Tuesday, May 18, 2010

Puding Roti Marble

arinie acid minta akak buatkan  puding roti hana lagi.dia kata aritu tak cukup sebab mak buat sikit ajer..kata dia..padahal akak buat banyak tapi dah tentu untuk jamuan jadi dia tak dapat nak makan banyak.jadi hari ni akak buat lagi satu loyang puding nie...suka betul dia sampai tak sabar sabar asyik buka petiais..memang sedap sungguh kata dia..huhuhuhu tulah hana sape suh bg resipi sedap camgini kan anak akak asyik suh buat..sib baik bahan senang jer nak cari...

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau.
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

5 comments:

  1. Ting-Tong..akakkkkk...Love is here!

    Nak tapau puding byk2 nih...sedapnyeeee! ;)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap la puding roti tu, nak kena buat ni..mas copy resepi kat akak la..rasa seketoi boleh..

    ReplyDelete
  3. dulu rajin gak buat roti puding marble ni. pas tu senyap terus. tengok puding kak as, mcm nak buat pulak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails