Monday, May 18, 2009

Daging goreng berlado

Daging Goreng Berlado nih resipi keluarga akak.adek beradek kalau abah akak masak lauk nih berebut makan.habis minyak minyak pun kita orang makan.buh nasi dalam mangkuk tu gaulkan.uih sedap sangat..sekarang turun keanak anak akak pulak.buka tudung saji biru akak tuh nampak jer lauk nih tak sempat buka baju..tak caya cuba..mesti tingat selalu..selain senang bahannye pun tak banyak..ni lauk tengahari akak untuk hari nih..

Bahan bahan:
  • 300 gm daging(bersihkan hiris)
  • 10-15 tangkai lada merah hidup
  • 1 1/2 biji bawang besar(hiris )
  • sedikit daun sop
  • limau kasturi
  • buter dan minyak
  • garam dan perasa
cara cara:
  1. goreng daging hingga agak garing.asingkan
  2. blend cili merah hingga halus
  3. panaskan buter dan sedikit minyak,tumis daun sop dahulu.
  4. kemudian masukkan bawang merah yg dihiris.tumis hingga layudan bau wangi.
  5. masukkan lada yg telah di blend.tumis sebentar hingga naik minyak
  6. akhir sekali masukkan daging ,garam dan perasa.gaul sebati biarkan sebentar hingga daging dan kuah mesra.perahkan limau kasturi..sebelum matikan api..boleh lah dihidangkan...

4 comments:

  1. hmmm... memang simple je resipinya, tp jue tak penah plak cuba. kalu daging, alih2 masak itam, goreng ngan kunyit atau kalu rajin, wat kurma. lain kali bleh cuba resipi akak ni...

    ReplyDelete
  2. jue..mesti cuba....confirm selalu jadi menu.selain senang lauk nih mmg tersangat lazat..thanks eh sudi nak cuba...

    ReplyDelete
  3. Kena cuba ni, nampak sungguh sedap!

    Terliur sudah!

    ReplyDelete
  4. Fida...
    cuba jangan tak cuba resipi ayah akak nih.peberet akak sekeluarga..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails