Friday, April 17, 2009

Sambal sotong

Salam jumaat semua.sedar tak sedar dah hari jumaat.rasanya ahad baru jer lalu,dah jumpa semula jumaat.betapa cepatnya masa berlalu,pantas meninggalkan waktu buat kitakan.hisssh...risau dihati akak nih.yelah umur meningkat,amalan cam tu juga.Ya Allah berilah kekuatan untuk hambamu ini menjalani hidup dan rahmati lah daku serta ahli keluargaku dan ampunilah dosa dosa hambamu ini..Amin.
Ewah macam betui jer kan tapi itulah kenyataan.okaylah akak nak sharelah menu tengahari akak.tapi tengahari jer.malam karang puas nak fikir ape lah pulak.bab dah habis dah lauk nye.parah tul kan....bukan ape beli bahan pun tadi ni sebab ade orang jual sayur dan ikan depan rumah.kalau tidak mau makan nasi goreng kot.tapi dah habis lah ikan dan sayur yang dibawa.yang tinggal hanya 1/2 kilo sotong nih dengan 1 ekor ikan tongkol.jadi akak buat sambal sotong dan singgang ikan tongkol.

sambal sotong akak:
bahan bahan
  1. 1/2 kilo sotong bersihkan dan potong dua
  2. 10-15 tangkai lada kering (rebus bagi melembutkannye)*
  3. 2 labu bawang besar*
  4. 5 ulas bawang putih*
  5. 4 ulas bawang merah*
  6. 2 sb tomato sos
  7. garam,gula,sekeping asam keping
cara memasak
  • panaskan minyak dalam kuali.
  • kisar bahan bertanda* hingga halus
  • tumiskan bahan kisar tadi hingga naik minyak
  • masukkan garam,gula,sos tomato.biar sebentar
  • kemudian masukkan sotong dan asam keping
  • gaul rata dan biar hingga sotong lembut dan masak.
  • siap untuk dihidang.
ini singgang ikan tongkol.sesuai ler makan dengan sambal sotong.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails