Thursday, April 30, 2009

kembung tiga rasa

hape nak masak tengahari nih eh.pening tul nak fikirkan.kalau ade owang gaji ke tukang masak aka chef kat umah akak kan best..kalau request melalak melolong pun lum tentu dapek.biasa lerkan setakat umah cam main pondok pondok nak ade owang gaji buang jer ler angan angan tuh.hohoho....manekan mampu kan.sendiri makan pun miss tepi pintu.tak caya ni hah masak tiga rasa selalu ikan yang besar dan mahal.tapi akak guna ikan kembung jer.owang buat tiga rasa awak pun nak gak.amek ko!!
mailah cuba resipi tongang langang akak nih yo
bahan-bahan...
  • 4-5 ekor ikan kembung
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih (titik kasar)
  • 1/2 inci halia*(hiris btg mancis)
  • 1 biji lada merah(hiris bulat)
  • 1 biji lada hijau (hiris bulat)
  • 4-5 biji cili api hiris
  • 3sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 3biji limau kasturi (perah amek jus nye)
  • serai sebtg (titik)
  • 1 biji tomato potong bulat
  • garam,gula dan pati ayam
cara membuatnye;
  1. ikan dibersihkan,lumurkan garam dan kunyit.goreng sebentar
  2. panaskan minyak,tumis bahan bertanda* hingga naik terbit minyak.
  3. masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram,serai,garam gula dan serbuk pati ayam.kacau sebati
  4. masukkan ikan,jus limau,tomato biji.perasakan.boleh lah dihidang.tabur hirisan daun sop dan bawang goreng jika suka.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails