Monday, April 13, 2009

Ungkep Ayam

Nih lauk orang malas.bukan ape tak dea idea lagi nak dibuat ape ngan ayam.ungkep ni lauk paling mudah.untuk masak ungkep ayam nih,ikut pepandai akak yea.kalau nak buat adjust mane yang patut yea..
Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam potong kecil bersihkan
  • 1/2 inci halia*
  • 2 batang serai (diketuk)
  • lada merah 10 btg*(kalau tak suka lada hidup boleh guna lada kering)
  • 2 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • serbuk kunyit sedikit
  • garam dan perisa
  • jus asam jawa
  • air secukupnya
  • minyak
caranya:
Kisar halus bahan *.panaskan minyak dalam kuali.masukkan bahan kisar dan serai.tumis hingga naik minyak.bila telah pecah minyak masukkan ayam dan serbuk kunyit.kacau rata.masukkan garam,perisa,jus asam jawa dan air.masak hingga kuah agak pekat.kalau ayam belum begitu masak tambahkan air.masak hingga kuah pekat dan agak kering.siap.
Nota: akak suka letak hirisan daun sop untuk menaikkan bau dan rasa kuah ungkep ni..

2 comments:

  1. ungkep ni masakan org N9 ke kakasma?

    ReplyDelete
  2. Kakchik ungkep nih orang jawa punya resipi.kakasma nih orang johor dwi keturunan jawa campur Kampar ++bengali ++cina tu yang menu nye bermacam2....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails