Buat untuk minum petang akak hari nih.tengok resipi kat umah bro rozzan.tapi kena adjust sikit..kalau nak tanya sedap ker idak...kena tanya tukang ghase akak.dia kata bolehhhh laaa..eh ellleee....cam gitu ler nasib chef kan..pepun dah hampir selesai tuh...untuk resipi kuih lompang nih akak cp dari umah ah mat gebu.bile akak tengok resipi tuh sama cam akak buat.walaupun tengok kat umah bro rozzan.akak dulu ingat ade jiran akak buat kuih ni guna air kelapa.tu yang puas mencari resipi nih.akak try and error ler projek kuih ni..tapi akak buh sikit air kapur untuk rasa kenyal.ade yang kata boleh letak air alkali.akak nak cuba satu hari nnti..betul ker letak air nih ok..
Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung beras*
120 g tepung ubi*(disatukan dan diayak)
1 cawan air kelapa
3/4 cawan air
1 cawan gula*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga larut dan biar sejuk sedikit)
Pewarna makanan mengikut kegemaran
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata
Cara membuatnya :-)
- Panaskan kukusan. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Ketepikan.
- Masukkan tepung tadi dalam satu bekas, tuang air kelapa, air dan juga air gula. Kacau hingga rata dan tapis. Letak pewarna kegemaran dan kacau hingga sebati.
- Panaskan acuan sekejap dalam kukusan. Tuang bancuhan kuih 3/4 penuh. Buat hingga siap dan kukus 10 - 15 minit. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
- Hidangkan bersama kelapa parut tadi.....
salam kak.. mana cbox akak ni... datang kalau tak bagi salam rasa tak best je.. ehheheeh.. lawa rumah.. cat baru yek...
ReplyDeletesalam ita..akak tgh menghias ler nih ..thanks dtg nie..lawa eh umah akak hehehe saje nak angin baru akak nikan suka ubah suai umah uhuhuhu......
ReplyDelete