Salam pagi Isnin semua...
wah jangan tanya ade lagi ke idak nasi lemak nie..akceli akak buat nasi nie semalam ade trajedi disebalik nasi yang tak dijangkakan nie.semalam masa akak tanak nasi tiba tiba elektik kat umah akak terpadam.ape nak dibuat ngan nasi yg baru juga di JERANG tukan..akak keluarkan nasi tu,tengok kat sebok akak ade kelapa dan daun pandan.ape lagi akak pun jerang kukusan atas dapur bubuh daun pandan dalam kukusan dan beras yg suku masak...akhirnya masak ler nasi lemak dalam kukusan..senang cete.hari tu memang nampak kat umah cyber AYU tingat tu yang akak terus buat nasi nie..akak c/p ajer cara buat nasi lemak kukus nie dari umah Ayu senang buat rujukan nnti..ayu pulak dapat dari noya@myresipi.com.maceh buat kedua duanye..
Bahan bahan
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
garam secukup rasa
Method:-
Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan:
Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.
salam kakasma..kita memang suka nasi lemak..asalkan nasi lemak tapi yang kukus ni lagiiii lah suka:)
ReplyDeletesalam kak as...ns lemak kukus mmg sedap sikit berbanding yg ditanak! lembutnya texture nasi tu kan!
ReplyDeleteSalam Kakasma,
ReplyDelete..macam tau2 aje..awal2 lagi dah warning jgn tanya ada lagi ke tak..haha..
looks sooooo..delicious ~ to org yg asyik nak cuba diet..hehehe..
:-)
CM,
ReplyDeletekita kan first time buat camgini..kalau tak kerana takde elektrik tukan kita buat gaknyer..tapi mmg lembut dan takde kerak..len kali buat gini jerkan jimat...
Ain,
ReplyDeletebetul tu ain..akak dulu tak pernah rasa sekarang ne dah boleh laa buat selalu senang...
Cheqna,
ReplyDeleteeee org diet nampak nasi lenak mesti teragak tuh..hehehe tak per cheqna..dah bg hint awal awal tu yg senang...
nak diet makan gini okay per!!!uwaaaa...