Friday, May 14, 2010

Selar Kuning Tumis Asam

akak tak tau ghupernya lauk yang akak masak nie namanya tumis asam.akak memang suka masak camgini bila dah kehabisan idea nak masak aper.bila jumpa resipi ni dan tengok lebihkurang cam akak masak.baru tau namanya...yelah seminggu 7 hari menu pun sekurang kurang nya 14 jenis uwaaa..tul kan..yelah takkan makan ikan ajer..tak de sayur mayur,sambal lagi.mak oiii kira kita nie ibu ibu memang terer laa kan..yelah masak masak pelbagai menu..hehehe tu ibu yang rajin dan kreatif..cam akak nie men belasah ajer..janji seminggu mesti ade asam pedas dan kari juga sambal..yg len tu pepandai ler adjust..kot malas melanda tau tak de bahan..nasi goreng bodoh ler jawapnyer..anak anak balik sekolah muncung boleh letak hanger baju kalau akak masak nasi goreng di tengahari..sudah nyer mesti diarang masak maggi sendrik!!!....okay laa akak masak selar kuning tumis asam ajer..ade ikan goreng sekali..senang citerkan..

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo ikan selar(ikan lain pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(mayang)
  • 2 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang putih (hiris)
  • sedikit halia(hiris )
  • sebatang serai(diketuk)
  • 2 biji lada merah hiris
  • 5-6 biji cili api
  • sedikit daun sop
  • sebiji tomato
  • garam dan perasa dan jus asam jawa
cara2nya:
  1. bersihkan ikan,basuh lumurkan dengan kunyit dan garam goreng hingga garing.ketepikan
  2. panaskan minyak,tumis semua bahan dihiris,kecuali tomato dan cili api.
  3. kacau hingga naik minyak,masukkan garam air asam dan perasa,biar kuah agak pekat masukkan tomato,daun sop dan cili api.perasakan..matikan api dan masukkan ikan goreng tadi..kacau rata.
  4. bolehlah dihidang.

hah dalam kuali  lagi nie..huhuhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails