Friday, April 23, 2010

CUCUR BADAK

pagi tadi waktu blogwalking umah kawan kawan,akak nampak kat umah Bdaria buat cucur badak.ermmm akak memang hantu ngan cucur badak..pantang nampak..kebetulan malam tadi akak ade beli sesisir pisang dan dua ketul keledek.cadang nak buat inti karipap.pisang tu akak memang berhajat nak buat bingka ataupun kek pisang..tapi hancus musnah impian akak..sebab bila pagi tadi bangun tinggal 3 biji je pisang tu..aduh!!! tepuk dahi akak dibuatnya..akhirnya akak dengan bersemangat nya buat laa serunding dan rebus keledek.Nah jadi laa cucur badak akak..buat makan petang nie..akak cedok resipi dari umah Bdaria nie.sebab akak suka tul dengan resipi kat umah dia..semua sedap dan menjadi..terimakasih sangat buat bdaria.


Bahan-bahannya:-

Bahan Inti
1/2 biji kelapa parut
5-6 biji lada kering - dipotong dan direndam dengan air panas terlebih dahulu *
1/2 tsp jintan manis*
1/4 tsp ketumbar*
2 batang serai-dihiris halus*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
20gm udang kering-dibasuh terlebih dahulu
2 tbsp gula
sedikit garam
sedikit minyak masak
1/2 cwn @ lebih air

Cara-cara membuat inti:-
  1. Blender bahan yang bertanda * sehingga lumat.
  2. Masukkan udang kering dan putar sekali sahaja
  3. Masukkan dalam bekas. masukkan kelapa parut dalam bahan yang diblender tadi kacau rata. Masukkan gula dan garam.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Bila minyak sdah panas, masukkan kelapa tadi. Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga kering. Kacau dan pastikan ia masak sehingga kering
  5. Angkat dan sejukkan
Bahan Doh keledek
2 biji keledek ( saya beli seberat 700gm)
150gm - 200gm tepung (lebih kurang 20-30% berat keledek)
50gm tepung ubi
sedikit garam
1 sudu minyak dimasukkan dalam piring
 
Cara-caranya
  1. Angkat dan toskan sehingga air kering dan biarkan sejuk sebentar
  2. Masukkan dalam bekas dan tumbuk hancur
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis atau sehingga adunan boleh dibentuk. Jika adunan masih melekit ditangan wp tepung sudah habis, jangan risau.
  4. Basuh tangan dan keringkan. Sapu minyak di tangan dan bulat2kan adunan kepada bebola doh kecil yang seberat 40gm (ikut suka anda)
  5. Leperkan doh dan masukkan inti dan tutup rapat.
  6. Bulat-bulatkan dan kemudian leperkan sedikit. Sapu minyak ditangan jika doh melekat.
  7. leserkan minyak atas dulang dan letak cucur anda 
    bolehlah digoreng hingga keperangan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails