Wednesday, April 21, 2010

CARROT CAKE @KEK KAROT

petang semalam selepas balik dari klinik akak buat epok epok lagi.kali ni cuba inti keledek.selalu guna kentang.tapi semalam akak buat inti keledek sebab nak test market.kot semua suka boleh laa buat selalu..tapi tak laa post n3 epok2 tu.jemu pulak asyik layan epok2..sebelum maghrib akak parut lobak merah sebatang.
butter mmg dah siap keluarkan dari pagi..amek buku resipi terus buat kek karot nie..sesuai tul ngan tekak.meh lah buat selain bahan mudah buat pun cepat...amek resipi kat umah hana..salin semula nie

Bahan2:
  • 125g mentega
  • 3/4 cawan gula halus-boleh kurangkan klu tk suka manis
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan whipping cream(akak ganti susu cair)
  • 1 camt.esen vanila
  • 3/4 cawan parutan lobak merah
  • 1 genggam isi kacang pistachio.cincang kasar(akak ganti ngan kelapa kering)
cara-cara
  1. panaskan oven pada suhu 175C.lenser loaf tin ukuran(9x4x3.5) dgn mentega,alas dasar dgn kertas minyak.lenser kertas minyak tadi.Ambil 2 sudu besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dgn lobak merah parut hingga rata.ketepikan
  2. putar mentega dengan gula halus dan gula perang hingga putih,masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.Pada kelajuan sederhana,masukkan esen vanila diikuti tepung berselang seli dengan whipped cream(susu cair) hingga habis kacau rata.
  3. tambahkan lobak merah dan kacang(kelapa kering).gaul sebati.Tuang dalm tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak.Uji kek dengan mencucukkan lidi sate bhgian tengahnya.jika lidi tadi keluar bersih,tandanya kek telah masak.
  4. keluarkan kek dan boleh lah dihidangkan.sesuai untuk minum petang..(akak makan malam2 dan pagi hari)
selamat mencuba...

2 comments:

  1. salam kakasma.
    macam terbau-bau je kek karot akak tu. kalau kakchik nak makan selalunya tempah dgn sorang kawan tu, RM35 sebiji. tengok yg akak punya ni, buat tekak terasa nak makan je... sedapnya...

    p/s: kak, nanti datang terima award ya.

    ReplyDelete
  2. salam kembali kak chik,
    laa meh akak buatkan kek nie.senang jer buat kak chik..tupun kalau rajin..kan..kan..masa buat tu sekejap je dah habis 3/4..tak sempat nak simpan lama..kalau simpan lama mesti sedapkan..

    ok nnti akak dtg amek

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails