Wednesday, May 20, 2009

Pau II




Pau ini akak uli petang semalam.satu adunan ni akak dapat dalam 25 biji.sekejap aje selesai.akak buat dua jenis inti.kacang merah dan kari daging.untuk adunan pau ini akak guna resipi yang akak dapat dari buku yang diberikan oleh Aida guru yang mengajar buat roti hari tu.

Bahan bahan untuk pau:
  • 450gm tepung pau
  • 1camt yis segera
  • 2 camt double action bkg powder
  • 1 camt doh softener
  • 30gm gula castor*
  • 225ml air suam*
  • 1 putih telur
  • 1 camb bread shortening
  • 1/2 camt cuka
cara membuat nya:
  1. air suam dan gula dikacau hingga larut
  2. masukkan bahan bahan kering kedalam mangkuk.gaul rata.
  3. buat lubang di tengah dan masukkan air gula tadi
  4. uli sebati hingga menjadi doh.
  5. semasa menguli jika adak terlembek taburkan sedikit tepung kedalam doh.
  6. rehatkan doh selama satu setengah jam
  7. bila telah naik 2 kali ganda.tumbuk adunan untuk membuang angin..
  8. ambil sedikit doh.isikan inti.
  9. kukus selama 25 minit atau sehingga pau masak.semasa mengukus akak balut tudung kukus dengan tuala bersih

5 comments:

  1. salam akak...bestnye nengok pau nih...gebu2...

    ReplyDelete
  2. chah..
    dulu penah buat ghper nye hodoh sangat.semlm buat jadi cntk nyer tu yang suker.chah kalau nak buat guna resipi nih okay..

    ReplyDelete
  3. gebu btol pau ni..ari tu kita buat cantik gak tp 2nd time,kulit jadi berkedut kedut,apa silapnya..nak try resepi kakasma la..

    ReplyDelete
  4. cuba lah cmanggis..lepas isi inti kena biarkan sebentar baru kukus..tutup kukus tu balut dengan tuala..cantik jadinyer..cewahh dah jadi eksyen lakkk hihihi...

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok pau ni KAk aS. Gebu! tapi kat sini takde jual tepung pau..wat ngan tepung gandum jadi tak agaknya?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails