Wednesday, January 23, 2013

KUIH LOPES

 Assalamualaikum semua dan salam pagi rabu.

Pagi ini akak tayang kuih LOPES yang menjadi kegemaran akak dan anak anak akak.kuih lopes ini banyak versi yang orang buat.tapi hari ni akak share resipi yang selalu arwah mak akak buat.Rasa lopes yang kenyal kenyal bila dimakan dan bau daun pisang memang sungguh menyelerakan masa makan.Ada versi kuih yang dikukus tapi pada akak kurang sikit rasa lopes yang sebenarnya
Untuk membuat lopes ni perlu ada kerajinan sedikit.Selain dari masa merendam nya yang lama,untuk membungkus kuih ini pun satu yang leceh..tapi bila dah siap,apatah lagi setelah dibalut dengan kelapa parut muda dan dimakan dengan air gula melaka.....memang tak ingat dunia rasanya..
Kuih lopes yang sebenar mestilah berbentuk segitiga....hehehe ikut acuan bentuk daun pisang yang kita guna untuk membalut pulut tadi.Mari kita tengok resipi yang akak buat.


KUIH LOPES(source dari SAJIAN SELERA KAKASMA)

BAHAN2:
  • 500 gm beras pulut  
  • 1 biji abu chang(bahan ini boleh dibeli di kedai sengseh)atau boleh digantikan dengan 2 sudi besar air alkeline atau air abu(yang nie boleh beli dikedai bakery)
  • daun pisang dan air secukupnya
  • daun pandan dan sedikit garam
  • Kelapa parut yang muda bubuh sedikit garam
  • air gula melaka(gula melaka sebiji dimasak bersama denga Secawan air,masak hingga gula larut.sejukkan)
Caranya:
  1. Pulut dicuci dan dibersihakn.Kemudian direndam semalam  bersama dengan abu chang atau air alkeline atau air abu.
  2. Setelah itu toskan pulut yang direndam.
  3. Bersihkan daun pisang,layurkan diatas api dan setelah itu lipat daun pisang bentuk segitiga,masukkan pulut tadi.isikan padat padat dan ikat ketat ketat bungkusan tadi ketat dengan tali sehingga menjadi betuk segitiga.buat dua tiga biji dan kemudian ikat dengan tali rafia  ketat2 agar semasa kita merebus pulut  ini tidak terkeluar..Buat sehingga habis..boleh rujuk gambar diatas macamana akak buat.
  4. Masukkan kedalam periuk dan isikan dengan air,bubuh daun pandan dan sedikit garam.
  5. Rebus dalam 3-4 jam atau sehingga pulut tadi benar benar masak.
  6. Bila telah masak keluarkan dari bungkusan,balutkan kuih dengan kelapa parut muda yang telah dibubuh sedikt garam.
  7. Hidangkan bersama dengan air gula melaka.

17 comments:

  1. Asslmkum kak Asma.
    Sue suka mkn kuih lopes. Tp x pnh buat sbb leceh. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibh sue,

      mmg leceh sikit sue,tapi bila dah siap sedap tak terkata..asyik nak makan ajer..cuba laa
      meh akak tiupkan biar ghajin sikit

      Delete
  2. kak ma ni pun pebret cheq jugak huuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul Adekku mimi,
      kuih nie mmg jadi kegemaran semua..
      kat sini nak jumpa time bulan puasa ajekan..

      nak bagi jauh benar..:}

      Delete
  3. Kak asma...lopes ni kegemaran suami saya. ..tapi...saya tak pernah buat....beli jew....huhu tq atas perkongsian Info
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali ummiaiman,

      wah lepas nie bolehlah buat,senang ajer cuma nak rajin sikit..
      lagi lagi kalau suami suka..pasti jadi mudah..

      terimakasih sudi datang n follow..
      nanti akak datang ya

      Delete
  4. Aslmkum k.Asma
    sy suka juga kuih lopes tp belum pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum mussalam Mamasya,

      kalau kat malaysia boleh cuba nih Ziela,
      yelahkan kelapa tu jadi masaalah..
      senang tak nak jumpa kelapa..

      Delete
  5. akk suka kueh lopes yg ori.wangi bau daun pisang..rasanya pun kenyal.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Asma,

    Iza pun suka lopez.
    Betul tu k.asma rasanya yg kenyal2 dgn aroma daun pisang buat kita mkn sampai tak hengat dunia kan.
    Segitiga camnih belum pernah cuba lg. Teringin gak nk uat cam nie.
    Biasa buat bungkus daun pisang n gulung jer...tu paling senang cepat siap.

    ReplyDelete
  7. salam kak asma..
    kuih lopes ni memang tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas kan.. sentiasa menjadi kegemaran semua.. tp ni salah satu kuih yg belum pernah sy cuba lagi.. harap2 ada kerajinan nak membuatnya satu hari nnt..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak...wahhhh...1st time ni saya tengok paparan penyediaan lopes lain dari yang lain..kiranya ni cara tradisi lah yaaaa....apa pun setakat ni saya masih belum pernah buat lopes apa-apa versi pun..selalu beli jeeee..Tapi nak simpan gak resipi ni, mana tau satu hari nanti tetiba teringin nak mencubanya sendiri..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak... sedapnya Nampak lopes tu.. ye kak, ita dah balik.. seronoknya akak ingat lagi pada ita.. harap suatu hari kita boleh berjumpa

    ReplyDelete
  10. salam..kak sma..sedapnyaaaa...lama betui tak jumpa kuih best ni..terliurrr che'pah..hehehehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum sis
    Kuih lopes ni asal dari mana ye?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sis
    Kuih lopes ni asal dari mana ye?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis
    Kuih lopes ni asal dari mana ye?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails