Wednesday, February 20, 2013

ROTI GANDUM atau BUN VANILA LEMBUT

 Salam pagi Rabu yang dingin....
Roti ni lama dah akak buat.cuma baru nih dapat nak diwar warkan kat sini.Masa tu teragak tul nak makan roti yang dibuat sendiri.tapi tepung roti tak ada pulak dalam simpanan.google kat tenet,jumpa resipi yang guna tepung gandum sepenuhnya..jadi akak pun merajinkan diri laa membuatnya..
 Resipi yang akak buat menggunakan resipi dari Ros JintanManis  SINI roti yang tak macam sifu Ros buat,tapi pueh hati tul.nak nak bila dah masak gebu juga..makan dengan mentega..ciciah kopi o panas..
 Bahan-bahanya
450gram tepung gandum
40gram gula
40gram susu tepung
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur ( pukul sedikit menggunakan garpu, asingkan sedikit, lebih kurang 2 sudu besar,  untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
air suam ( cecair 190ml ) air suam dicampur dengan telur kemudian disukat  sehingga 190ml
3 sudu besar water roux
1 sudu kecil baking powder

(untuk topping, sedikit gula pasir dan blueberry filling)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air atau susu segar dan beberapa titik esen vanila atau madu)


 Resipi Waterroux

25 gram tepung gandum
125 ml air
caranya-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)


 Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat dan acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula dan untuk acuan petak ros paipkan juga dengan jaluran blueberry, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails