Saturday, May 29, 2010

Mee Hailam

salam petang sabtu..hari nie dah petang baru laa sempat nak mengupdate N3..bukan per sebab akak pun memalaskan diri nak masak masak..hanya buat mee hailam nie ajer buat makan tengahari nie..malam nnti baru laa nak masak masak nasi bagai..bukan per dok bertonyeh ngan hb dan anak anak ajer..sedar sedar dah nak tengahari..layan mata kejap yer..resipi owang malas nnti akak letak...tapi sebelum tu..akak nak ucapakn berbanyak banyak terimakasih dan amat terharu dengan ucapan dari teman teman dan adek adek alam maya akak yang datang memberikan ucapan dan doa buat akak sempena ulangtahun perkahwinan akak semlm..jadi akak hanya balas kat sini yer..buat CHEQNA,HANA,IKA,DATIN EL,IZAHDAUT,MAS,ALIMAZ,IDAYUSOF,CHIK MIMI,AZATIE,AZIEMAS,EIJA,KAK UMMI,LOVE2COOK,ALONGROZDAN MISS MIRROR..terimakasih..akak cayangggg semua..buat CIKMIN(jangan majuk lagi tau),CICAKGIRLS,MAMAHAWA,NUR,NOR,ZANA,IBUDANIA,YATIE,YAT MARIA,HAMSINI,KAKZAI,JC,KELLY..tak akak lupa.tak dapat nak balas satu persatu..hanya doa semuga persahabatan kita semua akan terus berkekalan..dan juga bahagia bersama keluarga kita semua..amin.

nie resipi mee hailam mudah akak..hehehe kan akak kata malas....

BAHANBAHAN:
  • 1 kilo mee kuning
  • 300 gm daging (hiris nipis rebus sebentar simpan airnya)
  • sedikit isi ayam
  • udang(optional)
  • 7 ulas bawang putih(akak suka bubuh banyak)*
  • 1 labu bawang besar*
  • sedikit halia*(bahan* dikisar halus)
  • 1 sudu besar serbuk lada putih(hitam pun boleh)
  • 3sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • garam dan seketul stok ayam dan gula
  • 2 sudu tepung jagung
  • sayur sayur nak campurkan(kobis bunga,karot,kobis panjang,lada merah_hiris hiris)
caranya:
  1. panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga harum.tambahkan sedikit air daging
  2. kemudian masukkan daging dan ayam.biarkan masak.
  3. masukkan sos tiram,gula garam,kicap serbuk lada sulah dan stok ayam.tambahkan air..
  4. masukkan pula sayur sayur dan tambahkan dengan bancuhan tepung jagung.
  5. biarkan kuah mendidih.kalau rasa kurang pekat boleh tambahkan tepung jagung..perasakan
  6. celurkan mee kuning.bila nak dihidangkan masukkan mee kedalam pinggan dan bubuh kuah hailam atas mee..boleh ditambahkan dengan lada jeruk ,hirisan daun sop dan bawang goreng bagi menaikan aroma..

6 comments:

  1. sekali sekala tak pe kak, time2 cuti ni kadang2 memang terleka sikit bila dengan anak2, sedap juga makan mee hailam kan kak...cepat dan sedap dimakan,

    ReplyDelete
  2. Kakasma, kasih diterima..hehe..n insyaAllah.

    aduh sedapnya mee hailam tu...macam tu pun kata "ni ajer"...to me kalau mee segera masuk air panas ye lah bleh cakap macam tu...hahaha..

    ReplyDelete
  3. Mas..tu laa cuti panajng nie semua asyik nak borak n gaduh gaduh manja gitu..tu yg masak apa yang ade..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Cheqna,
    iye ke mee nie laa paling senang nak buat bab bahan nyer senang tu yg kata cam gitu hehehe..kalu buat mee len penuh dan banyak sangat dia punya bahan sampingan..

    ReplyDelete
  5. Malas, malas pun masak juga. Kita kalau malas, makan kat kedai je!

    ReplyDelete
  6. MAMA,
    hehehe kalau kita kena pk 10 x nak makan kat kedai askar dan komando ramai dua meja kena bukak..mau bayar wet merah merah not ajer..huhuhu...2x gi bangkrup kwang kwang kwang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails