..slamat thun baru wt akk n family..acar aym nie pestime dgor kak..camne rasanye tu kan,,rasanya gabunga yg sedap nie..

    ReplyDelete
  5. assalam kak asma, sedap nampak lauk ni kita masuk listlah..bila2 nak cuba ni kak..thanks ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tau ayu memang sedap..ringkas ajer resipi akak nih..tapi menepati tekak juga tu..
      eh!napa nak masuk blog ayu tak boleh yer...

      Delete
  6. assalam
    lama menyepi k.asma ni ...rindu dgn masakan2 k.asma

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama sara nur,

      terimakasih..ahaa kini muncul kembali tu pun tak tau
      ikut mood..hihihihi..
      InsyaALLAH akak cuba tayang menu2 yang akak dah cuba..

      Delete
  7. Aslmkum k.Asma
    ada juga masuk dapur k.Asma ni...sunyi sepi....lamaaa...ni baru muncul...harap tak sunyi sepi lagi lepas ni
    acar ayam goreng....belum pernah cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMAsya22,
      kena cuba resipi nih...
      mmg sangat sedap ..
      tulaa kan harap harap akak rajin update resipi nanti..

      Delete
  8. ASSALAMUALAIKUM..

    wah akhirnya...
    lama gak menanti kak sma membuat comeback..benar2 ternanti-nanti..alhamdulillah..kak sma akhirnya muncul menambah seri..

    harapnya, disepanjang hibernasi kak sma..akak sihat walafiat disamping keluarga tercinta..teruskan berkarya kak..saya pengunjung setia ie silent reader blog akak..

    take good care always

    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latifah.
      terimakasih yer.sudi datang selalu
      InsyaALLAH akak cuba untuk memberikan menu menu yang dah akak cuba.
      salam sayang dari akak..muah...muah..muah...

      Delete
  9. Assalamualaikum kak Asma cayanggg..lama tak dengar citer akhirnya muncul sudah! Kat rumah saya menu ayam tak reti jemu la pulak. anak2 tak kisah kalau msk ayam hari2, senang jaga budak2 lelaki ni..resepi ni special la, boleh cuba utk kelainan :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails