Thursday, April 19, 2012

KEK LAPIS KELAPA KOKO- Kak RUSNAH

 Kawan baik akak Novelis Raihan Zaffya kol bgtau nak datang rumah akak semalam..jadi pagi semalam masa gi jenjalan akak singgah rumah  kak-rusnah.fotopages.Kak Rus buat kek yang diolah dari sebuah majalah..tengok tertarik pulak..akak pernah buat kek lapis masam manis tapi tak jadi..biasa laa kan ada masa menjadi ada masa hancus kek tu kita buat..last last jumpa cik tong kan..
Tengok bahan bahan ada laa pulak..macam sedap nih..akak pun mengodek godek laa ..buat dengan umar..dia tolong hulur2kan barang...
 Bila dah siap oiii sedapnyer..sebab ada kelapa dan koko..akak memang suggestkan kawan kawan yang mai sini try buat..nak buat kek lapis cam DAyangJack buat tu memang tak dan punya..dayang buat santek dan berlapis lapis..tapi akak buat empat lapis ajer..kalau ikutkan kena buat lima lapis..tapi loyang akak guna agak besar..
 wangi kelapa dan koko membuatkan Umar aje makan hapir separuh..kena buat lagi nih nanti.lagipun senang aje nak buat..owh yea,resipi nie kata kak rus dia dah ubah suai sebab biasa laa resipi majalah nie kekadang tak boleh ikut seratus peratus..tapi akak rasa sekarang dah tak lagikan..sebab ramai blogger yang femes dan punya skill menembak uyang cantik dah pun masuk majalah resipi mereka..memang resipi terbaik dan tak risau kalau dibuat..sebab semua nya dah dicuba didapur masing masing...
 Resipi KEK LAPIS KELAPA KOKO



5 biji telur A
1/4 cwn gula
1 1/4 cwn mentega / majerin
5 sb susu pekat
2 sb kaya
1 1/2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st vanilla
1 cwn kelapa kering
1 sb serbuk koko

Cara Membuatnya
1. Sediakan kukusan,lenserkan acuan 8x8 inci dengan majerin dan alaskan plastik biar bagi terkeluar di dua bahagian acuan supaya senang mengeluarkana kek bila sejuk.

2. Putar mentega dengan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.

3. Masukkan susu pekat,vanilla dan kaya ,kacau lagi kemudian masukkan tepung yang dah diayak dan sebatikan.

4. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian iaitu 3 bahagian dimasukkan kelapa dan 2 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.

5. Kukus dengan lapisan berkelapa dahulu 10 minit kemudian warna koko dan buatlah sehingga selesai.Untuk kukusan terakhir biarkan selama 20 minit.Tutupkan acuan dengan aluminiam foil supaya lapisan atas kek tidak basah setiap kali mengukusnya.

6. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

18 comments:

  1. Salam Kak Asma...lama tak dataang singgah apa khabar...sodap nampak sajian hari ini..boleh la nanti senang2 akak coba pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Paty,
      asma sihat alhamdulilah..cuba laa kak mmg senang dan sangat sedap..kalau simpan semalaman lagi sedap kak!!harum ajer bau nyer

      Delete
  2. Salam kak Asma,memang sedap kalau ada koko dalam resepi kek.Menjadi pujaan ramai gitu.Nanti nak try gak la.masuk lis ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iza,
      buat jangan tak buat menyesal nanti..hihiiii..
      mmg sedap sangat..kalau simpan semalaman lagi laa tak taw nak cakap..kena try baru tau...

      Delete
  3. salam kak asma
    mgkin ada coklat n kelapa kering tue yg sedap kan..mesti wanggiiii jew..klu akk dh kata sedap mmg kompom ler sedapp..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul tu zila,
      hehehehe..macam chef pulak kan bila akak kata sedap
      cuba laa konfrim buat selalu:)))

      Delete
  4. salam kak asma.. uniknyer resepi ni, xpernah tun tgk resepi kek letak kelapa parut. kalau biskut raya tu pernah la. bau dia mesti wangi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun,
      kelapa parut tu yang kering punya tau..kalau tak de akak rasa boleh laa panaskan kelapa dalam ketuhar..mmg wangi gitu..tu laa unik kan..senang ajer nak buat:))

      Delete
  5. Salam Kak Asma..layan kek di petang hari bersama kopi/teh panas..sedappppp...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Asma... jarang nampak blogger masak kek laps camni... ada koko lagi..

    ReplyDelete
  7. Saya pun nampak kat rumah kak rusnah. Oh ya pasal kuih kaswi tu memang lembut dan bergoyang bila disentuh.

    ReplyDelete
  8. Salam kak Asma,
    Amboi Umar, dah pandai tolong mak masak kat dapur ek... bagusnya ada taruna akak ni. meh umah auntie lak tau lepas ni. hehehe... :)

    ReplyDelete
  9. Assalam kak asma,
    lama betul tak singgah kat sinilah..
    kek lapis nampak menarik kak..
    terimaksih lah kak beri semangat kat kita hari tu..terharu kita kak..really appreciate so much..

    ReplyDelete
  10. aslmkum kak... ada lagi ke kek tu.. nmpk sedap jer.. lum rajin lagi nk buat kek ni.. jln2 cuci mata dulu eh..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Asma,
    memang betul tu, Amie sangat setuju... banyak beli buku resepi, terutama majalah resepi tapi bila cuba selalu tak jadi terutama bab tepung-tepung ni, ada saja benda yang tak betulnya, baiklah kongsi dengan rakan blogger sebab kita bukan nak komersialkan resepi, lagipun kita boleh tanya rakan blogger masakan kita....

    KLKK tu menggoda mata sebenarnya! Nak tapau 3 ketul bawa pulang ye...

    ReplyDelete
  12. Salam kakasma! mana pakwe kita?? windu dgn pakwe niii hihihi.... sedap nmpk kek tu kak, kita nak makan ajerrr tp malas nak buat ehehe.. suh pakwe kecik buatkan utik makwe besar kat siam ya :D

    ReplyDelete
  13. tengah tak ada mood nak melapis lagi ni
    nanti kalau rajin nak minta tolong vote akak kat http://mitbca.com/category.php?id=3..ada 2 kategori blog akak tercalun..ajaklah geng lain jika rajin

    ReplyDelete
  14. nampak menarik dan sedap, gabungan kelapa dan koko. hihi.. nnti boleh cuba la kan. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails