..
Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 30 biji pau)
Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 30 biji pau)
A)
1 peket yis kering (11 gm)
1/2 sudu teh gula
1 cawan air suam
B)
5 cawan tepung gandum = 500 gm
2 biji telur gred B/ C
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1/2 biji kentang saiz besar / 1 biji kentang kecil- dikupas kulit, hiris nipis dan rebus empuk- kemudian lecek halus
sedikit tepung untuk ditabur pada pencanai dan dulang
Cara membuatnya:
1. Campurkan bahan A. Kacau dengan hujung jari agar yis larut. Biarkan 10 minit atau campuran berbuih.
2. Sementara itu masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan campuran A.
3. Uli campuran hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.
**** jika ada mesin penguli boleh juga gunakan penguli. Ataupun masukkan ke dalam bread maker dan pilih setting doh.
4. Setelah siap doh, bulatkan dan tutup dengan tuala dapur dan rehatkan selama 15 minit di tempat suam. (suhu bilik)
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Uli semula lebih kurang 5 minit. Sediakan papan pencanai dan penerap. K.An gunakan gelas plastik je....
6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai doh menjadi 1/2 sm tebal. Terap bulat dan susun dalam dulang yang ditabur tepung seperti di dalam gambar. Buat hingga habis doh.
7. Sementara doh siap diterap, pau yang mula-mula diterap akan mengembang. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah minyak panas, perlahankan api dan masukkan pau dan sentiasa terbalikkan pau agar tidak hangus dan pau masak rata. Angkat pau setelah warnanya keperangan,
8. Goreng hingga siap.
Bahan inti:
10 tangkai cili kering- seeloknya yang diketahui tidak terlalu pedas- Buang biji, rebus.
segenggam ikan bilik siap dibersihkan- rendam seketika, toskan dan tumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus
5 sudu besar minyak masak
5 sudu besar gula pasir++
garam secukup rasa
1 sudu teh air asam jawa
1 keping asam keping
1 biji timun
Cara membuatnya:
1. Kisar cili bersama 3/4 cawan air hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan ikan bilis dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Kacau sambal sekali-sekali agar tidak hangus. Masukkan air asam jawa dan asam keping.
3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga sambal berkilat dan nampak cantik. Masukkan bawang besar dan biar bawang layu. Rasa garam dan gulanya. Tambah jika perlu. Jika cukup rasanya, bolehlah dipadamkan api.
Hiris timun 2 mm tebalnya. Belah pau di tengahnya tetapi tidak putus. Sapukan sambal dan letakkan hirisan timun. Sedia dinikmati.
sebelum dibubuh sambal
selepas dibubuh sambal..nyum...nyum....amek sorang satu jer taw!!!
saya pun dulu masa sek2..suka mkn burger msia ni ngan kwn2 sambil buat study group! so setiap kali terpandang pau sambal ni, terigt kat kwn2 masa sek dulu.
ReplyDeleteK.Asma ~Kami kat sekolah panggil kuih ni kuih bom... MM ada buat last 2 weeks.
ReplyDeletesedapnya! lama tak makan nih...satu je tak cukup kak..hehe..mcm nak kena buat je ni...
ReplyDeleteain,tula kan..memang sungguh terkenal kuih nie kat sekolah.even anak akak pun kata kat sekolah dia orang pun ade jual kuih ni..makan berketul ketul diarang semalam.bab dapat banyak adunan nie..ahaa tul tu akak pun tingat dulu dulu..nostalgia!!!
ReplyDeleteMM..ooo banyak juga pangilan kuih nie kan..masa kat sekolah akak dulu dia tak bulat,org kantin tu buat panjang sikit..ooo iyeke!!akak pun mcm perasan MM tayang kuih nie aritu..
ReplyDeletenonie,sedap nie..cuba buat laa..tapi kalau ikut resipi nie mmg dapat banyak..nonie boleh kurangkan bahan nyer..tapi simpan lama pun still lembut taw...
ReplyDeletemas suka burger msia, sedapnya,,,letak sambal banyak2..
ReplyDelete