sambil masak tadi akak bancuh adunan untuk buat kuih lapis nie.tengok kat umah Noorma dia buat kuih nie.pagi tadi gie umah yatie pun ade gak.tak boleh jadi so akak buat gak..tapi buat perasa koko ngan buh warna kuning je..sedap jum makan!!akak ikut resipi Noorma buat kuih ni..dan dah c/p aje dari umah dia.terimakasih yo noorma buat akak masak kuih ni...
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk(akak gantikan dengan santan 4cawan)
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.(akak buh serbuk koko dan pewarna kuning)
4 cawan air(tak bubuh sebab dah gantikan santan)
Cara-cara 1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
E-na ada buat juga kuih lapis ni tp x leh nak n3 lg sbb resepi yg e-na guna tu tak jumpa pulak dlm buku mana..hihiiii.
ReplyDeletebagus jugak buat perasa choc ni..kt umah ni mmg semuanya suka choclate...
pssst : sama sedondon je kuih dgn template blog akak ni..he he
Ena..oo laa iye ke..bagus gak banyak bayak resipikan..boleh dicuba mana yang bagus.tapi resipi yg akak buat nie okay juga..tu laa akak saja buat kelainan tapi ras mmg sedap Ena..mesti cuba ..hehehe..iye ke..la nie akak try template baru lak okay tak..saja jemu laa ..
ReplyDeletedah lama tak buat kuih ni...lepas dah masak..potong n makan selapis-selapis..hehe..
ReplyDelete:-)
cheqna,mmg sedap makan selapis selapis..akak makan gitu ler..buat laa senang jer tu...
ReplyDelete