Showing posts with label mee tomato. Show all posts
Showing posts with label mee tomato. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

MEE TOMATO yang sangat sedap

Alhamdulilah dah petang baru dapat nak hidangkan sajian yang menjadi kegilaan dirumah akak. sekurang kurang nya pasti kena buat paling tidak pun sekali dalam sebulan..Pada yang tak pernah membuat dan merasakan betapa lazatnya Mee ini cubalah..
Bagi yang ingin memcuba nya akak sertakan resipi turun temurun keluarga akak..Sewaktu kawan blogger dari seberang iaitu DeetHa Melbu Plewon( pasti ramai yang mengenali beliau) datang berkunjung ke Malaysia hujung tahun lepas dan singgah kerumah akak,akak hidangkan Mee ini sebagai sajian.Wah Deetha bagitau Mee nie menjadi kesukaan dia.Banyak kali masak dan makan tak jemu2 dia kata.Buat Deetha terimakasih sudi datang dan cuba resipi ini..

Bahan2nye:
  • spaghetti(rebus bubuh garam n sedikit minyak)
  • 1/2 kilo daging(bersihkan potong kecil2 kemudian rebus)
  • 20 biji cili kering*
  • 2 labu bawang besar*
  • 7 biji bawang kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji tomato(potong dadu kecil2)
  • kobis (agak2 akak suka letak banyak.hiris halus)
  • 1 tin sedang tomato pure
  • garam dan secukup rasa
  • minyak untuk menumis
bahan untuk hiasan;
  • timun dipotong bulat hiris nipis
  • daun sop hiris halus
  • bawang goreng
cara membuatnye;
  • kisar bahan bertanda * hingga halus.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukan daging yang telah direbus bersama air rebusannye sekali.masukan kobis yang dihiris,tomato dadu dan tomato puree.
  • tambahkan air anggaran 2 mangkuk.perasakan dengan garam,gula dan aji.biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.matikan api dan bolehlah dihidang. 
Selamat Menjamu Selera

Wednesday, November 25, 2009

Mee Tomato

Salam pagi rabu.Hari ni InsyaAllah jika tiada aral melintang akak dan anak anak akak akan balik ke kampung akak diAirHitam,Johor.dah tua gini balik kampung sendiri masih terasa seronok tau.almaklumlah nak menyambut Hariraya aidiladha bersama adek beradik akak disana.
Hb akak tak ikut sama.dia akan beraya bersama ibu dan adik beradik dia diJasin.kebetulan ujung bulan hb akak sibuk sikit ngan kerja dia.tak boleh diusik.hehehe..tak per laa mane mane pun samakan.

Menu akak masak ni dah semalam punya semalam.hehehe...bukan ape dah banyak sangat nak update tu yang kena lineup..akak buat mee tomato nie bab masa beli tulang lembu hari tu akak beli sekali daging batang pinang sikit.kat umah akak mee tomato nie memang jadi peberet.anak akak kata buat selalu pun tak per.laa jemu laa pulak kan.
Mee tomato ni sebelum kebanjiraan kuah....
setelah dibanjiri kuah,inilah ghuper mee tomato akak.sayang nyer dah habis nak ajak...resipi akak ade letak kat mee tomato yea.cari laa kat sebelah...

terlanjur tu nak Ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILADHA buat semua teman teman,adek adek dan semua yang sudi berkunjung keumah akak nie..

Tuesday, March 3, 2009

harijadi

3mac.hari ni hari ulangtahun kelahiran anak sulong akak.wah dah besar panjang dah anak dara akak ni genap 14 tahun.ewah masa lahir dulu betul betul time pagi hari raya aidilfitri.beraya kat sepital akak.nur amirah syuhadah hb bagi nama.sempat lah dibayarkan zakat becos keluar lum solat sunat aidilfitri.waa kena berpantang time hariraya uhu uhu.....sedih tapi gembira yelah anak pertama ler katakan.
soa sebagai tanda surprise akak buat ler kek sebiji.ikut resipi kat blog si jo kat ireland sane.senang and sedap moist coklat kek nye.tapi tak dapat nak n3 gambar.kek lembut sesangat.pecah.sogan lak akak.
tapi akak siap buat mee tomato sebagai hidangan tambahan.cubalah sekali buat pasti nak buat selalu.selain mudah ianya memang sedap.


mee tomato
resipi keluarga(nama jer mee tapi guna spaghetti ye)

Bahan2nye:
  • spaghetti(rebus bubuh garam n sedikit minyak)
  • 1/2 kilo daging(bersihkan potong kecil2 kemudian rebus)
  • 20 biji cili kering*
  • 2 labu bawang besar*
  • 7 biji bawang kecil*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji tomato(potong dadu kecil2)
  • kobis (agak2 akak suka letak banyak.hiris halus)
  • 1 tin sedang tomato pure
  • garam gula dan aji
  • minyak untuk menumis
bahan untuk hiasan;
  • timun dipotong bulat hiris nipis
  • daun sop hiris halus
  • bawang goreng
cara membuatnye;
  • kisar bahan bertanda * hingga halus.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukan daging yang telah direbus bersama air rebusannye sekali.masukan kobis yang dihiris,tomato dadu dan tomato puree.
  • tambahkan air anggaran 2 mangkuk.perasakan dengan garam,gula dan aji.biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.matikan api dan bolehlah dihidang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails