Tuesday, January 22, 2013

KARIPAP PUSING

 Ini karipap pusing yang akak buat sabtu lepas.buat banyak banyak.Akak suka resipi ini.sangat rangup dan cantik kejadian karipapnya.Banyak versi adunan doh karipap pusing ini.tapi bila akak mencuba resipi yang ii terus jatuh cinta dan InsyaALLAH tak berpaling mencari resipi lain.Terimakasih sangat buat Azlina dari Dapur Hijrah atas resipi yang dikongsikan.

Resipi boleh lihat kat SINI atau akak salin juga disini buat rujukan bila nak buat lagi.pada yang suka makan karipap pusing cubalah.pasti tidak mengeciwakan..
                              Sebelum digoreng dan disejuk bekukan.     
                                Tengok lapisan karipap tu..suka betul...

  
Akak salin resipi Azlina kat sini pulak.


BAHAN A

200 gm tepung gandum
100 gm shortening       
Secubit garam

BAHAN B

400 gm tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)-ini akak tambah
200 gm air- akak kurang air kepada 180gm
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

DOH -A

  1. Gaulkan shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam
  2. Uli dengan tangan sehingga betul2 sebati
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil. 1 doh bersamaan dengan 50 gm 
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
DOH -B
  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan sehingga menjadi doh.tambahkan minyak masak panas tadi sebelum dimasukkan air
  2. Bahagikan ia kepada 6 doh2 kecil. 1 doh bersamaan dengan 100 gm
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap

11 comments:

  1. kak ma sukaaaaaa dengan kipap tapi malasnya nak buat order buleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adek ku Mimi cayang,

      oder kalu sampai penang sudah kulat2..hehehe
      buat laa resipi nie terbaik laa
      akak suka..tak cya mimi buat..

      Delete
  2. sedapnya kak Asma nanti saya pun nk try resepi ni sedang rajin ni heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nooriah Abdullah,
      cuba laa pasti puas hati..nak detail jenguk laa blog Azlina tu dia tunjuk step by step..
      selamat mengelim...

      Delete
  3. assalam asma..lama dah tak buat dan makan karipap pusing ni..rajin asma buiat karipap pusing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik,
      duduk rumah nie asyik nak makan ajer

      tu yang merajinkan diri buat kuih ni.:}

      Delete
  4. Replies
    1. Adda,

      bagi link blog adek boleh..
      akak tak dapat nak gi blog adda..
      terimaksih sudi datang

      Delete
  5. Slm kak asma.
    Aritu zila buat ikut resepi lain x menjadi..pusingan dia kurg csntik..nnt zila try resepi nie plk kak.mmg nmpk cantik tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila cuba laa pasti pueh ati
      suka dah dengan pastri yang ini.

      Delete
  6. teringin nk wat tapi masih ragu2 jeles tengok semua org tayang karpap pusing nie...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails