Thursday, May 21, 2009

Bun Kentang

Orang len buat bun ni kemain cantik.nampak gebu dengan kastard di bentuk cantik kat atas bun tuh.akak punya mak oii burok benar..rata jer.hehehe ros jangan ketawakan eh..tapi anak anak suka kastard yg kat atas tuh.pulak!!!!bersememeh jer kastard tukan ...malu malu.....!!!!!!!!!tapi tak per semangat nak buat dan nak makan tu ade..
resepi C&P dari rumah Hana..

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti/tepung high protein
  • 70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
  • 120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin
  • 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • (untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
  2. kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  3. klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap.

2 comments:

  1. kakasma... rupa tak ada takpe :P asalkan rasa ada ;)

    ReplyDelete
  2. umi_e...
    tu ler umi kita ni baru berjinak jinak nak meroti..tapi berbangga juga ler..dapt menghidangkan roti ni untuk anak anak..bersemangat laa nih nak menguli lagi pas nih..terimakasih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails