Monday, April 5, 2010

KUIH GETAS-GETAS

Balik dari umah AlongROZ yang duk nun di Sarawak tu,akak terus pi dapur,buka petiais kuarkan tepung pulut dan suruh anak akak pi beli kelapa  parut.Apa lagi akak pun terus adun kuih ni.Along buat guna tepung pulut hitam,akak hanya guna tepung pulut biasa.bagi yang gemar kuih ni memang sedap.Acid tanya akak apa nama kuih nie.akak kata Getas-getas..bila dia promote kat abang ngan kakak dia kata kuih getah getah..hehehe dia makan paling banyak..
Akak c/p resipi kuih ni dari rumah Jurnal Rasa BDaria.terimakasih buat Daria.

Bahan2:
250gm tepung pulut

150gm kelapa (kalau dapat kelapa yg agak muda lagi bagus)

sedikit garam

130-140ml air


1/2 cawan gula

1/2 cwn air

Cara-caranya

1. Satukan tepung pulut dengan kelapa. Gaul rata dan masukkan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia boleh dibentuk. Jangan terus masuk semua air tu serentak...agak2lah ye, bila dah boleh dibentuk berhenti menambah air.
2. Bentukkan mengikut kreativiti anda. Adunan boleh dicanai dan dipotong menyerong atau dibuat bulat-bulat dan leperkan.

3. Goreng kepingan kuih itu dengan api yang perlahan dan sentiasalah alih-alihkan ia supaya kuih tidak mengelembung. Goreng sehingga kekuningan dan angkat.
4. Dalam kuali lain, masukkan gula dan air. Guna api sederhana dan masak sehingga ia likat. Tutup api dan masukkan kuih tersebut dan sentiasa kacau sehingga berbunga gula. Kalau anda tak suka manis sangat boleh kurangkan gula tersebut.

4 comments:

  1. Bestnyer getas2, dulu ada buat sekali, tp masa goreng tu meletup, langsung tak berani dh nk buat.. naya jer..

    Akak, bread improver tu ada dijual kat supermarket. Nk lagi senang, cari kat kedai jual bahan2 kek& roti. (eh..akak kan ada buat roti, tak letak bread improver ker? ) kalo ada bread improver, mesti ada bread softner..diorang tu adik beradik..he,he...

    ReplyDelete
  2. Noorma,
    sebenarnya kalau meletup tu kata orang garam tak rata..kena bubuh garam dalam air..akak pun masa buat ade yg meletup..tapi tak teruk ler sangat...
    ooo iye ke..dah tau yg tuh..tapi yg satu lagi tuh..uwaa..kat rembau nie haprak...payah nak cari ler..

    ReplyDelete
  3. Saya dah buat kak ... terime kasih tak meletup2

    ReplyDelete
  4. Saya dah buat kak ... terime kasih tak meletup2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails